Tuesday, June 21, 2011

ITC Versi Poskad - Iklan Terkini

Alhamdulillah, untuk pengetahuan teman-teman yang saya muliakan, Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) kini cuba melangkah dengan lebih maju ke depan dengan wajah baru promosinya untuk pertengahan tahun ini. Kali ini, ITC berusaha untuk tampil dengan wajah baru perkhidmatan yang lebih segar dan mesra kepada pelanggannya. Salah satu pendekatannya kali ini ialah melalui poskad:


View depan


View belakang

InsyaAllah, sedikit masa nanti, ITC akan menemui anda dengan laman web rasmi yang lebih efisyen dan efektif untuk memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan ini sekaligus membantu menceriakan hidup anda. Tunggu yaa :)

Ok, jumpa lagi =)

Saturday, June 11, 2011

Sekitar Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011

Tempat bermula dan berakhirnya Explorace Serambi Mekah 2011. Para peserta telah tidak kelihatan kerana penuh bernafsu memburu title juara :)


Peserta muslimat gigih berusaha


Peserta muslimin yang tidak mengenal erti putus asa


Ustaz Yadiy yang ceria menantikan ketibaan peserta explorace di Bazar Tok Guru


Antara peserta muslimat yang telah sampai mendapatkan pengesahan


Majlis penutupan yang sangat gilang-gemilang


Batalion Unit Amal, wira yang tidak didendangkan pengorbanannya


Lebih 200 buah motosikal berkuasa tinggi digunakan sebagai simbolik kegagahan anak muda yang tidak akan membenarkan sama sekali kezaliman berterusan melata di bumi Kelate


Antara anak muda Kelate yang turun bekerja menghidupkan suasana sambutan peringkat negeri ini. Kenal tak yang berlunjur kaki tu? =)


Kumpulan dikir barat tersohor Kelantan yang diketuai Jen Endoro membuat persembahan. Menariknya, lagu-lagunya semua berunsur nasihat dan Islamik


Perarakan masuk motosikal yang dipelopori anak muda Kelate yang bakal menghumbankan rejim diktator ke laut nanti

Sempat berposing dengan sebuah motor yang dilihat paling cute hari tersebut


YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan mencuba kereta mini yang antik

Saksikan klip video kemeriahan perarakan masuk jagoan muda Kelate mengiringi YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan


Barisan anak muda penggempur kebobrokan


Ini pula perarakan keluar meninggalkan majlis


Barisan anak muda pencinta keadilan


Sekian, jumpa lagi.

Saya anak muda bermaruah. Anda bagaimana? =)

Saturday, June 4, 2011

Sekitar Perkahwinan Sahabatku

Segak bergaya, penuh confident melangkah ke alam baru


Duduk agak jauh dari Imam, debaran terasa barangkali


Lepas ditegur, baru mendekat :)


Hadir memberikan semangat,sambil mempelajari sedikit-sebanyak :)


Mula saat menggerunkan

Doa mohon keberkatan, syukur sekali lafaz sahaja :)


Solat 2 rakaat disudahi sujud syukur, tanda berterima kasih kepadaNya


Bersama meraikan kesyukuran


Setengah jam kemudian, terus 'berdemonstrasi' ke rumah pengantin perempuan


Perkahwinan, sememangnya bukan melibatkan 2 orang individu sahaja, tetapi 2 buah keluarga


Pasangan baitul muslim, bakal melahirkan abna'ul harakah nanti InsyaAllah :)


Barakallahu lakuma, wa jama'a baina kuma fi khair


Majlis penyampaian hadiah dari YBrs Safar mewakili para sahabat :)


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, walaupun pada mulanya pihak lelaki tersilap masjid untuk akad nikah.Mulanya ingatkan Masjid Besar Pasir Mas, rupa-rupanya Masjid Meranti...huhu

Semoga Akhi Hafizul dan Ukhti Nuha kekal bahagia hingga ke syurga, di samping menjadikannya platform terbaik untuk mencurahkan kudrat berbakti kepadaNya.

Sebagai akhirnya, saksikan detik-detik bersejarah bagi pengantin lelaki yang sempat dirakam.
Selamat menonton :)




Terima kasih


Then, who's next?

:)