Monday, December 27, 2010

Kasih Sang Murabbi

1. Saya terkesima teruk apabila diminta menjadi pengerusi majlis kepada seorang tokoh bertaraf dunia ini. Walaupun masa bersama dengannya hanyalah sekitar sejam 30 minit sahaja, tetapi ianya ibarat setahun lamanya. Apa tidaknya, saya sudah dapat menjangkakan awal-awal lagi, bahawa saya pasti akan menjadi 'bahan permainan'nya dalam durasi tersebut...akhirnya,sememangnya tekaan saya tidak meleset..! Mengendalikan majlisnya, tidaklah seperti pengalaman saya sebelum ini mengendalikan majlis bersama Ustazah Siti Norbahyah Mahamood atau Ustaz Fathu Bari Mat Jahya ulama' muda UMNO, tekanan kali ini jauh lebih dahsyat lagi..huhu :)

2. Saya pada mulanya sudah mengambil keputusan untuk menolak pelawaan tersebut, bahkan sudah ada cadangan insan bertuah lain untuk menggantikan tempat saya di dalam tugasan ini, dan dia pun sudah bersedia ke arah itu, tetapi akhirnya di saat-saat akhir dan di atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya akhirnya akur dengan perancangan yang telah ditetapkan Allah ini. Walaupun saya cuba berusaha untuk mempositifkan diri seperti mana yang selalu saya katakan di dalam siri-siri ceramah motivasi saya sebelum ini, saya akhirnya telah diuji dengan kata-kata sendiri dan juga ekoran terlalu tinggi hormat saya kepada dirinya, sekalipun saya sedar saya lebih tinggi sikit darinya...huh

3. Berdamping dengannya, yang merupakan tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kelantan tahun lepas ini, membuatkan saya kaget sepanjang masa dan serba tidak kena. Saya mesti berhati-hati dan memastikan setiap inci perbuatan saya, tiada satu pun yang akan mengganggu dirinya. Saya terfikir sejenak, ini lebih dahsyat dari berdamping dengan seorang kekasih, yang kadang-kadang kita tidak perlu hirau sangat kemahuannya,bahkan kentut di tepinya pun apa yang nak dihairankan! Maaf itu bukan saya ya, ianya adalah berdasarkan cerita-cerita yang saya pernah dengar dari orang-orang yang mabuk bercinta...huhu

4. Saya tidak mahu melepaskan peluang ini, untuk melihat dirinya dari dekat baik dari segi fizikal mahupun mental. Saya mendapati, orang tua seperti ini, sepatutnya sudah beristirehat di rumah dan tidak perlu lagi bersusah-susah ke mana-mana. Tetapi ternyata sekali, beliau sepertinya mendapat tenaga baru, sebaik sahaja beliau berhadapan dengan pemuda-pemudi seperti saya.

5. Semangatnya ketika menuturkan mutiara jihad, adalah lebih bermakna dari para demonstran yang melepaskan geram di jalanan! Direnung tajam olehnya, menyebabkan saya seperti seekor anak ayam di celah rahang buaya, yang sedang menunggu untuk dikacipkan! Disenyum olehnya pula, meluruhkan segala stress dan tekanan di dalam diri. Simptom-simptom yang dikesani saya ini, membuatkan saya tidak hairan bagaimana beliau boleh dikenali dan disegani oleh pejuang-pejuang Islam, bukan sahaja di peringkat nasional, bahkan di seluruh dunia.

6. Pengarang buku 'Amal Jamaie : Pengertian dan Tuntutannya' ini sangat 'tarbiyyah' orangnya. Buti-butir tazkirah yang diluncur dari bibirnya, seperti terus masuk meresap ke dalam hati audiennya. Sentuhan tarbiyah ruhiyyah yang dimiliki murabbi ummat ini, cukup berkuasa mengalirkan air mata para jundullah, yang menginsafi pengorbanan yang masih sedikit ini. Secara peribadi, saya menganggap walaupun kerap juga ditertawakan oleh audien rentetan 'permainannya' terhadap saya, saya positif ia sebenarnya adalah satu bentuk kemesraan secara tidak langsung yang cuba diterapkan olehnya terhadap saya.

