Sunday, November 28, 2010

Sekitar Motivasi 'Kasihi Guru Sayangi Sahabat' di Surau An-Nur Abi Padang Macang

Selamat bertemu kembali kepada teman-teman yang dimuliakan. Agak lama saya tak update blog ini kerana saya baru sahaja mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa anjuran MASMED (dulunya MEDEC) UiTM Perlis di Jitra,Kedah.

Sedang memberikan arahan

Seusai program tersebut,saya harus bersiap-siap untuk malamnya memenuhi amanah yang diberikan iaitu bersama adik-adik peserta Kem Transit Al-Quran di Surau An-Nur, Abi Padang Macang. Tajuk 'Kasihi Guru Sayangi Sahabat' telah menjadi bahan perkongsian saya bersama mereka. Saya titipkan beberapa gambar yang sempat disnap oleh cameraman on the spot pada malam tersebut :)

Melihat wajah-wajah mereka, telah mengimbau kembali memori lama saya semasa sekolah menengah dulu. Saya sangat merindui waktu-waktu emas semasa melalui proses tarbiyah di sekolah,khususnya di sekolah menengah. Saya dulu pun lebih kurang sama seperti mereka. Pernah merasai duduk dan mendengar serta melihat seperti itu.

Jika dilihat sekali imbas,mereka memang ramai. Tetapi jika diimbas sekali lagi dengan versi nisbah dengan masyarakat luar,sebenarnya pada pandangan saya jumlah ini masih sedikit untuk mendepani kekuatan musuh yang pelbagai rupa di sana.

Namun saya positif dan mengharapkan, tidak mustahil dengan bilangan ini, mereka boleh menjadi agen-agen pencerahan fikiran yang mampu memberi kesan yang baik kepada masyarakat yang dahaga hidayah Allah, apatah lagi bila mengingatkan bilangan para sahabat nabi SAW dulu pun lebih sedikit dari musuh mereka.

Saya sempat menyediakan satu sahaja modul kepada mereka dan tidak sempat membuat slide yang baik untuk melengkapkan tugasan pada malam tersebut. Pada awalnya saya sudah berniat untuk menolak, namun bila difikirkan semasak-masaknya,saya akhirnya gagahi juga. Saya ingin sekali memohon maaf kepada pihak penganjur jika ada kekurangan dalam slot tersebut.

Di dalam modul tersebut,saya membuat sedikit provokasi untuk melihat keseriusan mereka menyayangi guru dan sahabat yang paling disayangi dalam hidup mereka.Berikut antara kaedah yang saya cuba laksanakan:

- lukis wajah dan tulis nama guru dan sahabat yang paling disayangi dalam hidup
- arahkan mereka untuk gumpalkan kertas tersebut!
- provok mereka yang tidak mahu gumpal
- akhirnya yang bertekad tidak mahu gumpal apa cara sekalipun,saya menganggap mereka serius :)
Yang berdiri ini ialah yang tidak mahu gumpal :)

Saya sempat menceritakan pengalaman dahulu semasa saya kecil, tentang bagaimana perlunya kita menyayangi dan menghormati guru dan kawan-kawan kita. Antara yang saya sebutkan,biarlah bagaimana tidak sukanya kita kepada guru kita,selagi mereka tidak melakukan salah dari segi syara',kita hendaklah tetap menghormati dan menyayangi mereka.

Tentang kawan pula, saya sempat berkongsi hadis ini yang saya perolehi dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ustaz Ismail Kamus:

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"

Kemuncaknya, saya sempat menceritakan bagaimana susahnya pelajar-pelajar di bumi Gaza untuk ke sekolah. Mereka terpaksa berdepan dengan sekatan Zionis laknatullah. Hasilnya,mereka saling jaga-menjagai guru-guru dan kawan-kawan dan ini telah menumbuhkan kecintaan yang mendalam sesama mereka kerana Allah.

Mereka sungguh bersemangat menyebut 'BOLEH' tatkala saya bertanya sama ada mereka boleh atau tidak menjadi seperti pelajar-pelajar di bumi Anbiya itu. Walaupun jawapan itu belum pasti kesahihannya, saya mengharapkan,usaha yang sedikit ini,sekurang-kurangnya dapatlah membantu menambahkan kesan ke arah penyempurnaan mereka sebagai 'duta Islam' di dalam masyarakat nanti.


