Friday, October 29, 2010

Bukti Kebesaran Allah

Marilah teman-teman kita sama-sama merenung kebesaran Allah melalui ciptaanNya ini. Semoga bertambah keimanan kita kepada Yang Maha Mencipta...

Beautiful Earth


Ice Crystals


Bird of Lights


Earth's Belly Button


Flowery Pathway


Uniquely Lake


Sea Shell


Misty Forest


Lenticular Cloud


The Marks of Wind


Rays of Down


Wave of Clouds


Dreamscape


'Paradise'


Blue Earth



67:3

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?" (Al-Mulk : 3)



RB,Arau
7PM

Wednesday, October 27, 2010

Sekitar Program Qiam Jundi Di Sekolah Sri At-Taqwa

Pelajar-pelajar diberi task untuk menyediakan sendiri sarapan


Kelihatan mereka begitu girang sekali


Adik bertudung biru itu hanya menunggu masa untuk 'ngap' sahaja :)


Ini bukan di penjara ya :)


Khas untuk sahabat2 saya yang ambil final exam. Tetapi saya tidaklah bermaksud mendoakan kegagalan anda. Harap faham ya :)



Terima kasih sebanyaknya kepada:

- Abang saya Akhi Azam
- Sahabat saya Ukhti Sharifah
- Semua guru-guru Sekolah Sri At-Taqwa
- Semua adik-adik pelajar Sekolah Sri At-Taqwa

Barakallahufikum :)



RB,Arau
11.07 PM

Sahabat...(akhir)

1. Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menghulurkan bantuan kepada sahabat lama saya ini di sekolahnya.Maaf,maksud saya sekolah di bawah seliaannya. Beliau sekarang bukan sahaja berkhidmat sebagai seorang guru,bahkan lebih dari itu. Sungguh saya tidak menyangka, beliau kini telah diamanahkan sebagai Penolong Kanan 1 di tempat yang dahulunya pernah mengukir perkataan tarbiyyah di hati kami semua. Agak teruja saya apabila mengetahui beliau telah diamanahkan jawatan setinggi itu dalam usia yang muda. Saya tiba-tiba berfikiran nakal, "kalau begitu,nanti kalau ditakdirkanlah aku bekerja di sini,ada chance dapat mudir rasanya..hehe" Astaghfirullah..maaf,saya bergurau sahaja. Jangan ambil hati kenyataan ini ya :)

2. Saya berasa beruntung dan bertuah kerana dapat kembali menjejakkan kaki dan menghirup udara tarbawi yang segar di situ.Sebaik sahaja sampai di sana,saya terkenangkan sahabat-sahabat seusrah dan setamrin dengan saya yang sekarang bertebaran di serata ceruk negara mencurahkan keringat berbakti kepada agama yang tercinta. Saya dan beliau dahulunya sahabat sepengajian di kampus yang sama dan dalam diploma yang sama. Cumanya selepas sahaja tamat diploma,beliau memilih untuk terus terjun dalam masyarakat dan saya pula meneruskan niat untuk menyambung pengajian.

3. Baru-baru ini,beliau telah memohon pertolongan saya dan senior saya untuk memenuhi slot muhasabah,qiamullail dan kuliah subuh dalam program yang dinamakan sebagai Qiam Jundi,sebuah program tarbiyah untuk pelajar-pelajar darjah 4,5 dan 6 di taman ilmu itu. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bersetuju,apatah lagi rasa kerinduan saya yang membuak-buak untuk melihat suasana Islam di situ dan saya juga ingin menjadi seperti mana yang disabdakan baginda SAW:

"Sesiapa yang memudahkan seseorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat"

