Tuesday, October 4, 2011

Ibrah 'Surat Cinta' Allah

Bismillah. Salam pencerahan dari saya.

Alhamdulillah wa syukrulillah, mood untuk menulis telah kembali =)

Teman, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua yang saya kasihi. Ianya ialah beberapa potong ayat dari 'surat cinta' Allah kepada kita. Entah kenapa semasa membacanya pagi tadi, hati ini begitu terkesan sekali. Saya tampilkan ayatnya~


Ianya dari surah Al-Fatir ayat ke 37. Nah teman, kau bacalah terjemahannya dengan penuh penghayatan:

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), nescaya kami akan mengerjakan kebaikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dulu." (Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, sedangkan telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang-orang zalim tidak ada seorang penolong pun"


Saya cuba merenungi dan mentadabburi ayat Allah yang DAHSYAT ini, dan inilah antara yang bermain-main di dalam benak akal saya:

- Ini sebuah gambaran tentang bagaimana keadaan hamba Allah yang menderhakaiNya semasa di dunia. Membacanya, akan menghasilkan suatu ketukan yang sangat keras ke atas hati yang keras supaya ianya lembut kembali.

- Al-Quran ini, banyak gaya penyampaiannya. Ada dalam bentuk fakta, ada dalam bentuk cerita, ada dalam bentuk pernyataan, ada dalam bentuk sindiran dan bermacam-macam lagi. Tetapi untuk ayat ini, Allah memilih dalam bentuk dialog soal-jawab. Saya merasakan seolah-olah Allah mahu kita lebih 'cristal clear' tentang apa yang hendak dimaksudkan olehNya. Subhanallah...

- Sudahlah ianya dalam bentuk dialog soal-jawab antara Dia sendiri dengan hambaNya, bahkan dialog ini ialah yang akan berlaku pada masa hadapan. Bagaimana mungkin ini boleh dilakukan? Setakat saya hidup di dunia ini, saya dapati dialog yang sudah dilakukan sahaja yang boleh dirakam dan ditunjukkan. Anda pernah tengok atau tidak sesiapa di dunia ini yang boleh rakam percakapannya di masa hadapan, kemudian dia tunjukkan kepada anda? Mesti tak pernah kan? Ayat Allah ini, sungguh haibat!

- Jika diteliti lagi ayat tersebut, tidak dapat saya jangkau bagaimana peritnya ayat 'full-stop' dari Allah kepada hambaNya yang derhaka, dan bagaimana peritnya penyesalan yang dialami oleh si polan tersebut. Tatkala ini teman, tiada simpati atau rasa kasihan belas lagi oleh Allah, sebagaimana simpati dan rasa kasihanNya kepada kita setelah diberikan seluas-luas peluang di dunia ini.

- Apakah ini menunjukkan Allah itu zalim? Tidak teman! Yang zalimnya itu ialah mereka yang mensia-siakan peluangNya. Ini sebenarnya suatu tindakan yang rasional dari Allah sebagai Tuhan, umpama seorang bos yang memecat pekerjanya yang 'useless'. Apakah hendak dikatakan bos tersebut zalim?

Huh, cukuplah dari saya untuk hari ini. Kalian pergilah merujuki para alim ulama' jika ingin mengetahui lebih dalam tentang maksud ayat ini. Saya pula, sekadar ingin berkongsi perasaan dengan kalian tentang apa yang saya 'nikmati' dengan ayat ini.

Apa komen anda teman? Maaflah jika coretan kali ini kurang menyenangimu...

Wallahua'lam.

Jumpa lagi teman di lain waktu jika dipanjangkan umur olehNya...

2 comments:

~daLucky0ne~ said...

seperti org masuk pnjara...meminta pembelaan...meminta izin untuk keluar, membetulkan kmbali kesilapan lalu...yg beza, d dunia, masih ada yg bersimpati, dan mungkin yg insaf akan dilepaskan lebih awal...tp di sana?buat lah apa pun, tiada apa yang dapat menolong kcuali dengan bekal yg dibawa...Allahuakbar!!

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

Ya teman, betul katamu. Semoga kita tidak termasuk di dalam 'penjara' akhirat. Astaghfirullah...