7. Sekalipun habis jatuh bertaburan 'thiqah' saya ketika mengendalikan majlis tersebut, saya langsung tidak mempedulikannya apatah lagi bila memikirkan inilah harganya yang perlu dibayar untuk merasai detik-detik manis bersama dengannya. Jika sebelumnya saya biasa menulis dalam tulisan rumi, bersama dengannya telah memaksa saya untuk menulis di dalam jawi, kerana saya bimbang, akan di' M-16' olehnya...huhu

8. Jika saya ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, pasti saya akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini kepadanya. Saya hairan, bagaimana mungkin Malaysia boleh memberikan anugerah tersebut tahun ini kepada seorang perempuan, yang kelihatan masih kabur dari segi penjagaan auratnya, sekalipun banyak jasanya kepada negara. Jika tahun lepas anugerah tersebut boleh sahaja diberikan kepada Syeikh Dr Yusof Qardawi, beliau saya fikir tidak kalah dari tokoh ulama' dunia tersebut, apatah lagi tidak keterlaluan untuk saya katakan kerana air tangan beliaulah, Islam masih boleh berbau dengan wangi di Malaysia ini! Kenalan rapat Syeikh Said Hawwa inilah, antara orang pertama yang bertanggungjawab memacu kebangkitan Islam sejak dahulu hingga sekarang. Usrah dan Al-Quran, pasti tidak terlepas dari bicaranya.

9. Saya berasa sungguh bersyukur kepada Allah, kerana diberi kesempatan olehNya, untuk merasai sentuhan kasih sayang dari 'bapa tarbawi' ini. Di saat kondisi dirinya yang selalu sahaja sakit-sakit ini, saya berharap, masih berpeluang untuk bertemu dengannya untuk siri-siri seterusnya, sebelum beliau meninggalkan bumi Serambi Mekah ini. Kepada semua teman-teman seperjuangan, jika kalian mempunyai peluang untuk bersamanya, saya nasihatkan cubalah adjust macam mana sekalipun masa anda, supaya anda dapat merasai sendiri terapi tarbiyyah ini. Saya ingin mendoakan, semoga beliau sentiasa diberi kesihatan secukupnya, untuk terus membimbing anak-anak muda Malaysia hari ini, mencetuskan kembali roh Islam sejati, seperti mana kentalnya pemuda-pemudi HAMAS mempertahankan Islam di Palestin sana. Beliau yang saya maksudkan ialah- AL FADHIL USTAZUL MURABBI DATO' YAHYA OTHMAN!



Barakallahufik ya ustaz...

Wallahua'lam


Pejabat ITC
8.15 PM

Monday, December 20, 2010

Sekitar Motivasi bersama Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Sweet Beach Resort

Alhamdulillah, saya bersama sahabat seperjuangan baru sahaja bersama mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri di Sweet Beach Resort. Tajuk 'Jatidiri Mahasiswa Muslim' telah menjadi wasilah penghubung di antara kami dengan mereka.

Inilah keramaiannya. Seramai 143 orang kalau tidak silap saya.

Sahabat saya memulakan motivasinya dengan skillnya yang tersendiri

Trend kampus sekarang- Muslimat lebih ramai dari muslimin

Walau bagaimanapun, kuantiti tidak semestinya membuktikan kualiti. Setuju tak dengan kenyataan ini? :)

My turn :)

Salah satu slide yang menjadi maudhuk perbincangan

"Teruskan perjuangan dik! Kalianlah bakal duta penyelamat dan kasih sayang kepada masyarakat di luar sana"



Wallahua'lam

Pejabat ITC
8.40 PM




Thursday, December 16, 2010

Puasa dan Doa Hari Asyura

Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1. صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu).

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442

2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73

3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75

****

Terkesan saya apabila membaca terjemahan doa hari asyura tersebut. Sungguh menusuk ke jiwa rintihan Saidina Ali itu...Mari teman-teman kita amalkannya.

Apapun, rindunya saya nak merasai bubur asyura versi Kelantan punya. Harapnya hari ini ada rezeki untuk merasainya :)


Wallahua'lam


Pejabat ITC

9.33 AM

Monday, December 13, 2010

ITC terus maju!