Sebagai akhirnya,terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Asrul,Ustaz Azmir dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Al-Imam An-Nawawi (MATIN) ini kerana memberi peluang kepada saya bersama mereka. Hajat saya untuk mengenali adik-adik yang mulia ini dengan lebih dekat akhirnya tercapai juga.

Semestinya saya tidak akan sama sekali melupai mudirnya,juga murabbi saya.Anda ingin mengetahui siapa dia?Beliau antara orang istimewa dalam hidup saya.. :)


Wallahua'lam

RB,Arau
2.24 AM

Sunday, November 21, 2010

Aidiladha: Pengajaran Yang Diabaikan


Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Ianya berkaitan Hari Raya Aidiladha yang sudah meninggalkan kita.

Saya yakin,jika saya tanya teman-teman sekalian tentang apakah pengajaran yang boleh diambil dari Hari Raya Aidiladha ini, tak sampai 5 saat kalian dah boleh jawab kan?

Cuma,saya berasa teringin sangat untuk kita fokuskan salah satu pengajarannya,iaitu Hari Raya Aidiladha ini boleh mengajar kita supaya menerima apa sahaja yang Allah tetapkan,sekalipun ianya tidak logik dek akal.

Ini boleh didapati dari kisah Ibrahim AS yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Ismail AS.

Jika kita fikir secara logik akal,pasti kita akan mengatakan Allah berlaku zalim terhadap hambaNya,kerana sanggup memerintahkan hal yang demikian.

Tetapi oleh kerana Allah itu tuhan kita dan kita yakin Dia yang menciptakan kita,maka nak taknak kita wajib akur terhadap perintahNya.

Ini kerana,jika Dia yang menciptakan kita,mana mungkin Dia tidak tahu apa yang terbaik untuk kita,kan?

Hasilnya, Allah gantikan Ismail AS dengan kibasy,seekor binatang seperti biri2 atau kambing,sebagai bukti Allah sayang kepada hambaNya yang menurut perintahNya.

Sekaligus menafikan kenyataan yang Allah itu zalim sifatNya.

Lalu saya ingin bertanya,jika kita boleh yakin dan percaya akan kisah ini,

Kenapa pula tidak boleh yakin dan percaya akan keberkesanan syariat Allah untuk dilaksanakan di dalam negara?

Bukankah ianya datang dari sumber yang sama-dari Allah?

Bagaimana mungkin anda boleh yakin dengan 'tidak logik'nya kisah Ibrahim AS,dalam masa yang sama anda tidak yakin dengan 'tidak logik'nya hukum Allah dilaksanakan di dalam negara kita?

Tidak mahukah anda akan 'kibasy' yang akan diperolehi nanti?




Wallahua'lam


RB,Arau
5.05 PM

Dialog Pejuang 3


Naim : Salam kak..buzy x?

Ain : Wsalam dik..xpun,ade ape ya?

Naim : Ade persoalan ckit kak..sal meeting atr mslimin dan muslimat..kan kt selalu meeting antara kita kan?

Ain : Yep..so? wat's da prob bro?

Naim : Jadi selalunya kalo kt meeting,kt akan pandang-memandang atr satu sm lain..da sorg hmba Allah ni kt xbley lgu tu..ada hujahnya..kalo kak dpersoalkan cmtu, kak jwb pe ea? naim cm speechless plak tadi...doyy

Ain : Huhu..ada hujahny dik..tp kdg2 org cmni, kt xleh bhujah sgt..kn pusing ckit..cb tny blik dia hbis tu nk mtg cmne?

Naim : ooo..

Ain : Slaluny dia akn jwab mtgla d sebalik trai..

Naim : ok2..then?

Ain : Tny dia lagi, dia bt grup discussion dgn classmate pmpuan dia cmne..ada bncg d sblik trai x?

Naim : Kalo dia kt x?

