Sunday, January 23, 2011

Sekitar Motivasi bersama Pelajar SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan

Saya telah mendapat jemputan dari adik-adik pimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Falahiah untuk menyampaikan motivasi bertajuk 'Konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar' bersempena program 'Taaruf Week' di sekolah tersebut. Pada malam 22 Januari 2011 tersebut, masjid SMKA Falahiah telah dipenuhi bukan sahaja oleh peserta-peserta program iaitu pelajar tingkatan 1, bahkan ianya juga berjaya me'nangkap' perhatian pelajar-pelajar lain untuk turut sama menyertainya. Kelihatan mereka sangat sukakan pengisian seumpama ini, apatah lagi ketika video-video yang menarik ditayangkan.

Saya berasa sungguh teruja kerana diberi kesempatan ini, apatah lagi kembali ke tempat tarbiyyah yang berjaya melahirkan 'abna'ud dakwah' di serata Malaysia ini. Syukur kepada Allah kerana saya berpeluang mencurahkan sedikit bakti kepada bumi yang sungguh banyak memberi pengertian kepada saya di dalam meniti kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Saya ingin mengucapkan selamat meneruskan perjuangan kepada adik-adik BADAR yang saya kasihi kerana Allah. Terus suburkan suasana 'amar ma'ruf nahi munkar' di SMKAF. Semoga kalian tetap istiqamah di dalam membawa panji-panji Islam ini sehinggalah menemuiNya.

Terima kasih di atas jemputan yang diberikan. Kalau nak lagi jemputlah lagi ya dik...huhu :)


Wallahua'lam

Pejabat ITC
4.39 PM

Sekitar Motivasi bersama Pelajar SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan

Krew ITC telah dijemput oleh pakar motivasi Kelantan, Cikgu Nik Mat Nik Lib untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Syok Belajar' di sekolah beliau iaitu SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Slot ini diadakan pada 19 Januari 2011 bertempat di dewan besar sekolah tersebut. Seramai hampir 200 orang pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini telah menyertai ceramah ini. Selaku mentor kami, Cikgu Nik Mat Nik Lib ingin melihat dahulu persembahan ITC sama ada bermutu tinggi ataupun tidak. Dengan kata lain, slot kali ini ialah merupakan suatu percubaan penting untuk ITC bagi mendapatkan kepercayaan daripada motivator tersohor tersebut.

Alhamdulillah, melalui pemerhatian saya selaku cameraman untuk slot kali ini, pelajar-pelajar telah menunjukkan respon yang sangat baik. CEO ITC berjaya menampilkan suatu pengisian yang begitu menarik perhatian mereka. Kami bersyukur kepada Allah apabila mendapat komen yang positif dari Cikgu Nik Mat Nik Lib di akhir slot. Hasilnya, kami telah diberikan projek oleh beliau berupa penganjuran aktiviti kem remaja yang mana peserta-pesertanya terdiri daripada anak-anak veteran tentera bulan 3 nanti :)

ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Nik Mat Nik Lib di atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Kepada adik-adik pelajar tingkatan 3 SMK Belimbing pula, selamat menempuhi gaya hidup baru anda tahun ini. InsyaAllah panjang umur kita akan berjumpa lagi :)

Terima kasih.

Wallahua'lam

Pejabat ITC
4.17 PM

10 Sikap Lelaki Yang Baik

Salam ukhuwwah kepada teman-teman sekalian.

Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar. Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya.

Justeru ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik. Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, marilah kita berusaha untuk memiliki sifat-sifat ini:

1- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutamanya sewaktu bersukan.

2- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8- Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Sesungguhnya untuk mengetahui bagaimana seseorang itu, cubalah perhatikan dengan siapa dia berkawan.

9- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang sedang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang mahu anda miliki sebagai suami. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka,
anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menjadi buah hati bagi mereka.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya kena ada kesemua sikap di atas. Jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.

Wallahua'lam


Pejabat ITC
1.29 PM

Thursday, January 13, 2011

Sekitar Motivasi bersama Mahasiswa Politeknik Kota Bharu,Kelantan

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai bersama krew ITC meneruskan agenda kami membangunkan masyarakat. Kali ini kami berpeluang bersama mahasiswa-mahasiswi Politeknik Kota Bharu, Kelantan pada 11 Januari 2011 iaitu pada hari Isnin. Durasi selama 2 jam yang diberikan telah kami usahakan semaksimum mungkin untuk memastikan para audien kami ini mendapat manfaat yang selayaknya. Syukur pada Allah, rata-rata mahasiswa-mahasiswi telah memberi respon yang cukup baik terhadap tajuk 'Halatuju Mahasiswa' ini dan kami doakan semoga mereka pulang dengan membawa sekali tips perkongsian yang kami berikan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah dan pihak pengurusan Politeknik Kota Bharu kerana telah memberi kepercayaan kepada kami mengendalikan slot tersebut.