ITC akan terus maju merasai denyut nadi masyarakat bagi memberi manfaat yang maksimum kepada mereka. Semoga sentiasa di dalam bimbingan Allah untuk menggalas gerak kerja yang penuh mencabar ini demi Islam dan ummah! :)

Wallahua'lam

Pejabat ITC
3.04 PM

Saturday, December 11, 2010

Sekitar Kem Remaja Excellent di Demong Beach Resort, Terengganu

Saya bersama team Itqan Partners Training dan Consultancy (ITC) mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah selesai mengendalikan program Kem Remaja Excellent anjuran Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan. Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Demong Beach Resort, Besut Terengganu dan disertai oleh seramai 37 orang perserta iaitu 13 lelaki dan selebihnya ialah peserta perempuan. Semuanya ialah pelajar dari Kolej Komuniti Pasir Mas sendiri.

ITC telah menggunakan konsep PLB dalam program ini iaitu Progressive, Leadership dan Brilliant. Konsep ini secara umumnya ialah untuk menghasilkan seorang individu yang mempunyai sikap dan pemikiran yang dinamik selain tidak meninggalkan rasa bertuhan di dalam diri. Saya sangat meyakini bahawa konsep ini pasti akan mmberi manfaat yang tidak sedikit kepada para peserta. Alhamdulillah respon dari para peserta sangat menggembirakan kami. Berikut antara penilaian yang kami perolehi dari para peserta-



i)Komen keseluruhan program:

~Alhamdulillah, keseluruhan program ini berjalan dengan sangat baik dan saya sangat berpuashati (Nur Hakima Muhamruesa)

~Senang hati, gembira selalu dapat bekerjasama sesama kita dan dalam kumpulan (Nur Emelin)

~Sangat baik. Masa yang diaturkan tepat dengan kesesuaian tempat (Siti Nur Ezzati binti Ahmad Faizul)

~Ia memuaskan dan saya amat gembira dengan program yang dijalankan (Al-Amin)

~Memuaskan hati, dapat pengalaman baru dan mendapat keinsafan (Zamri bin Ahmad)



ii)Komen terhadap fasilitator:

~Semua fasilitator baik. Sporting dan memberi motivasi yang membina (Nur Fatihah binti Muhammad)

~Memberikan tunjuk yang berguna kepada kami. Sangat baik. Boleh dijadikan teladan pada remaja zaman kini (Nik Anis Atiqah binti Nik Baharudin)

~Fasilitator sangat baik dan pandai mengambil hati pelajar (Nik Muhamad Naufal b. Nik Ruslan)

~Ketiga-tiga fasilitator adalah amat memuaskan. Agar mendapat pakar motivasi dunia dan menjadi pakar motivasi tersohor pada akan datang (Mohd Syawal b. Mohd Nawi)

~Cara penyampaian sangat memuaskan dan meninggalkan kesan kepada para peserta (Ahmad Shahril b. Mat Hassan)

iii)Cadangan ke arah penambahbaikan:

~Lebihkan kepada minda dan info (Maslinda Mohd Yusoff)

~Harap banyakkan lagi program mencabar dan permainan dengan kumpulan (Siti Nor Najwa bt Maruan)

~Tingkatkan lagi prestasi. Banyakkan program yang lebih menarik. (Ika Atiqah)

~Perlu adakan lagi Kem Remaja Excellent untuk menyedarkan remaja hari ini (Muhammad Afiq Mukhtaruddin b. Mohd Ariffin)

~Mengadakan program sebegini selama 5 hari (Nik Muhammad Azmi b. Nik Arif)

Team ITC bersama Kak Liza dan Puan Natasya

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada:

~Team ITC yang sentiasa sudi berkongsi segala kesusahan dan kesenangan di dalam mengendalikan program ini

~Kak Liza dan Puan Natasya (pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas) di atas segala pertolongan yang diberikan kepada kami

~Semua adik-adik dan sahabat-sahabat peserta kerana komitmen anda semua cukup membanggakan kami :)

Semoga Allah memberkati usaha yang tidak seberapa ini. Jumpa lagi ya! :)


Wallahua'lam


Pejabat ITC
6 PM

Thursday, December 9, 2010

Sesuci Hati

1. Hari ini saya berasa sungguh terkesan apabila membaca sebuah artikel di dalam sebuah website. Ianya berkaitan kunjungan Yusuf Islam (Cat Steven) ke UIA untuk memenuhi jemputannya. Saya pastekan respon seorang pelajar UIA selepas beliau selesai mendengar tazkirah ringkas dari penyanyi merangkap pendakwah terkenal dunia itu:

"Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya"

2. Saya mula terfikir sendirian dan membuat beberapa pemerhatian. Saya mendapati, sememangnya jauh bezanya muslim yang hanya kerana baka keturunan dengan muslim yang mendapat hidayah dan taufiq Allah. Juga berbeza muslim yang berkata tetapi tidak pernah merasainya berbanding muslim yang berkata dan turut melakukannya. Rahsianya pada pandangan saya:

"Adakah lontaran kata-kata itu lahir dari hati dan roh yang suci atau sebaliknya"

3. Saya teringat tulisan Syeikh Abbas As-Siisi dalam bukunya "Kiat-kiat Memikat Hati" bahawa beliau pernah mengatakan hanya orang yang dapat menguasai hatinya sahaja akan dapat melengkapkan siri-siri kejayaan dakwahnya. Hal ini kerana seseorang itu tidak akan dapat memiliki seseorang yang lain dalam erti kata yang sebenar, jika beliau belum dapat memenangi hatinya. Jika anda berpendapat material atau unsur-unsur fizikal itu dapat juga digunakan untuk menawan seseorang, saya fikir mungkin anda akan berjaya juga mendapatkannya, tetapi dia sekarang bukan manusia, tetapi robot! Maaf saya berkata begitu...Saya fikir, material itu kaitannya dengan manusiawi, manakala roh itu hanya boleh dikaitkan dengan Illahi.

4. Kita dapat lihat, bagaimana berkesannya mesej dari Maher Zain sehingga hampir seluruh dunia mengenali beliau, bahkan ada orang bukan Islam yang mula berjinak-jinak dengan Islam selepas mendengar nyanyiannya. Lagunya bukan sahaja diminati oleh para muda remaja, bahkan seluruh lapisan masyarakat dari anak kecil hinggalah orang tua menyukainya. Saya ada membaca latar belakang beliau dan fahamlah saya bahawa penghijrahan beliau dari seorang pemuda yang bergelumang dengan maksiat kepada seorang pemuda pencetus hidayah ialah mungkin kerana ianya bermula dari hatinya yang kotor sebelum ini menjadi bersih kembali.

5. Tidak dilupakan juga saudara Nazrey Johani, bekas solo kumpulan nasyid Raihan yang seorang Kristian pada mulanya kemudian masuk Islam hasil hidayah Allah. Saya merasakan berkat taufiq dan hidayah Allah yang terpancar dan menyinari hatinya itulah yang menyebabkan dakwah dan mesejnya berjaya memikat ramai manusia di Malaysia ini, sehingga setakat ini setahu saya tiada lagi artis yang dapat menandingi jualan album 'Puji-Pujian'nya sewaktu zaman kegemilangan mereka, hatta Siti Nurhaliza sekalipun. Bukan itu sahaja, mereka juga diminati peminat di luar negara dan kalau tidak silap saya, merekalah artis pertama yang melangkah ke Royal Albert Hall, London. Cuma sayangnya, ianya kurang mendapat liputan media.

6. Akhirnya, saya terpana dengan kata-kata Abdullah Ibn Mas'ud ini:

"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang yang membaca Al-Quran tidak kira kamu ikut membaca atau sekadar mendengarnya. Kedua kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah. Ketiga kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru, kerana sesungguhnya hati yang dimilikimu sekarang sebenarnya bukan hatimu"


Sucikanlah hati kami Ya Allah...



Wallahua'lam


Pejabat ITC
4.54 PM

Saturday, December 4, 2010

Sekitar Kembara Motivasi ITC di Terengganu

CEO ITC memulakan motivasinya

Adik kecil ini merasa teruja sangat untuk melakukan modul yang disediakan :)

Mereka kelihatan cukup bersemangat

Penuh penghayatan

Pelajar perempuan yang turut serta

Team ITC singgah sekejap untuk solat Jumaat

Papan tanda yang kreatif :)

Ini satu lagi

Mengambil kesempatan bersiar-siar di Tasik Kenyir

Di sebuah landskap di Tasik Kenyir

Saya berjaya mengangkat gunung. Kuat x saya? :)