Ain : I2 mksdny dia ni ckp x serupa bikin..dia sndiri bt cmtu..mgata kat dulang paku serpih..sambung?

Naim : Kt kat org dia yg lebih! huhu..pndaila kak

Ain : Nah, skrg dia sperti meludah ke langit jtuh ats muka sndiri..kalo dia x fhm2 lg, adik bg pelempang sbijik ke muka dia..haha..grau jer

Naim : Haha...aduh, napela naim x tfikir nk blas cmtu td..dye tlalu bhujah smpai tggelam akal naim kak..td dyowang da mgatakan pmpuan ney x prlu dtrbiyyah..ktny llaki da ckup...nnt pmpuan scr xlgsg akn trkesan..

Ain : I2 hjah yg dgkal dik..n scr x lgsg bg kak mcm 1 dskriminasi thadap kaum wanita..cianla kat kaum hawa yg dahagakan trbiyah..kan da crita zaman nabi SAW dulu yg mslimat sdiri mntk nabi SAW bg pgsian kat depa..itula nmny trbiyyah..

Naim : ooo cmtu ka..

Ain : Kalo bnar pmpuan x prlu dtrbiyyah, cmna aisyah leh jd ummul mukminin pula?zainab alghazali cmna?siap jd pntrbiyyah org plak..

Naim : Ya Allah, napela naim xjwb cmtu td..td dyowang da ckp, mtg dgn pmpuan ni 1 obstacle yg bsar..gngguan yg sgt2 hebat wlau mslimat tu well trbiyah..xprlu tggu pndg,kwujudan je dh mganggu..hatta kalo da border atr min dan mat pown x ckp..coz suaranya pula..

Ain : Isy2..

Naim : Tapi, naim rasa, itu semua xda masalah selagi kt mnjaga syariat atr kita kan?

Ain : Yup..akhirnya naim sdiri yg mnjwabnya..dik,ini sbenarnya pndangn org yg tlalu sydid..mmg ada golongan org cmni sjak dulu lg..mreka sgt mnekankn aspek kerohanian atau ilmiahny dsebut tasawwuf..

Naim : Habis tu kak? cmne dgn org ni?

Ain : Akak x mnafikan dari sdut tasawwuf tu,tapi jgn lp,blajar tasawwuf shj x ckup..msti dgabungjalinkan dgn aqidah dan feqah atau syariat..brulah smpurna amalan Islam dlm diri seseorang...kalo x,ianya akn mghasilkan individu mslim yg kolot dlm pmikiranny..bahkan x mstahil bleh mjatuhkn diriny dlm lmbah kesesatan...

Naim : Byk lg naim kn blajar kak...

Ain : Yep..ttg mtg atr min n mat tu..Dr Yusof Qardawi kan ada sebut,ada urusan yg dbolehkn llaki n pmpuan utk join together..cthny dlm masalah perubatan mcm dktor llaki mrawat patient pmpuan,masalah pndidikan mcm dskusi atr plajar pmpuan n llaki dan jg mslh phubungan cnth pmpuan nk bli brg kat pjual llaki...n ada lg..crila sdiri dik..xkan nk kak suap sume...ksimpulanny,naim buka quran terjemahan,tgok surah at-Taubah ayat 71..

Naim : Hoho...ok2 kak..jgn marahla ya kak..dah rasa tenang hati ni ckit..bkn pe,td naim bt usrah sempoi kat kaw prumahan ney..xsgka plak da bdak mcm tu dlm usrh td..

Ain : Hah ok sgtla cmtu..mncabarla ckit usrhny..ok?hah ada pa2 lg?cpt akak nk tolong umi masak ni..

Naim : Umi masak pe ari ni kak?alamak rndunya naim kat masakan umi..kat rmh sewa ni makan megi je..huhu

Ain : Adala..cpatla dik! dah nk hbis kredit akak ni..tggal 10 sen jew..

