
"Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya"
2. Saya mula terfikir sendirian dan membuat beberapa pemerhatian. Saya mendapati, sememangnya jauh bezanya muslim yang hanya kerana baka keturunan dengan muslim yang mendapat hidayah dan taufiq Allah. Juga berbeza muslim yang berkata tetapi tidak pernah merasainya berbanding muslim yang berkata dan turut melakukannya. Rahsianya pada pandangan saya:
"Adakah lontaran kata-kata itu lahir dari hati dan roh yang suci atau sebaliknya"

3. Saya teringat tulisan Syeikh Abbas As-Siisi dalam bukunya "Kiat-kiat Memikat Hati" bahawa beliau pernah mengatakan hanya orang yang dapat menguasai hatinya sahaja akan dapat melengkapkan siri-siri kejayaan dakwahnya. Hal ini kerana seseorang itu tidak akan dapat memiliki seseorang yang lain dalam erti kata yang sebenar, jika beliau belum dapat memenangi hatinya. Jika anda berpendapat material atau unsur-unsur fizikal itu dapat juga digunakan untuk menawan seseorang, saya fikir mungkin anda akan berjaya juga mendapatkannya, tetapi dia sekarang bukan manusia, tetapi robot! Maaf saya berkata begitu...Saya fikir, material itu kaitannya dengan manusiawi, manakala roh itu hanya boleh dikaitkan dengan Illahi.
4. Kita dapat lihat, bagaimana berkesannya mesej dari Maher Zain sehingga hampir seluruh dunia mengenali beliau, bahkan ada orang bukan Islam yang mula berjinak-jinak dengan Islam selepas mendengar nyanyiannya. Lagunya bukan sahaja

5. Tidak dilupakan juga saudara Nazrey Johani, bekas solo kumpulan nasyid Raihan yang seorang Kristian pada mulanya kemudian masuk Islam hasil hidayah Allah. Saya merasakan berkat taufiq dan hidayah Allah yang terpancar dan menyinari hatinya

6. Akhirnya, saya terpana dengan kata-kata Abdullah Ibn Mas'ud ini:
"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama ke tempat orang yang membaca Al-Quran tidak kira kamu ikut membaca atau sekadar mendengarnya. Kedua kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah. Ketiga kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati. Jika selepas melakukan itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu yang baru, kerana sesungguhnya hati yang dimilikimu sekarang sebenarnya bukan hatimu"
Sucikanlah hati kami Ya Allah...
Wallahua'lam
Pejabat ITC
4.54 PM
No comments:
Post a Comment