4. Sesungguhnya,bersama dengan pelajar-pelajar di situ,telah membuatkan saya terkenang kembali nostalgia lama semasa saya 'besar-besar' dahulu :) .Dalam slot saya selepas Solat Subuh,saya berpeluang untuk memodulkan mereka untuk melihat sejauh mana mereka menyayangi dan mengasihi guru-guru mereka. Tatkala itu,saya juga sempat berkongsi satu cerita dengan mereka tentang bagaimana dahsyatnya pengorbanan seorang guru terhadap anak didiknya.Cerita bagaimana saya didenda berjalan itik di tengah-tengah blok sebanyak 7 pusingan sehingga menjadi tumpuan ramai semasa zaman persekolahan dulu juga ternyata telah menarik 100% perhatian mereka..huhu

5. Back to the topic ya..:) Saya masih teringat semasa di zaman diploma dulu,beliau salah seorang dari 3 orang yang 'aneh' di dalam kelas. Hal ini kerana akhlak dan pakaiannya agak berbeza dari kebanyakan yang lain. Walaupun dilihat 'aneh', bagi saya beliau telah berjaya memusnahkan belenggu 'aneh' yang seringkali menghantui kawan-kawan sekelasnya untuk mendekatinya. Mesra dengan gelaran Kak ___, beliau telah dianggap sebagai kakak kepada kami semua,walau kami semua usianya sama sahaja. Kekentalannya mempertahankan identiti seorang muslimah ditambah dengan personalitinya yang 'mudoh baso' (sila rujuk kamus loghat Kelantan), membuatkan dirinya disenangi baik kawan mahupun sahabat. Saya lihat, ada beberapa orang siswi mula terasa dengan pengaruh Islam yang dibawanya itu. Alhamdulillah,teringin sekali saya berkongsi hadis ini dengan siswi-siswi tersebut:

"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman yang setia yang soleh/solehah, jika sekiranya ia terlupa (lalai), ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"

6. Beberapa detik yang lepas, saya telah mendapat mesej dari beliau awal pagi lagi. Mesejnya lebih ringkas dari sahabat saya dalam post blog ini yang lepas. Ianya bertaip begini, "Ayh dh xda". Saya gugup seketika. Perasaan bersalah mula menjalar dalam tubuh saya. Hal ini kerana saya tidak berpeluang untuk menziarahi pengebumian ayahnya. Terasa besarnya dosa saya tidak dapat menunaikan hak seorang muslim ini. Walau saya telahpun memesejnya memohon maaf tidak dapat hadir dan mengucapkan takziah, saya tetap merasakan ianya belum memuaskan, apatah lagi jarak dari rumah sewa saya ini ke sana tidaklah jauh mana. Oleh itu,jika beliau membaca artikel ini,ketahuilah bahawa saya ingin mendedikasikan post kali ini untuknya sebagai tanda mohon maaf saya dan sahabat-sahabat yang tidak berpeluang ke sana.

7. Jujurnya saya ingin memberitahu bahawa saya belum mengerti sepenuhnya akan bagaimanakah perasaan seseorang itu tatkala menghadapi ujian berupa pemergian seorang ayah buat selama-lamanya. Hal ini kerana saya masih memiliki seorang ayah. Saya cuba memahami, sememangnya kehilangan tempat bergantung ini, pasti meninggalkan impak yang besar kepada seseorang individu itu. Saya cuba trace, sebenarnya, tidak sedikit sahabat-sahabiah saya yang sudah ketiadaan 'tempat berlindung' ini. Justeru, saya hanya mampu berdoa, semoga sahabat-sahabiah saya yang sudah mengalami perasaan itu,akan dikurniakan ketabahan dan keimanan secukupnya mendepani ujian tersebut. Saya teringat kata-kata seorang ulama' bahawa jika kita menyayangi seseorang manusia itu,ketahuilah bahawa Allah lebih menyayanginya daripada kita. Mungkin Allah mengambilnya dari kita itu adalah sebagai bukti tingginya cintaNya terhadap hambaNya. Semoga, kita sentiasa dapat berbaik sangka kepada Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan.