Naim : Kem salam kat umi ya kak..ckp naim winduuu ssgggttt2 kat umi...hehe..naim kan anak kesayangannya..hihi

Ain : Hmmm yela tu...sdahla dik..assalamualaikum

Naim : Waalaikumussalam


:)

RB,Arau
12.30 PM

Monday, November 15, 2010

Selamat Tinggal Sahabatku

Apabila direnung kembali, sedar tidak sedar sudah hampir 6 tahun rupa-rupanya saya mengutip hikmah dan pengajaran di Perlis. Negeri tempat saya dilahirkan ini akan saya tinggalkan beberapa ketika sahaja lagi. Di kesempatan ini, saya ingin mencoret sesuatu, dengan mengambil berkat hari Wuquf di Arafah, untuk saya dedikasikan kepada ciptaan Allah yang mulia, yang bernama SAHABAT!




***

1. Sahabatku, sesungguhnya saat-saat bersama kalian, adalah tidak dapatku samakan nilainya dengan wang mahupun harta yang paling berharga. Hal ini kerana, diri kalian adalah lebih mahal dari semua itu. Kerana apa? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana apabila terlihatmu, aku pasti malu untuk berbuat sesuatu kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Lalu apakah ada harta di dunia ini, yang sifatnya boleh menjadikan kita sedemikian? Teringatku sebuah kata-kata yang cukup indah:

"Sahabat sejati, ialah bila sahaja kamu melihatnya, kamu jadi teringatkan Allah,justeru akan menyebabkan dirimu teringin melakukan kebaikan sepertinya,dan juga serba-salah melakukan kemungkaran juga sepertinya"

2. Sahabatku, mendapat nasihat dan teguran darimu, ibarat diriku ini seorang pesakit, yang mendapat ubat untuk menyembuhkannya. Berdamping denganmu pula, telah menatijahkan tarbiyyah tidak langsung terhadap diri ini. Walau kita berbeza usia, aku tidak peduli semua itu,asal sahaja ianya boleh mengubahi dan mencampakkan perangai buruk yang dimilikiku jauh-jauh. Bahkan kerap-kali dapat kurasakan, adik-adik adalah lebih mulia dariku. Mereka mungkin membuat kesalahan tanpa kefahaman, sedangkan aku?

3. Sahabatku, Allah mengurniakan seorang insan sepertimu, semestinya kerana Dia sayangkanku. Dijadikan dirimu, sebagai wasilah untuk menyelamatkan diriku, daripada karam kelemasan di lautan jahiliyyah dan noda. Tersangatlah ku harapkan, tanganmu yang memegang erat tanganku dari hanyut kembali dalam keduniaan ini, dapat juga menyelamatkanku sekiranya aku berada di celahan jurang neraka kelak...nauzubillah!

4. Sahabatku, apakah kita dapat bersama lagi dalam suasana damai ini di akhirat kelak? Apakah kita bisa lagi merasai suasana makan bersama, bermain bersama, berusrah bersama, bertamrin bersama, berprogram bersama, gembira bersama bahkan menangis bersama seperti ini di akhirat kelak? Aku sangat takut bila memikirkan, kita boleh sahaja membantu sesama kita yang mempunyai apa sahaja masalah di dunia ini, tetapi bagaimana mungkin di akhirat kelak?

5. Sahabatku, jika kita seramai 22 orang hari ini - 21 orang masuk syurga dan seorang lagi ke neraka,bagaimanakah pendapatmu? Sanggupkah kita melihat seorang daripada kita dihumbankan ke neraka? Ya Allah, pandanglah kami dengan penuh belas kasihan...jika bisa kami menggunakan kekuatan ukhuwwah imaniyyah ini untuk mengeluarkan sahabat seperjuangan kami dari neraka, dengan berkat kelembutanMu izinkanlah kami melakukannya Ya Latif...

6. Sahabatku, ingatlah pesan murabbi kita, jika sekiranya kita lengah untuk menunaikan amanah perjuangan, nescaya kita akan diazab oleh Allah SWT dengan azab yang sangat dahsyat pedihnya. Kalimah ini sungguh menembusi hati kita. Tiada sesiapapun di antara kita yang boleh lawan hujjah ini. Mari kita berdoa dan berusaha, untuk menjauhi daripada digolongi dalam kumpulan tersebut.

