Teman-teman yang saya hormati, jemputlah menghayati cerita ini. Sungguh, ianya cukup mengesankan saya apabila pertama kali membacanya. Silakan...
***
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
***
Temanku, apa yang kalian dapat dari peristiwa di atas?
Ingatlah, kita mungkin tidak tahu kesan dari tindakan kita kepada orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam, biar siapapun kita...
Temanku, selagi kita masih merasai nikmat saat, ketahuilah bahawa Allah masih memberi kesempatan untuk kita berubah. Marilah bersama kita berubah ke arah kebaikan ya.
Perubahan pula jangan terlalu drastik. Dibimbangi ia akan menjadi seperti kita menuangkan minuman dengan terlalu laju. Sudahlah air dalam cawan tinggal sikit, kita pula habis basah.Perlahan-lahanlah ya teman...
Wallahua'lam
Desa Taqwa
10.58 PM
No comments:
Post a Comment