8. Saya ingin mengakhiri kalam ini, dengan sebuah harapan bahawa,ukhuwwah fillah kita ini akan 'abadan abada' sifatnya. Semoga, ianya dapat menghasilkan sebuah persahabatan yang saling dapat merasai susah senang, sedih gembira bersama.Umar Al-Khattab RA pernah berkata:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka,kerana mereka itu perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah"


Sahabat-sahabatku yang dimuliakan,mimpiku,jika kita tidak dapat melangkah ke syurga yang sama sekalipun,semoga dapatlah kita hidup berjiran di sana!


Ana akhukum fil Islam


Al-Fatihah



Wallahua'lam


RB,Arau
9.48 PM

Sunday, October 24, 2010

Sahabat...

1. Saya sebenarnya tidak tahu apakah tajuk yang paling sesuai untuk post kali ini.Bermacam-macam tajuk saya fikir seperti 'Teruskan Perjuangan Sahabatku', 'Perjuangan Mesti Diteruskan' dan macam-macam lagi.Tetapi entah kenapa,hati ini mendesak menafikannya.Akhirnya,senang-senang tulis sahaja macam tu..habis cerita..

2. Saat ini,kedapatan teman-teman saya mula merasakan hormon dalam tubuh mereka masing-masing sudah meningkat naik dan luar biasa dari sebelumnya hingga hampir pitam mereka dibuatnya.Berjenis-spesis gelagat mereka boleh dilihat secara percuma ketika ini.Ada yang tenang,gelabah,keletihan,mengunci diri atau berkampung beramai-ramai di bilik dan surau bahkan ada seorang dua secara tiba-tiba memekik menggegarkan kolej kediaman secara live. Semuanya gara-gara sebuah peristiwa yang sama ada pahit atau manis yang akan ditempuhi mereka.Ianya sangat digemari oleh mereka dengan menamakannya sebagai 'FINAL EXAM'..huhu

3. Saya sebenarnya tidak berhajat untuk menulis tentang final exam ini.Haruslah saya menulis sesuai dengan tajuk.Cuma,apa yang saya ingin kongsikan,di waktu ini ada 2 orang sahabat saya yang sedang mengalami peristiwa hidup yang bagi saya lebih dahsyat daripada final exam ini.Biarlah saya terlebih dahulu men'describe'kan mereka yang sememangnya sedikit sebanyak memberi erti dalam hidup saya.

4. Sahabat pertama saya,beliau agak pendiam orangnya dan tidaklah terkenal sangat.Sekali lihat,beliau kelihatan seperti samseng jalanan.Sesiapa yang belum kenal beliau secara dekat,pasti akan menganggap beliau ini sepertinya kaki pukul yang boleh diminta bantuan untuk men'selesai'kan sesiapa yang berkenan di hati,apatah lagi beliau memiliki susuk tubuh yang agak kasar kerana rutinnya bekerja di ladang dan latihan silat yang selalu dirasainya.Siapa tahu,rupa-rupanya,walaupun beliau kelihatan begitu,tetapi di sana tersimpan suatu kemuliaan di dalam dirinya.

5.Saya jadi terkenang akan kebaikannya sebaik sahaja saya menerima mesejnya yang berbunyi begini,"be,ayah kita dah xda,pkul 11 pg td". Ringkas tapi kesannya terasa menjalar ke setiap urat nadi.Terus sahaja saya menghubunginya tanpa berfikir panjang.Saya hairan,sepertinya saya lebih sedih akan pemergian ayah beliau daripada beliau sendiri.Ini kerana nada suaranya cukup bersahaja dan tenang.Lidah saya jadi kelu untuk bagaimana meng'express'kan perasaan ini kepadanya.Akhirnya saya sekadar bertanya bagaimana ianya boleh terjadi dan sekali sahaja saya mengucapkan 'sabar' kepadanya.Nak buat macam mana,dah dia buat relaks ja..takkanlah kita nak menjadikan dia rasa sedih pulak..