7. Sahabatku, aku yakin, sekalipun diriku tidak bersamamu, pastinya perjuangan meletakkan Islam ini ke tempat yang selayaknya akan tetap engkau teruskan. Ini kerana, perjuanganmu ialah kerana Allah, bukan keranaku dan bukan kerana sesiapa pun. Mesti kita masih ingat kata-kata Dr. Khalel Ismael Hayyah, Ketua Whip Parlimen Palestin ini dalam siri-siri usrah kita kan?

"Bumi Palestin yang suci ini, tidak akan direlakan kami dinodai oleh sesiapapun, dan kami akan mempertahankannya walau dengan darah dan nyawa, sekalipun tinggal seorang sahaja yang hidup di kalangan kami!"

Aku sangat positif, ayat ini akan menyentak semangat dan jiwa pemuda yang dimiliki kita, untuk terus berkobar-kobar dan bernafsu untuk membunuh setiap kemurkaan dan kejahilan yang melata di muka bumi ini!

8. Sahabatku, puisi ini ku dedikasikan kepada kalian. Ingin sekaliku memperdengarkannya, semoga ianya menginsafkan kita...

Perjuangan Islam Masa Kini
Semakin Lemah Semakin Kurang
Kerana Manusia Semakin Alpa
Tanggungjawab Mereka Sebagai Hamba

Semangat Berkorban Jiwa Raga
Semakin Hilang Di Hati Sanubari
Kemewahan Dunia Dititikberatkan
Sehingga Akhirat Sana Dilupakan

Keyakinan Terhadap Kebenaran Islam
Semakin Hamba Tiada Lagi
Tidak Terfikir Tidak Terlintas
Bahawa Allah Maha Besar

Mereka Yang Berjuang Tegak Agama Allah
Allah Akan Membantunya Kembali

Apapun Jua Yang Datang Melanda
Jangan Putus Asa Kerana Allah Masih Ada
Daulah Islamiyyah Tujuan Juang

Ayuhlah Para Mujahid
Ayuhlah Para Mujahidah
Ayuh Bangkit Berdiri Perkasa
Agar Ketuanan Islam Kembali Lagi



Selamat tinggal sahabatku sekalian. Izinkanlahku, pulang ke 'sarang' ,untuk ku tunaikan amanah yang masih berbaki di sana. Walau jasad tidak bertemu, roh tetap merindu.Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah...


RB,Arau
5.24 PM

Sunday, November 14, 2010

Santai Minda 4 : Bila loghat Kelantan di'KL'kan (2)

Kantoi 1
Kawan Ali menjemur kain pagi tadi. Dia meminta Ali mengangkat kain tersebut di tempat jemuran sekarang. Dia berkata,"Ali, jangan lupa angkat SAMPUL BANTAL sekali ya." Ali kehairanan,"Aik? Bantal pun ada sampul ke?Ingatkan surat je.."


Kantoi 2
Peristiwa di sebuah gerai makan di depan Masjid UiTM Perlis, seorang siswa meminta plastik bungkusan dari makcik yang jaga kaunter, "Makcik, minta SUPIK satu" huhu


Kantoi 3
Ada seorang siswa Kelantan tengah bergayut dengan makwenya bertanya khabar , "yang,camne dah SIAL ke belum demam ayang tu?sorila abang tak call ayang,abang tidur STRIK pagi tadi..."
hah tula ang couple lagi..skali terlepas daa...


Kantoi 4
Masa tengah study di kolej,seorang kawan bertanya di mana kunci motornya. Saya memberitahunya,"kunci motor ada dalam SORAK meja" Alamak terlepas plak..hoho


Kantoi 5
Nik terjumpa seekor ular lalu dengan terkejut beruknya dia berkata,"ular! ular! KATAK-KATAK!" Berkerut dahi housematenya...