Kepada mahasiswa-mahasiswi Politeknik Kota Bharu pula, selamat berjaya kami ucapkan. Semoga kalian sentiasa bermotivasi di dalam menempuhi cabaran dan merealisasikan halatuju anda sekarang.

Terima kasih.

Wallahua'lam

Pejabat ITC
5.25 PM

Monday, January 10, 2011

Produk istimewa abad ini!

Saya ingin menawarkan anda satu produk yang sangat menarik. Jika anda menggunakannya dengan betul, nescaya anda akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat.

Saya telah menggunakannya sejak dari tingkatan 1 lagi. Sehinggalah sekarang, saya masih tetap setia dengannya walaupun saya sudah bekerja.

Bukan sahaja saya, malah kawan-kawan saya baik di IPT mahupun sekolah, baik di Kelantan mahupun di luar Kelantan, telah memuji dan berpuashati akan keberkesanan dan kualitinya.

Ianya juga telah menjadi sumber rujukan tetap bagi beberapa sekolah tersohor di Kelantan. Dengan kata lain, setiap tahun, sekolah-sekolah tersebut akan memperbaharui bekalan produk ini seiring dengan kemasukan pelajar baru.

Saya fikir, dengan produk inilah, telah menyebabkan ramai sekali masyarakat mula membuka mata terhadap APA ITU ISLAM.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan, dengan produk ini jugalah, lahirnya pemimpin-pemimpin besar di sekolah-sekolah dan kampus-kampus yang mempunyai kesedaran memandu kawan-kawan mereka ke jalan yang benar.

Suatu pelaburan yang ingin saya sifatkan sebagai 'sifar dalam kerugian' dan 'infiniti dalam keuntungan'. Ianya melibatkan kedua-dua alam-alam dunia dan alam akhirat.

Pakar motivasi tersohor Kelantan, Cikgu Nik Mat Nik Lib, telah mencadangkan supaya produk ini diletakkan di setiap pusat sumber (perpustakaan) di sekolah-sekolah seluruh Kelantan. Beliau sendiri telah mengakui akan kehebatannya.

Sesiapa yang ingin memilikinya, jangan sesekali segan untuk menghubungi saya-0134058718.

Anda pasti teruja dengannya :)

Syukran.

p/s: Untuk info lanjut,layari ini-www.quranicgroup.blogspot.com

Wallahua'lam


Pejabat ITC
2.37 PM

Selamat Hari Lahir :)

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seorang pemimpin ummat abad ini iaitu:

YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Semoga beliau dipanjangkan umur dan diberi kesihatan secukupnya untuk terus membimbing manusia ke jalan yang benar

Syukran :)


Wallahua'lam

Pejabat ITC
1.32 PM

Sunday, January 9, 2011

Bersama pakar motivasi tersohor Kelantan

Pada 9 Januari 2011 iaitu hari Ahad, saya telah mengiringi CEO ITC untuk berkunjung ke SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Kunjungan ini ialah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Nik Muhamad Nik Lib, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan yang juga selaku perunding motivasi terkenal di Kelantan.

Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira sejam ini cukup bermakna kepada kami. Banyak ilmu dan maklumat yang telah diperolehi oleh kami dari beliau yang sememangnya berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan motivasi dan kesedaran. Pakar motivasi tersohor di Kelantan ini sudah pun berkecimpung di dalam dunia ini selama lebih kurang 20 tahun. Tidak hairanlah pelbagai perkongsian yang telah diberikan cukup berharga untuk kami melangkah dengan lebih segar dan mantap untuk masa hadapan.

Kami sungguh berbesar hati apabila beliau telah menyatakan kesudiannya untuk menjadi mentor kami. Semoga dengan bimbingan beliau akan memberikan nilai tambah kepada kami di dalam proses memajukan masyarakat ini.

InsyaAllah kami akan sentiasa 'keep in touch' dengan beliau.

Terima kasih cikgu! :)

Pejabat ITC
8.08 PM

Sekitar Motivasi bersama Pelajar SMU Maahad Muhammadi (L),KB,Kelantan

Saya telah mengiringi saudara Muiz selaku CEO ITC untuk memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di SMU Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu, Kelantan pada 6 Januari 2011 iaitu hari Khamis. Tajuk 'Tahun Baru,Azam Baru' telah disampaikan oleh saudara Muiz dengan begitu bertenaga sekali. Alhamdulillah, pelajar yang seramai kira-kira 60 orang itu telah memberikan sambutan yang membanggakan. Masjid sekolah tersebut sungguh meriah dengan perbincangan dan kupasan-kupasan 2 hala antara saudara Muiz dan pelajar.
Justify Full
ITC ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah memberikan kepercayaan untuk menyampaikan slot ini. Semoga ukhuwwah sillaturrahim yang telah terjalin akan sentiasa hidup disirami rahmat Allah.

Semoga berjumpa lagi :)


Wallahua'lam

Pejabat ITC
7.55 PM

Thursday, January 6, 2011

Bertasbihlah...


Saya ingin mencoret sedikit sahaja sebagai luahan hati di kala hujan turun membasahi bumi ini.

