Bismillah...sudah lama saya tidak mencoret di sini. Maaf kepada semua teman-teman pembaca yang ternanti-nantikan coretan saya. Ada ke? Huhu..
Saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku yang berkaitan kata-kata seorang ulama' terkenal di Kelantan. Teringin sekali untuk saya berkongsi dengan saudara sekalian mutiara-mutiara hikmah yang muncul dari mulutnya ini. Ianya sungguh menusuk hati saya:
"Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya!"
Ini 1 lagi:
"Tapak kaki kita kalau dah keras, pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya dah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah. Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa. Sebab itu, jangan sampai hati kita keras sampai tak terasa bersalah untuk buat maksiat..."
Semoga Allah SWT melindungi hati-hati kita daripada keras akibat banyaknya dosa. Dosa yang banyak sememangnya akan mematikan hati dari menerima hidayah. Allah berfirman:

Yang bermaksud: Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. (Al-Muthaffifin:14)
Anda ada cadangan tak buku apa seterusnya yang best untuk saya baca? :)
Wallahua'lam
Pejabat ITC
11.07
2 comments:
Ohh..terima kasih di atas perkongsian. insya allah tulisan anda akan saya ikuti...
syukran bro mat..tulisan anda juga sentiasa menjadi tatapan saya :)
Post a Comment