6.Saya teringat,bagaimana ke'gila'an beliau di dalam merencana ekonomi untuk menjana pendapatan persatuan kami.Beliau sanggup berkorban meninggalkan rawatan hospital sekejap yang sepatutnya beliau jalani dalam beberapa hari ekoran penyakit serius yang dihidapinya.Tatkala saya menziarahinya di hospital,beliau tidaklah menyatakan kebimbangan terhadap dirinya tetapi beliau lebih risaukan kalau-kalau sahabatnya tidak mampu menguruskan ekonomi persatuan dengan baik.Ada teman saya beritahu yang dia ternampak beliau sedang mengangkat botol minuman yang banyak di kiosk dalam keadaan jarum hospital (untuk memasukkan air ubat) masih melekat di belakang tapak tangannya.Allahuakbar! Tidak hairanlah,beliau pernah diberi title oleh para temannya sebagai 'Permata Ekonomi' dalam persatuan kami...

7. Beliau juga pernah mesej saya bertanyakan ada apa-apa tugasan yang perlu dia selesaikan atau tidak,sedangkan ketika itu beliau sedang menemani ayahnya yang sedang berada dalam keadaan tenat.Beliau juga seorang yang pemurah dan tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja kelebihan yang ada pada dirinya.Bahkan,beliau seorang yang sangat berdikari dan kehidupannya adalah ditanggung oleh dirinya sendiri,meskipun boleh sahaja sebagai seorang anak untuk beliau meminta dari kedua ibu bapanya.Sedar tidak sedar,saya banyak mempelajari sesuatu darinya...

8. Benarlah kata Ustaz Sidek Noor,seorang ulama terkenal tanahair pernah memberi mauidzah,bahawa ada mukmin di dunia ini tidak dikenali di bumi,tetapi sangat dikenali di langit.Saya mengharapkan,mudah-mudahan beliaulah salah seorangnya.Saya ingin berdoa kepadanya,semoga beliau tabah mengharungi musim peperiksaan yang kali pertama tanpa seorang ayah ini.Siapa tahu,mungkin doa orang seperti beliau inilah yang menyebabkan sahabat-sahabat berjaya dan tetap konsisten dalam perjuangan ini.Orang seperti beliau,pastinya tidak perlu mewar-warkan kebaikannya.Hanya Allah dan dia sahaja yang tahu.Atau,mungkin sabda nabi SAW ini yang menjadi pegangannya:

'Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan.Di sisinya seorang malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya,malaikat yang ditugaskan itu berkata,"Amin,dan bagimu seperti itu juga" ' (Hadith Riwayat Muslim)



Adikku,betapa mulianya dirimu.Aku,jadi malu terhadap kebaikanmu....


Al-Fatihah



p/s: Sahabat ke-2 akan disambung ke post akan datang InsyaAllah


Wallahua'lam


RB,Arau
12.12 AM


Thursday, October 21, 2010

Dialog Pejuang 2


Naim : Salam ustaz

Ustaz Mustaqim : Wsalam naim

Naim : Ustaz,rancak perbincangan di chat box blog ust skrg ni..ana tiba2 bminat ikut pkmbangan blog ni..

Ustaz Mustaqim : Huhu..pminat2 ustaz kot tu naim..gurau jer :)

Naim : Peminat?Hmm..yelah tu ustaz..teruskan perjuangan melalui penulisan ni ya ustaz. Jujurnya ana sentiasa mengikuti blog ustaz..

Ustaz Mustaqim : Dah baca post ustaz yg trbaru naim?

Naim : Sedang ust..huhu.InsyaAllah,manfaatnya ana akan ambil ust.

Ustaz Mustaqim : Naim,ust nak tny,apa pndapat naim trhadap blog ust ni?

Naim : Ana bole absorb,ana sbenarnya kurang berkenan kalo ada blog yg copy paste je..at least,kenala ada huraian si blogger..slalunya ust,org akn trtarik pada blog yg seolah2 'brbual' dgn pngunjungnya..kalo sume copy paste,krgla ckit keistimewaannya..

Ustaz Mustaqim : Syukrnlah naim.tp,kalo copy paste pkara yg baik2 n dsebarkan kpd umum,kan baik tu?