Kantoi 6
Ada seorang lelaki ni kerja sebagai receptionist di sebuah hotel terkemuka di KL. Hari tersebut kebetulan blackout. So guest pun telefonla pihak hotel. Lelaki itu menjawab, "maaf cik,blackout, api berJENTAP"


Kantoi 7
Dalam sebuah komuter,"abang,boleh ALIH sikit tak?saya pun nak duduk ETEP"


Kantoi 8
Di sebuah bazar Ramadhan,ada seorang siswi telah membeli lauk untuk berbuka. Baki yang sepatutnya dipulangkan kepadanya ialah RM 1. Lalu beliau memberitahu penjual, "makcik, CUCUR tak cukup seringgit lagi." Penjual tersebut menjawab,"cucur tak jual kat sini dik,gerai sebelah ada..." huhu


Kantoi 9
Di kiosk dalam UiTM Perlis, seorang siswa ingin meminta penyedut minuman. Beliau bertanya"kak,PLETIM ada?"


Kantoi 10
Semasa hendak solat tarawih, datuk saya bertanya kepada abang ipar,"nak ke BALASOH dah ke?" Abang ipar kehairanan,"taklah wan, nak pegi belasah sape plak ni?"









:)


RB,Arau
8.10 AM

Saturday, November 13, 2010

Mutiara Ilmu II


Ini nota yang saya sempat tulis semasa menghadiri Kuliah Maghrib di sebuah surau di Kangar. Saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang tidak berpeluang untuk mendapatkan mutiara-mutiara ilmu yang berbentuk tazkirah ini. Selain mengharapkan pahala dari usaha ini, saya juga berdoa semoga ianya dapat melupuskan sebarang dosa dan kemaksiatan yang saya ada lakukan sebelum ini. Kalimah Allah dalam Surah Hud ayat 114 ada tertera:

"Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat"


Selamat membaca teman-teman sekalian...

***

1. Orang yang menyebut 'Alhamdulillah' dengan penuh kefahaman dan kesedaran akan dapat memenuhi neraca timbangan kebaikan di akhirat kelak.


2. Alla
h tidak mahukan daging dan darah binatang korban tetapi mahukan ketaqwaan pengorbannya.


3. Jangan tunggu orang lain tahu dulu baru kita nak laksanakan perintah Allah sebaliknya kita terus buat jika sudah mengetahuinya.


4. Sifat perintah Allah ialah mustahil menzalimi hambaNya.


5. Kenapa syariat Allah masih belum dapat dilaksanakan ialah kerana masyarakat melihat ianya zalim.



6. Kain kafan yang paling baik ialah yang paling murah.


7. Semakin banyak harta kita yang tidak dilunaskan
tanggungjawabnya, semakin besarlah 'seterika' yang akan menggosokkan badan kita di akhirat nanti.


8. Bala turun bukan sahaja kerana banyaknya maksiat, tetapi dek kerana kebisuan para ulama hari ini mempertahankan Islam.


***



Wallahua'lam



RB,Arau,
6.16 PM




Sekitar Wacana Solat dan Kecemerlangan Pelajar

Mesti semangat dan ceria untuk menghasilkan natijah yang memberangsangkan :)

Saudara Yassir, bakal pelajar yang akan mengambil PhD kelak InsyaAllah


Cuba teka,siapakah pemilik kereta tersebut? :)

Mula menyampaikan wacana 'Solat dan Rahsianya'

Respon yang tidak mengecewakan dari pelajar lelaki

Pelajar perempuan tidak mahu ketinggalan mengambil ibrah

Senyuman itu tanda keimanan (Raihan)

Rehat sekejap bersama?

Saudara Yassir memulakan wacana 'Kecemerlangan Pelajar'

Mencuri peluang untuk rehat sekejap sementara menayangkan video

Penyediaan slide sebagai attraction dan pemudah cara kepada sasaran


View dari luar tingkap


Bersama pimpinan pelajar SMV Arau


Bersama guru-guru SMV Arau (3 dari kiri ialah Ustazah Azizah, zaujah kepada Ustaz Fauzi bilal Masjid An-Nur UiTM Perlis)

Bersama adik-adik yang akan menyambung perjuangan di UiTM Perlis
selepas ketiadaan kami nanti :'(


Ya Allah berkatilah usaha kami yang tidak seberapa ini. Semoga kami terlebih dahulu diberi kekuatan olehMu untuk melaksanakan apa yang kami katakan. Amin Ya Rahman Ya Rahim...


Wallahua'lam


RB,Arau
11.37 AM