Monday, March 28, 2011

Hikmah Di Sebalik Ujian


Bismillah, dengan namaNya saya memulakan coretan ini, setelah sekian lama...

Teman-teman sekalian,

Kita pasti tidak terlepas dari merasai kesusahan dan keperitan di dalam kehidupan ini bukan? Kesusahan dan keperitan itu pula, hadir di dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Mungkin ada di kalangan kita yang dapat menghadapi dan menyelesaikannya. Mungkin juga ada di kalangan kita yang mengambil keputusan untuk melupakan dan mengabaikannya. Tidak kurang juga mungkin ada di antara kita yang tidak dapat menerimanya sehingga kadang-kadang terlepas cakap/tindakan sehingga mendatangkan kesan buruk kepada mereka yang berkaitan/tidak berkaitan termasuklah kepada Pencipta kesusahan dan keperitan tersebut. Nauzubillah !

Teman-teman sekalian,

Di sini saya ingin mengingatkan diri saya dan anda tentang apakah hikmah di sebalik Allah mendatangkan semua ini kepada kita. Semoga ianya dapat dijadikan tazkirah yang bermakna buat kita untuk hari ini dan selamanya. Ada 5 hikmahnya yang boleh kita ambil:

1. Untuk menghapuskan dosa kita.

2. Untuk Allah SWT mengurniakan pahala kepada kita.


3. Untuk meringankan siksaan Allah SWT di akhirat kelak.


4. Untuk membuktikan kepada kita, bahawa Allah SWT lebih berkuasa daripada kita dalam semua perkara, sekalipun kita sudah melakukan yang terbaik dan menjangkakan ianya akan berjaya.

5. Untuk melahirkan perasaan, bahawa kita adalah makhluk Allah yang lemah dan hina, sedang Allah bersifat dengan segala kesempurnaan.


Teman-teman sekalian,


Mari kita koreksi diri ya...



Wallahua'lam


Pejabat ITC
12.44 PM



Wednesday, March 16, 2011

Meh ghama2 sek kito :)

Terima kasih saya ucapkan kepada Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan (UPWKK) kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai moderator dalam slot bicara santai bersama selebriti. Panelnya terdiri daripada Ustaz Azariza atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jaa selaku Pegawai Halaqat Kota Bharu dan juga penceramah sensasi negeri Kelantan. Seorang lagi ialah artis terkenal tanahair iaitu saudara Hafiz Hamidun selaku penyanyi/pengacara TV/penulis lirik dan penggubah lagu yang sangat dikenali khususnya oleh golongan remaja hari ini. Melihat kepada masyarakat mutakhir ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada UPWKK kerana tajuk yang menjadi pilihan sangatlah tepat pada masanya untuk dibicarakan iaitu "Jaga Aurat, Diri Selamat".

InsyaAllah saya akan berusaha menampilkan yang terbaik untuk menjayakan slot tersebut. Semoga ianya dapat berjalan dengan lancar mengikut kehendakNya insyaAllah.

Kepada rakyat Kelantan pula, jom sek kito pakat serbu pasar Peringat Sabtu ni deh!

Jumpa di sana :)


Wednesday, March 9, 2011

Mesti Baca!

1. Ini satu lagi buku yang sangat best! Kalau anda malas membaca buku yang tebal-tebal seperti buku yang saya cadangkan sebelum ini (Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun karangan Syeikhuna Prof Dr Yusuf Qaradhawi), nah ambil ini alternatifnya. Walaupun agak nipis dan kecil, ianya sangat padat dengan maklumat dan fakta serta gambar-gambar yang akan membuatkan anda terpegun menatapnya. Sebaik sahaja mendapat tahu harga promosi semasa pelancarannya iaitu dari RM 10 ke RM 8, saya terus tidak teragak-agak lagi untuk memilikinya. Dan dalam kesibukan serta malas-malas saya, rasa saya tidak lebih 2 jam saya peruntukkan untuk menghabiskannya...sungguh 'lazat' dan 'sedap' membacanya..:)

2. Buku ini ialah hasil susunan seorang ulama' muda yang sedang meningkat namanya di bumi serambi Mekah ini iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, seorang hafiz dan lulusan Al-Azhar Mesir. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan. Terkenal dengan ceramahnya yang 'berapi' sesuai dengan jiwa seorang anak muda ansoorullah, buku ini juga telah berjaya membuatkan perasaan saya 'berapi-api' untuk bersama dalam semangat revolusi perubahan seluruh dunia kini. Bagaimana boleh tercetusnya demonstrasi raksasa di Mesir telah diberitahu dengan secara terperinci di dalamnya. Saya fikir, peristiwa ini sewajibnya kita jadikan perbualan dan perbincangan sesama kita, supaya ianya akan diketahui oleh masyarakat kebanyakan, sekaligus menjadikan mereka rakyat yang mempunyai pendirian.

