Monday, November 14, 2011

Sekitar Majlis Ihtifal PASTI Muaz Bin Jabal, Pintu Geng

Abang iparku, ummiku, kakakku, Amalin & Afiq


Alhamdulillah, saya kembali berblog, setelah sekian lama menyepi.

Kali ini saya nak share rakaman saya semasa majlis ihtifal Pasti Muaz bin Jabal, Pintu Geng baru-baru ini. 2 orang anak saudara saya ada di sini. Nama panggilannya ialah Amalin (5 tahun) dan Afiq (4 tahun).

Alhamdulillah, persembahan ini membuktikan bahawa fitrah suci kanak-kanak jika diisikan dengan rasa cinta pada Allah, kasih pada nabi SAW, sayang ibu dan bapa mereka InsyaAllah akan menghasilkan manusia yang bermanfaat kepada masyarakat kelak.

Saksikanlah persembahan mereka yang menghiburkan dan mencuit hati ini =)



Persembahan Amalin secara berkumpulan *beliau yang memegang mike tu



Persembahan Afiq berkumpulan *beliau yang paling chubby di situ =)



Persembahan Amalin secara duet



Persembahan Amalin secara berkumpulan terakhir yang penuh bertenaga



Pastinya anda juga ingin memiliki anak-anak seperti ini kan?

=)

Tuesday, October 4, 2011

Ibrah 'Surat Cinta' Allah

Bismillah. Salam pencerahan dari saya.

Alhamdulillah wa syukrulillah, mood untuk menulis telah kembali =)

Teman, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yang saya kasihi. Ianya ialah beberapa potong ayat dari 'surat cinta' Allah kepada kita. Entah kenapa semasa membacanya pagi tadi, hati ini begitu terkesan sekali. Saya tampilkan ayatnya~


Ianya dari surah Al-Fatir ayat ke 37. Nah teman, kau bacalah terjemahannya dengan penuh penghayatan:

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebaikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dulu." (Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, sedangkan telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim tidak ada seorang penolong pun"


Saya cuba merenungi dan mentadabburi ayat Allah yang DAHSYAT ini, dan inilah antara yang bermain-main di dalam benak akal saya:

- Ini sebuah gambaran tentang bagaimana keadaan hamba Allah yang menderhakaiNya semasa di dunia. Membacanya, akan menghasilkan suatu ketukan yang sangat keras ke atas hati yang keras supaya ianya lembut kembali.

- Al-Quran ini, banyak gaya penyampaiannya. Ada dalam bentuk fakta, ada dalam bentuk cerita, ada dalam bentuk pernyataan, ada dalam bentuk sindiran dan bermacam-macam lagi. Tetapi untuk ayat ini, Allah memilih dalam bentuk dialog soal-jawab. Saya merasakan seolah-olah Allah mahu kita lebih 'cristal clear' tentang apa yang hendak dimaksudkan olehNya. Subhanallah...

- Sudahlah ianya dalam bentuk dialog soal-jawab antara Dia sendiri dengan hambaNya, bahkan dialog ini ialah yang akan berlaku pada masa hadapan. Bagaimana mungkin ini boleh dilakukan? Setakat saya hidup di dunia ini, saya dapati dialog yang sudah dilakukan sahaja yang boleh dirakam dan ditunjukkan. Anda pernah tengok atau tidak sesiapa di dunia ini yang boleh rakam percakapannya di masa hadapan, kemudian dia tunjukkan kepada anda? Mesti tak pernah kan? Ayat Allah ini, sungguh haibat!

- Jika diteliti lagi ayat tersebut, tidak dapat saya jangkau bagaimana peritnya ayat 'full-stop' dari Allah kepada hambaNya yang derhaka, dan bagaimana peritnya penyesalan yang dialami oleh si polan tersebut. Tatkala ini teman, tiada simpati atau rasa kasihan belas lagi oleh Allah, sebagaimana simpati dan rasa kasihanNya kepada kita setelah diberikan seluas-luas peluang di dunia ini.

- Apakah ini menunjukkan Allah itu zalim? Tidak teman! Yang zalimnya itu ialah mereka yang mensia-siakan peluangNya. Ini sebenarnya suatu tindakan yang rasional dari Allah sebagai Tuhan, umpama seorang bos yang memecat pekerjanya yang 'useless'. Apakah hendak dikatakan bos tersebut zalim?