Naim : Ya ust mmg btul..tp krgla 'special'nya..xpelah ust tu pndgan ana ja...ust,ana cdgkan ust kekalkan apa yg ust buat skrg..itu akn mnjadikan blog ust lbih unik.walau bhn yg sama,tapi pengolahan dan pmikiran ust sndiri..

Ustaz Mustaqim : Yelah naim insyaAllah..ust akn teruskan konsep sbegini,walau kelihatannya ada yg krg brsetuju dgn ust..tgok dlm chat box tu pun dah tau..huhu

Naim : Sabar ust..kata org,syariat diutamakan,yg lain tu mehnah dan tribulasi jer..

Ustaz Mustaqim : Ust x peduli naim..slagi post ustaz ni tdak mgajak pembacanya ke arah maksiat,ust akn teruskan..mmg susah nk memenuhi khendak smua manusia ni..ust x akan mbiarkan Islam ni dilihat jumud dan beku serta trkongkong smpaikan nk bkgsi something yg x salah di sisi Islam pn dpertikaikan..

Naim : Yela ust..sabar ye

Ustaz Mustaqim : Apapun naim,ust x amik hati sgt pn..ust ttap mbuka pluang utk dkritik..asal shj kritikannya mbina..cm ust agk trasa,mereka yg mkritik tu x berani menegur ust scr bdepan..ust teringt org kata,"berani krn benar,takut krn salah.."

Naim : Sudahla ust..jgn marah2 lagi..cm ana mmpu gtau ust spaya bsabar je..

Ustaz Mustaqim : Tp ust positif naim,mereka yg menegur tu,sebenarnya mgkn sayangkan ust dan amik beratkan ust kan?hehe...

Naim : Ustaz! Jaga2..ana report kat ustazah Huda baru tau..x habis2 dgn prangai gurau ustaz ni...ustaz kan baru setahun kahwin dgn ustazah Huda..tggula 10 thun lg nk pasang 2 pun ust! Isy-isy ust-ust...

Ustaz Mustaqim : Astaghfirullah..terima ksih naim..ke situ plak ust..huhu.tp ust stkt ni mmg xda niat ckit pun nk pasang 2 naim..ust ttap akan setia pd ustzh Huda..ust mana ckup duit nk pasang 2 ni naim...

Naim : Ahh..sdahlah ust.bncg psl khwin plak kita ni..sy ni,bknny layak lg nk khwin pn ust..

Ustaz Mustaqim : Ya sudahla..dah nak asar.Jom bsiap ke masjid naim..

Naim : Jom ustaz


:)


RB,Arau
6.24 PM

Wednesday, October 20, 2010

Islamic or Syaitanic Fashion Festival?

1. Kasarkah bunyinya tajuk artikel saya kali ini?Aahh..peduli apa saya! Yang penting,saya ingin perasaan marah,kecewa dan sedih yang meresapi diri ini dapat dikongsi bersama teman-teman sekalian.Mulanya, saya tidak mahu mengupas sangat isu ini kerana kelihatannya telah tersebar luas di Internet,namun hati saya meronta-ronta memaksa saya untuk meneruskannya juga.Sekarang,biar sahaja saya mengambil tugas untuk menanam kebencian perkara ini di dalam diri anda!

2. Maruah Islam yang suci ini sekali lagi telah dinodai dan ditelanjangkan oleh penganjuran sebuah program yang dinamakan sebagai Islamic Fashion Festival yang diadakan di Kuala Lumpur. Saya ingatkan,setelah konsert artis gay Adam 'Lembek' dibantah bertalu-talu dari segenap penjuru baru-baru ini, rakyat Malaysia keseluruhannya akan memahamilah betapa persoalan agama ini sangat diambil berat. Tup-tup...masih ada segelintir daripada mereka yang telah mengambil keputusan untuk bersikap dungu dengan mem'buta'kan mata mereka daripada melihat realiti sebenar akan kehendak muslim di Malaysia ini.


