Monday, May 23, 2011

Album Konvo Saya

Di sisi dua insan istimewa di hari istimewa


Bersama sebuah keluarga yang datang dari negeri yang sama


Bersama teman seperjuangan saudara Yassir, penerima anugerah Naib Cancelor bagi Ijazah Sarjana Muda. Beliau sebelum ini ialah YDP Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis dan terkenal dengan kehebatannya menguruskan komitmen persatuan dan akademik dengan seimbang. Kami memulakan perjuangan di UiTM Perlis sejak dari diploma lagi dan bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan lebih dari itu. Hanya orang tertentu sahaja yang mengetahuinya :)


Saya dan parents bersama Yassir dan parents


Bersama sebahagian classmate yang menjadi penyeri kehidupan di dalam alam pengajian. Melihat keceriaan wajah mereka membuatkan saya termotivasi :)


Mengambil kesempatan untuk menziarahi kawan lama ummi. Salah seorang kawan lama ummi ialah yang berpakaian serba biru itu (3 dari kanan) iaitu Puan Noridah bt Suleiman, mantan staf HEP UiTM Perlis dan merupakan orang kuatnya. Beliau kini telah dinaikkan pangkat dan telah berpindah ke UiTM Kedah. Saya dulu pernah ke HEP untuk berbincang dan berdebat dengannya dalam satu isu yang melibatkan masalah mahasiswa. Kini kami begitu baik dan mesra sekali. Tidak sangka pula saya yang beliau ialah sahabat lama kepada ummi sendiri. Betullah kata pepatah, 'sudah berlawan baru boleh berkenalan' =)


Pada malamnya saya mengambil masa untuk menghiburkan hati dengan menghadiri konsert nasyid Rabbani yang diadakan di tapak konvo


Di sebelah kiri saya ialah Ustaz Zul, solo baru Rabbani yang menggantikan almarhum Ustaz Asri, solo lamanya yang telah pulang ke rahmatullah. Suara Ustaz Zul betul-betul hampir sama persis almarhum Ustaz Asri. Saya sangat menggemari lagu-lagu Rabbani kerana ia berunsurkan ketuhanan dan boleh menginsafkan para pendengarnya. Alhamdulillah...


Sekian sahaja sedikit tatapan buat anda teman-teman yang sudi mengunjungi blog ini. Kalau ada masa bagilah sedikit komen di bawah ya :)

Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat dan berkat dari Allah SWT.


Wallahua'lam

2 comments:

lee said...

tahniah..sayu ambo tgok gambo abe kamal konvo,saye duk Uitm xsempat nak konvo..xdan abis blaja benti..huhu

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

li, masa depan stiap org brbeza.nnt kalu li brjaya,jgn lupa kito deh..