3. Punca revolusi ini ialah bermula dari kematian seorang pemuda bernama Khaled Said, yang telah dizalimi oleh pihak berkuasa ekoran keberaniannya mendedahkan rahsia kebobrokan mereka. Siapa sangka, kematian beliau rupa-rupanya ialah permulaan kehidupan baru rakyat Mesir.Rentetan itu, Wael Ghanim, seorang anak muda Mesir yang bekerja di syarikat enjin carian Google sebagai seorang eksekutif, mula memainkan peranan untuk menghidup dan membangkitkan jiwa para belia Mesir yang sebelum ini telah lama dibuai mimpi kesenangan.

4. Dengan kepakarannya memanfaatkan teknologi Internet dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kempennya yang bercogankata "Kulluna Khaled Said" (setiap kita adalah Khaled Said) telah mendapat sambutan yang sungguh dahsyat dari sekalian anak muda bumi anbiya' ini. Justeru itulah, kesepakatan mereka di dalam 'menembak' maklumat ini di alam maya seolah-olah mereka seperti sebuah batalion tentera yang tidak akan pulang selagi misi belum selesai. Hasilnya, rakyat Mesir yang selama 30 tahun merana dan teraniaya di dalam 'penjara kehidupan' angkara pemimpin mereka ini, telah sebulat suara mengambil keputusan nekad dan hanya mati sahaja yang mampu menghentikan mereka semua dari mengubah keputusan tersebut. Keputusan itu ialah- MEMBERAMBUSKAN REJIM HOSNI MUBARAK!

5. Terkesan saya dengan satu ungkapan Ustaz Fadhli di dalam buku ini. Biarlah saya jadikannya sebagai penutup post kali ini. Ianya berbunyi begini:

"Revolusi yang berlaku di Tunisia dan Mesir sebenarnya baru satu permulaan suatu perubahan. Umpama di dalam solat,ianya baru sahaja sedang mengangkat takbir dan ruku'. Salamnya? Sudah tentu salamnya di BaitulMaqdis! Jumpa di sana duhai sahabatku!"


Allahuakbar!


Desa Taqwa
3.00 AM



Monday, March 7, 2011

Jom!

Justify FullKepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kelantan khususnya dan bangsa Melayu spesifiknya, ayuh kita sama-sama ke wacana ini untuk melihat dan membuat penilaian sendiri tentang hakikat isu semasa yang dialami negara kita sekarang. Wacana yang semestinya tidak akan ditayangkan di media arus perdana ini pasti mampu untuk mendedahkan rahsia berkaitan sejauh manakah terancamnya kuasa yang sedang dimiliki bangsa Melayu sekarang. Marilah kita buang sentimen kepartian sejenak dan kita analisisnya berdasarkan ilmiah dan fakta yang berasas melalui wacana ini. Membariskan panel-panel yang bertaraf nasional, saya yakin ianya berupaya membuka mata kita mendapatkan kebenaran sekaligus terus mara memperjuangkan kebenaran tersebut.

Saya berasa teruja kerana program wacana yang sering diadakan di Kelantan ini pada kali ini akan disertai oleh bekas Naib Canselor tempat menimba ilmu saya dulu iaitu Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pejuang bangsa Melayu yang syadid. Seorang lagi yang membuatkan saya rasa wacana kali ini akan lebih terasa kehangatannya ialah dengan hadirnya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, seorang ahli akademik yang terkenal dengan kedahsyatan hasil kajiannya baik berkaitan massa mahupun menyentuh isu politik. Menariknya, beliau juga merupakan abang kepada seorang teman seperjuangan saya yang kini sedang menuntut di UiTM Perlis (mungkin beliau akan tersenyum jika membaca petikan ayat ini :) )

Oleh itu, jomlah beramai-ramai. Jumpa di sana! :)