3. Jika penganjuran ini bermatlamatkan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,maaf! Saya berpendapat,ia bukan sahaja tidak mengharumkan,malah membusukkan nama Malaysia bukan sahaja di persada antarabangsa,bahkan di persada planet-planet sekalipun.Apabila ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara' sahaja yang dihadami dalam kepala,habislah orang lain.Anda ingin mengetahui penganjurnya?Anda carilah sendiri maklumatnya ya..

4. Secara peribadi,saya tidaklah menyalahkan akan pemilihan penganjur akan nama programnya seperti itu.Tetapi masalahnya,bila saya menatapi gambar-gambar ini,sememangnya nama seperti itu tidak sepatutnya digunakan. Jelas sekali Islam di Malaysia ini telah dihina sekali lagi,apatah lagi jika anda fokus betul-betul kepada baju salah seorang peragawati yang tidak menutup aurat tersebut,tertera nama Muhammmad dalam keadaan terbalik.Saudara,meyakini dan mencintai nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah ini menjadi kewajipan kita semua bukan?Justeru,tidak terbakarkah anda melihat gambar ini?

Kalimah 'Muhammad' secara terbalik di dada peragawati ini


5. Saya hairan,mana perginya pihak berkuasa yang telah diamanahkan untuk mencegah perkara-perkara seperti ini?YADIM,JAKIM,NGO-NGO Islam,menteri-menteri agama,bapak-bapak mufti,di manakah anda?Adakah anda mempunyai masalah atau takut untuk mengeluarkan fatwa untuk hal yang ini?Kalau begitu,baik bagi saya dan kawan-kawan saya saja yang memutuskannya!

6. Dan sekali lagi,saya berasa sangat kasihan,kerana kaum hawa telah diperalatkan dengan sewenang-wenangnya untuk menjayakan festival ini. Daya tarikan yang ada pada mereka telah disalahgunakan demi memenuhi tuntutan nafsu pihak-pihak tertentu.Biarlah saya bagi hint,untuk pengetahuan anda,penganjur utama program ini juga terdiri dari kaum hawa!


Islamic or Syaitanic Fashion Festival?Kata Nabil,"lu pikirlah sendiri"




Wallahua'lam

RB,Arau
1.01 AM

Santai Minda 3 : Bila loghat Kelantan di'KL'kan (1)

Kepada teman-teman saya yang sedang menghadapi tekanan sama ada tekanan mental atau fizikal khususnya sepanjang menghadapi final exam ni,saya syorkan anda membaca post saya yang ini.Kepada yang masih belum menguasai loghat Kelantan sepenuhnya,anda boleh merujuk kawan-kawan anda yang tinggal di Kelantan,supaya anda akan dapat menghayati santai minda kali ini dengan lebih bermakna.huhu :)


Kantoi 1
Kawan saya yang ditugaskan menghantar tetamu ke airport sedang menunggu hujan berhenti.Bila hujan berhenti,beliau berkata,"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"




Kantoi 2
Seorang student berasa tertekan dengan kawannya yang nampak ragu-ragu untuk menekan mousenya bagi menjawab soalan programming di komputer,lalu dia marah,"awak tunggu apa lagi,PENYETla mouse tu."Saya terfikir,nasib baik dia tak kata "JIREK"


Kantoi 3
Kakak saya pergi ke jamuan di sebuah hotel.Beliau memberitahu kepada waiter yang menuang minuman di gelasnya dengan selamba dan serius,"adik,dah banyak air tu,PADAN-PADANla"


Kantoi 4
Abang ipar saya nak beli kuih di pasar malam di ibukota.Dia meminta dari makcik yang menjual,"makcik,PULUT LEPA satu."
Sepatutnya pulut panggang.


Kantoi 5
Sahabat saya yang ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM di UiTM Arau terkejut kerana mendapati barisan orang yang beratur sangat panjang,lalu beliau berkata spontan,"eh-eh ramainya orang,berJUJUK-JUJUK"


Kantoi 6
Seorang guru bertanya kepada muridnya,"kenapa baju kamu ada bintik-bintik hitam ni?" Pelajarnya menjawab,"baju saya kena PERTIK SAWA cikgu"


Kantoi 7
Kawan saya yang membeli minuman di dalam cawan plastik di sebuah kiosk bertanya,"kak,ada TUDUNG tak?" Lalu kakak itu menjawab dengan sedikit confuse,"tudung x jual kat sini,lagipun awakkan lelaki?"Kawan saya betulkan balik,"maksud saya,penutupla kak."Kakak itu tersipu-sipu malu,"ohh penutup,cakapla penutup..."


Kantoi 8
Housemate saya ingin mengajar saya memasak kari.Dia memberi penerangan,"mula-mula panaskan minyak,masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik baunya.Kemudian masukkan AWAS..."




Kantoi 9
Housemate saya bengang apabila pulang ke rumah sewanya yang berselerak.Beliau menjerit spontan,"nape rumah ni berKUBANG?"



Kantoi 10
Sahabat saya menawarkan sebiji biskut kepada pelanggan di kiosknya,"x mahal bang,SAMAS je"








:)


RB,Arau
10.12 PM

Monday, October 18, 2010

Cara Mudah & Murah Cegah Nyamuk


1. Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai agen pelbagai penyakit yang boleh membunuh seperti Aedes,Malaria dan terbaru Chikugunya (kalau salah eja tolong betulkan ya).Bunyi desirannya pun sudah berupaya membuatkan seseorang itu tidak dapat belajar atau bekerja dengan memuaskan keesokan harinya kerana tidak cukup tidur pada malamnya dek kerana penangan 'lagu' nyamuk yang 'sumbang' ini.huhu...

2. Pelbagai jenama ubat dan penyembur racun boleh didapati di pasaran hari ini istimewa untuk membunuh dan menghalau nyamuk seperti Ridsect,Fumakilla,Shieldtox dan lain-lain.Ada juga di kalangan kita memilih untuk memasang kelambu sebagai tanda protes terhadap kehadiran makhluk Allah ini dan tidak kurang juga yang mengambil keputusan untuk memfogging binatang tersebut,selalunya dibuat di kolej-kolej untuk mem'berambus'kan binatang perosak ini.

3.Untuk post terbaru kali ini,saya ingin berkongsi dengan teman-teman,cara mudah dan murah untuk menangani mereka.Sesuai bagi siswa-siswi yang menginap di kolej-kolej atau rumah sewa,ataupun bagi mereka yang tinggal di flat dan apartment,dan juga bagi mereka yang kurang berada..:)

Barang-barang yang diperlukan seperti berikut:
-200 ml air
-50 gram gula merah
-1 gram ragi
-botol plastik 1.5 liter
-kertas/plastik hitam secukup rasa :)

Cara-caranya:-

Step 1
Potong botol plastik di tengah dan simpan bahagian atas/mulut botol



Step 2
Campur gula merah dengan air panas.Biarkan ia sejuk kemudian tuangkan di bahagian potongan bawah botol.



Step 3
Masukkan ragi dan tidak perlu kacau.Ini untuk menghasilkan karbon dioksida.



Step 4
Pasang@matchkan bahagian atas/mulut botol tadi dengan posisi terbalik seperti corong (seperti dalam gambar)



Step 5
Bungkus botol dengan kertas/plastik hitam kecuali bahagian atas didedahkan.Kemudian letak sahaja di 'markas' mereka :)



Step 6
Lebih kurang 2 minggu,anda boleh melihat hasilnya-jumlah nyamuk yang mati



Selain membersihkan habitat atau tempat pembiakan mereka,method ini boleh sahaja digunakan di sekolah-sekolah atau di tandas.Lagi banyak benda ini lagi bagus.

Saya mencadangkan anda berkongsi cara ini dengan ketua kampung,JKKK,jiran-jiran,housemate atau roommate anda.

Selamat mencuba :)


Wallahua'lam


RB,Arau
6.10 PM