Huh, cukuplah dari saya untuk hari ini. Kalian pergilah merujuki para alim ulama' jika ingin mengetahui lebih dalam tentang maksud ayat ini. Saya pula, sekadar ingin berkongsi perasaan dengan kalian tentang apa yang saya 'nikmati' dengan ayat ini.

Apa komen anda teman? Maaflah jika coretan kali ini kurang menyenangimu...

Wallahua'lam.

Jumpa lagi teman di lain waktu jika dipanjangkan umur olehNya...

Sunday, July 17, 2011

'Show'ku di sekolah lama :)

Alhamdulillah, selesai persembahan nasyid di SMKA Falahiah. Show kali ini mengumpulkan saya dan sahabat-sahabat lama semasa bergiat aktif dalam kumpulan nasyid yang bernama Madani di sekolah tersebut dahulu. Kami membawa 2 buah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid tanahair Nowseeheart iaitu 'Damai' dan 'Pemergianmu' dari Inteam.

Untuk klip ini, saya hanya ada yang 'Damai' sahaja. Yang 1 lagu lagi adik yang merakamnya tak terrakam barangkali...huhu

Selamat menonton. Semoga terhibur. Peace :)



Dari kiri bro Jazli, saya, bro Saikhul dan bro Redhuwan


Untuk menontonnya di Youtube, anda boleh klik link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=5U6T66hdxBE


Ok. See you in the next post.


Have a nice day! :)

Tuesday, June 21, 2011

ITC Versi Poskad - Iklan Terkini

Alhamdulillah, untuk pengetahuan teman-teman yang saya muliakan, Itqan Partners Training & Consultancy (ITC) kini cuba melangkah dengan lebih maju ke depan dengan wajah baru promosinya untuk pertengahan tahun ini. Kali ini, ITC berusaha untuk tampil dengan wajah baru perkhidmatan yang lebih segar dan mesra kepada pelanggannya. Salah satu pendekatannya kali ini ialah melalui poskad:


View depan


View belakang

InsyaAllah, sedikit masa nanti, ITC akan menemui anda dengan laman web rasmi yang lebih efisyen dan efektif untuk memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan ini sekaligus membantu menceriakan hidup anda. Tunggu yaa :)

Ok, jumpa lagi =)

Saturday, June 11, 2011

Sekitar Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011

Tempat bermula dan berakhirnya Explorace Serambi Mekah 2011. Para peserta telah tidak kelihatan kerana penuh bernafsu memburu title juara :)


Peserta muslimat gigih berusaha


Peserta muslimin yang tidak mengenal erti putus asa


Ustaz Yadiy yang ceria menantikan ketibaan peserta explorace di Bazar Tok Guru


Antara peserta muslimat yang telah sampai mendapatkan pengesahan


Majlis penutupan yang sangat gilang-gemilang


Batalion Unit Amal, wira yang tidak didendangkan pengorbanannya


Lebih 200 buah motosikal berkuasa tinggi digunakan sebagai simbolik kegagahan anak muda yang tidak akan membenarkan sama sekali kezaliman berterusan melata di bumi Kelate


Antara anak muda Kelate yang turun bekerja menghidupkan suasana sambutan peringkat negeri ini. Kenal tak yang berlunjur kaki tu? =)


Kumpulan dikir barat tersohor Kelantan yang diketuai Jen Endoro membuat persembahan. Menariknya, lagu-lagunya semua berunsur nasihat dan Islamik


Perarakan masuk motosikal yang dipelopori anak muda Kelate yang bakal menghumbankan rejim diktator ke laut nanti

Sempat berposing dengan sebuah motor yang dilihat paling cute hari tersebut


YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan mencuba kereta mini yang antik

Saksikan klip video kemeriahan perarakan masuk jagoan muda Kelate mengiringi YB Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan


Barisan anak muda penggempur kebobrokan


Ini pula perarakan keluar meninggalkan majlis


Barisan anak muda pencinta keadilan


Sekian, jumpa lagi.

Saya anak muda bermaruah. Anda bagaimana? =)