Wednesday, December 1, 2010

Doa Elak Dirogol dan Dicabul


Dalam kesesakan dunia hari ini yang bergelumang dengan kekotoran maksiat dan noda,sehingga ianya menjadi satu kebiasaan kepada masyarakat, saya berasa sangat sedih kerana kaum hawa yang baik dan solehah juga telah terpalit gejala ini dan menjadi mangsanya. Justeru, selain ilmu mempertahankan diri, saya ingin mengesyorkan teman-teman khususnya kaum perempuan mengamalkan doa ini. Semoga diri anda terlindung dari kejahatan lelaki-lelaki yang tidak bermaruah. Nah ini doanya...

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM



Ertinya : Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan dengan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui.

Dikatakan sesiapa yang mengamalkannya dengan penuh penghayatan sebanyak 3 kali ketika subuh, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemudaratan sehingga subuh esoknya, dan sesiapa yang mengamalkannya dengan penuh penghayatan sebanyak 3 kali ketika petang, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemudaratan sehingga petang esoknya.

Sebelum itu, saya ingin menegaskan kepada saudari, doa ini saya fikir betul-betul akan mustajab jika saudari mengikut perintah Allah tentang bagaimana kriteria berpakaiannya. Dengan kata lain, doa ini mesti seiring dengan cara saudari berpenampilan. Kalau tidak, saya bimbang terma 'penghayatan' yang saya maksudkan di atas tidak dapat dicapai oleh saudari. Boleh ya?

Jagalah diri saudari dan hargailah setiap kurniaan Allah kepada kita semua. Terima kasih.
Selamat beramal!


Wallahua'lam


Desa Taqwa, KB
8.07 AM