CEO ITC bersama pakcik driver bot berkuasa tinggi


Mendapat rezeki naik bot secara percuma oleh pakcik yang budiman

'Recall Sentuhan Pelajar' di Agro Resort, Besut

Pelajar sedang bersedia untuk dimotivasikan

Mungkin ada sesuatu yang menghiburkan :)

Semoga berjumpa lagi dik..Ingatlah Allah sentiasa


Saya belum lagi mengendalikan sebarang slot kerana saya fikir saya perlu melihat dan memahami dulu 'nature' ITC ini dengan baik. InsyaAllah sedikit-sedikit lama-lama membukit :)

Wallahua'lam

Pejabat ITC
7.01 PM


Thursday, December 2, 2010

This Is My Journey

1. Saya akhirnya telah membuat keputusan yang sangat penting dalam hidup ini, iaitu bagaimana perancangan selepas tamat ijazah sarjana muda nanti. Hampir sebulan lebih saya di dalam dilema dan kebuntuan mencari pilihan terbaik untuk diri ini. Sekarang, keputusan saya ialah:

Menjadi Usahawan Di Dalam Bidang Perkhidmatan

2. Saya telah nekad dengan keputusan ini, walau saya menyedari hampir semua adik-beradik saya bekerja makan gaji dengan kerajaan. Pendapatan mereka lebih daripada cukup dan mereka tidak perlu bersusah-susah memikirkan soal duit. Saya tahu pendapatan awal saya tidak seberapa, tetapi saya akan berusaha segigih mungkin, untuk membuktikan sunnah Rasulullah SAW ini akan kelihatan ajaibnya!

3. Sekarang saya sudah menyertai sahabat seperjuangan di sebuah syarikat yang bernama Itqan Training & Consultancy (ITC). Syarikat ini setakat ini hanya ada 3 orang sahaja stafnya, yang sekaligus juga pengurusnya, termasuklah saya. Saya diamanahkan sebagai Pengurus Perhubungan Korporat dan Penyelidikan. Job scopenya sudah saya fahami. Tinggal lagi untuk saya memperkasakannya. Saya yakin, jika kita berusaha dengan tekun, InsyaAllah Allah akan menunjukkan jalanNya. Semuanya terpulang kepada saya. Kalau saya rajin, saya dapat. Kalau malas, saya tak dapat. Saya bertambah bahagia apabila berpeluang menyambung perjuangan meng'angkasa'kan Islam di sini :)

4. Saya tidak akan menyesal, apatah lagi inilah kerja yang kena dengan life dan selera saya. Tiada gunanya kita bergaji besar, tapi kerja langsung tidak seronok dan macam-macam undang-undang yang tak relevan nak kena ikut. Lagi-lagilah kalau ianya tidak menyumbangkan sesuatu pun untuk Islam. Maaf itu pendapat saya sahaja. Jangan marah ya :)

5. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi! Tiada sesiapa yang boleh mengubah keputusan ini, melainkan Allah dan saya sendiri. Sesiapa yang teringin mengumpat tentang saya, saya nasihatkan ubahlah niat anda tersebut kerana ianya bukan sahaja membuang masa bahkan memberikan anda dosa percuma. Kepada umi dan abah, Kamal tahu umi dan abah agak risau dengan kerja yang macam tiada jaminan dan tiada masa depan ini. Kamal tidak mahu ulas apa-apa, cukuplah umi dan abah meneruskan doa kepada anakmu yang seorang ini. Beliau mungkin tidak sepertimu yang bekerja makan gaji, tetapi beliau sangat yakin suatu hari nanti beliau yang akan bagi orang makan gaji!

6. Pagi esok saya akan ke Tasik Kenyir, Terengganu untuk mengiringi CEO Itqan Training & Consultancy dalam slot 'Motivasi Remaja' anjuran sebuah pertubuhan politik terkenal tanahair. Malamnya kami ke Agro Resort Terengganu dalam slot 'Recall Sentuhan Pelajar' anjuran sape tah saya pun dah lupa...huhu.

7. Kan best kerja sendiri ni? Boleh jalan-jalan lagi...sape yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami boleh hubungi terus saya. Nombor dah tertera di sebelah kanan blog ini.InsyaAllah nanti saya akan postkan maklumat lengkap berkaitan syarikat ini dan perkhidmatannya :)


May Allah Bless Us All. Please remember me in your dua' ...This Is My Journey!



Wallahua'alam

Desa Taqwa,KB
11.53