2. Saya pada mulanya sudah mengambil keputusan untuk menolak pelawaan tersebut, bahkan sudah ada cadangan insan bertuah lain untuk menggantikan tempat saya di dalam tugasan ini, dan dia pun sudah bersedia ke arah itu, tetapi akhirnya di saat-saat akhir dan di atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya akhirnya akur dengan perancangan yang telah ditetapkan Allah ini. Walaupun saya cuba berusaha untuk mempositifkan diri seperti mana yang selalu saya katakan di dalam siri-siri ceramah motivasi saya sebelum ini, saya akhirnya telah diuji dengan kata-kata sendiri dan juga ekoran terlalu tinggi hormat saya kepada dirinya, sekalipun saya sedar saya lebih tinggi sikit darinya...huh
3. Berdamping dengannya, yang merupakan tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kelantan tahun lepas ini, membuatkan saya kaget sepanjang masa dan serba tidak kena. Saya mesti berhati-hati dan memastikan setiap inci perbuatan saya, tiada satu pun yang akan mengganggu dirinya. Saya terfikir sejenak, ini lebih dahsyat dari berdamping dengan seorang kekasih, yang kadang-kadang kita tidak perlu hirau sangat kemahuannya,bahkan kentut di tepinya pun apa yang nak dihairankan! Maaf itu bukan saya ya, ianya adalah berdasarkan cerita-cerita yang saya pernah dengar dari orang-orang yang mabuk bercinta...huhu
4. Saya tidak mahu melepaskan peluang ini, untuk melihat dirinya dari dekat baik dari segi fizikal mahupun mental. Saya mendapati, orang tua seperti ini, sepatutnya sudah beristirehat di rumah dan tidak perlu lagi bersusah-susah ke mana-mana. Tetapi ternyata sekali, beliau sepertinya mendapat tenaga baru, sebaik sahaja beliau berhadapan dengan pemuda-pemudi seperti saya.
5. Semangatnya ketika menuturkan mutiara jihad, adalah lebih bermakna dari para demonstran yang melepaskan geram di jalanan! Direnung tajam olehnya, menyebabkan saya seperti seekor anak ayam di celah rahang buaya, yang sedang menunggu untuk dikacipkan! Disenyum olehnya pula, meluruhkan segala stress dan tekanan di dalam diri. Simptom-simptom yang dikesani saya ini, membuatkan saya tidak hairan bagaimana beliau boleh dikenali dan disegani oleh pejuang-pejuang Islam, bukan sahaja di peringkat nasional, bahkan di seluruh dunia.
6. Pengarang buku 'Amal Jamaie : Pengertian dan Tuntutannya' ini sangat 'tarbiyyah' orangnya. Buti-butir tazkirah yang diluncur dari bibirnya, seperti terus masuk meresap ke dalam hati audiennya. Sentuhan tarbiyah ruhiyyah yang dimiliki murabbi ummat ini, cukup berkuasa mengalirkan air mata para jundullah, yang menginsafi pengorbanan yang masih sedikit ini. Secara peribadi, saya menganggap walaupun kerap juga ditertawakan oleh audien rentetan 'permainannya' terhadap saya, saya positif ia sebenarnya adalah satu bentuk kemesraan secara tidak langsung yang cuba diterapkan olehnya terhadap saya.
7. Sekalipun habis jatuh bertaburan 'thiqah' saya ketika mengendalikan majlis tersebut, saya langsung tidak mempedulikannya apatah lagi bila memikirkan inilah harganya yang perlu dibayar untuk merasai detik-detik manis bersama dengannya. Jika sebelumnya saya biasa menulis dalam tulisan rumi, bersama dengannya telah memaksa saya untuk menulis di dalam jawi, kerana saya bimbang, akan di' M-16' olehnya...huhu
8. Jika saya ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, pasti saya akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini kepadanya. Saya hairan, bagaimana mungkin Malaysia boleh memberikan anugerah tersebut tahun ini kepada seorang perempuan, yang kelihatan masih kabur dari segi penjagaan auratnya, sekalipun banyak jasanya kepada negara. Jika tahun lepas anugerah tersebut boleh sahaja diberikan kepada Syeikh Dr Yusof Qardawi, beliau saya fikir tidak kalah dari tokoh ulama' dunia tersebut, apatah lagi tidak keterlaluan untuk saya katakan kerana air tangan beliaulah, Islam masih boleh berbau dengan wangi di Malaysia ini! Kenalan rapat Syeikh Said Hawwa inilah, antara orang pertama yang bertanggungjawab memacu kebangkitan Islam sejak dahulu hingga sekarang. Usrah dan Al-Quran, pasti tidak terlepas dari bicaranya.
9. Saya berasa sungguh bersyukur kepada Allah, kerana diberi kesempatan olehNya, untuk merasai sentuhan kasih sayang dari 'bapa tarbawi' ini. Di saat kondisi dirinya yang selalu sahaja sakit-sakit ini, saya berharap, masih berpeluang untuk bertemu dengannya untuk siri-siri seterusnya, sebelum beliau meninggalkan bumi Serambi Mekah ini. Kepada semua teman-teman seperjuangan, jika kalian mempunyai peluang untuk bersamanya, saya nasihatkan cubalah adjust macam mana sekalipun masa anda, supaya anda dapat merasai sendiri terapi tarbiyyah ini. Saya ingin mendoakan, semoga beliau sentiasa diberi kesihatan secukupnya, untuk terus membimbing anak-anak muda Malaysia hari ini, mencetuskan kembali roh Islam sejati, seperti mana kentalnya pemuda-pemudi HAMAS mempertahankan Islam di Palestin sana. Beliau yang saya maksudkan ialah- AL FADHIL USTAZUL MURABBI DATO' YAHYA OTHMAN!
Barakallahufik ya ustaz...
Wallahua'lam
Pejabat ITC
8.15 PM