Saya ingin mengumpamakan hujan yang turun mengalir menyejukkan bumi itu, seolah-olah seorang non-muslim, yang mengalirkan air mata, kerana baru sahaja mendapat anugerah berupa hidayah Allah.

Beliau memperolehi kurniaan itu, setelah menyaksikan sendiri akan kesyumulan Islam ini. Dan memeluknya, dengan penuh keikhlasan. Hatinya menjadi sejuk, sesejuk permukaan bumi yang diairi hujan itu.

Biarlah saya nyatakan di sini, bahawa saya tujukan luahan ini, kepada sebuah pertubuhan politik, yang bernama DAP.

Maaf! Sila buang sekejap sentimen politik anda! Kita lihat ikut neraca Islam, agama yamg kita anuti bersama ini.

Saya menyatakan ini, atas dasar pemerhatian saya, apabila melihat mereka semakin jinak dan lunak dengan Islam. Tidak sedikit pun saya lihat, mereka ingin mempermainkan agama kita. Apa yang ada, cuma kejahilan yang mesti kita sama-sama terang, bukan serang!

Lihatlah mereka dengan penuh simpati dan kasih sayang. Tidak gembirakah anda, jika benar mereka akan menyertai kita?

InsyaAllah, saya pasti, saya akan menjadi antara orang pertama, yang akan menangis kegembiraan dan terharu, jika mereka sudi bersama kita, hidup di dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang Pencipta sebenar.

Jika betul suatu hari nanti akan terjadi peristiwa ini, kepada saudara saya seIslam, ayuhlah kita sama-sama mentadabbur surah ini:

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, (1) Dan engkau melihat manusia masuk agama Allah beramai-ramai, (2) Maka ucaplah tasbih dengan memuji tuhanMu dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (3)
~An-Nasr~


Wallahua'lam

Pejabat ITC
3 PM

Wednesday, January 5, 2011

Iman 20 sen


Teman-teman yang saya hormati, jemputlah menghayati cerita ini. Sungguh, ianya cukup mengesankan saya apabila pertama kali membacanya. Silakan...

***

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

***

Temanku, apa yang kalian dapat dari peristiwa di atas?

Ingatlah, kita mungkin tidak tahu kesan dari tindakan kita kepada orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam, biar siapapun kita...

Temanku, selagi kita masih merasai nikmat saat, ketahuilah bahawa Allah masih memberi kesempatan untuk kita berubah. Marilah bersama kita berubah ke arah kebaikan ya.

Perubahan pula jangan terlalu drastik. Dibimbangi ia akan menjadi seperti kita menuangkan minuman dengan terlalu laju. Sudahlah air dalam cawan tinggal sikit, kita pula habis basah.Perlahan-lahanlah ya teman...


Wallahua'lam


Desa Taqwa
10.58 PM


My Services :)

Kepada teman-teman yang saya muliakan, ini iklan ringkas perkhidmatan syarikat saya. Boleh juga hubungi saya-013 4058718. Jika ada permintaan dari negeri lain, insyaAllah akan dipertimbangkan. InsyaAllah anda tidak akan kecewa dengannya :)

Monday, January 3, 2011

Sekitar Motivasi bersama Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan

ITC telah dijemput oleh pihak pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Pasir Mas, Kelantan untuk mengadakan sesi muhasabah kepada pelajar-pelajar baru KKTM pada 31 Disember 2010 (malam tahun baru). Pelajarnya adalah sekitar 100 orang yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Program ini dimulakan pada pukul 9.30 malam di Dewan Istiqamah, KKTM.

Untuk slot kali ini, kami memilih untuk mempersembahkan modul yang dikenali sebagai 'Recall Sentuhan Pelajar'. Modul yang di dalamnya mengandungi pengajaran untuk memantapkan hubungan dengan Allah, Rasul dan ibu bapa ini telah berjaya dihayati oleh para pelajar. Alhamdulillah dengan mengalirnya air mata keinsafan tersebut, ITC berharap ianya dapat menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih baik kepada para peserta.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa.

Selamat menempuhi alam baru pengajian anda.

Apapun, ITC akan mengingati anda :)

Wallahua'lam

Pejabat ITC
4.40 PM

Justify Full

Sekitar Motivasi bersama pelajar Terengganu di Agro Beach Resort, Terengganu

ITC telah menyampaikan motivasi bertajuk Remaja Aktif (Anak Soleh) di Agro Beach Resort, Besut Terengganu pada 24 Disember 2010. Kali ini pesertanya ialah pelajar-pelajar yang telah dipilih di seluruh negeri Terengganu. ITC telah dijemput oleh Itqan Training Consultancy, Terengganu untuk memberikan slot tersebut.

Alhamdulillah, respon pelajar-pelajar sangat memberangsangkan. ITC berharap semuanya dapat menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mengambil berat serta mentaati kedua ibu bapa.

Selamat menjadi permata kepada ayah dan bonda

Semoga berjumpa lagi :)

Wallahu'alam


Pejabat ITC
4.28 PM