Thursday, January 6, 2011

Bertasbihlah...


Saya ingin mencoret sedikit sahaja sebagai luahan hati di kala hujan turun membasahi bumi ini.

Saya ingin mengumpamakan hujan yang turun mengalir menyejukkan bumi itu, seolah-olah seorang non-muslim, yang mengalirkan air mata, kerana baru sahaja mendapat anugerah berupa hidayah Allah.

Beliau memperolehi kurniaan itu, setelah menyaksikan sendiri akan kesyumulan Islam ini. Dan memeluknya, dengan penuh keikhlasan. Hatinya menjadi sejuk, sesejuk permukaan bumi yang diairi hujan itu.

Biarlah saya nyatakan di sini, bahawa saya tujukan luahan ini, kepada sebuah pertubuhan politik, yang bernama DAP.

Maaf! Sila buang sekejap sentimen politik anda! Kita lihat ikut neraca Islam, agama yamg kita anuti bersama ini.

Saya menyatakan ini, atas dasar pemerhatian saya, apabila melihat mereka semakin jinak dan lunak dengan Islam. Tidak sedikit pun saya lihat, mereka ingin mempermainkan agama kita. Apa yang ada, cuma kejahilan yang mesti kita sama-sama terang, bukan serang!

Lihatlah mereka dengan penuh simpati dan kasih sayang. Tidak gembirakah anda, jika benar mereka akan menyertai kita?

InsyaAllah, saya pasti, saya akan menjadi antara orang pertama, yang akan menangis kegembiraan dan terharu, jika mereka sudi bersama kita, hidup di dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang Pencipta sebenar.

Jika betul suatu hari nanti akan terjadi peristiwa ini, kepada saudara saya seIslam, ayuhlah kita sama-sama mentadabbur surah ini:

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, (1) Dan engkau melihat manusia masuk agama Allah beramai-ramai, (2) Maka ucaplah tasbih dengan memuji tuhanMu dan mohonlah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (3)
~An-Nasr~


Wallahua'lam

Pejabat ITC
3 PM

No comments: