Saturday, February 19, 2011

Buku Terbaru Prof.Dr.Yusof Al-Qaradhawi

'Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun' - Begitulah judul terbaru karya dari seorang ulama' agung abad 21 ini iaitu Syeikh Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi, pengerusi Pertubuhan Ulama' Sedunia yang berasal dari Mesir dan kini menjadi warganegara Qatar selepas dibuang oleh rejim Hosni Mubarak dari negara asalnya. Tulisan yang didapati kali ini sungguh menyentuh hati dan berupaya membangkitkan jiwa-jiwa yang longlai di dalam perjuangan. Kisah-kisah yang dicoret oleh beliau bersama-sama dengan sahabat seperjuangan seperti As-Syahid Imam Hasan Al Banna dan As-Syahid Syed Qutb pasti menginsafkan sesiapa sahaja yang menatapinya. Perjalanan tarbiyyah yang diperolehi oleh sang murabbi ini ketika mendekam di dalam penjara pula secara tidak langsung akan memotivasikan kita untuk memacu gelombang perjuangan, sekaligus menganggap remeh terhadap mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Saya titipkan puisi karangan syeikh ini bertajuk Al-Muslimun Qadimun yang diciptanya khas untuk Al Banna, sebagai mengingati beliau yang telah berjaya mencetak ribuan tokoh besar di serata dunia, yang berfungsi sebagai penegak kalimah syahadah:

Untukmu

Wahai imamku

Wahai guruku yang mulia

Wahai pembawa pelita di zaman buta

Wahai pembawa petunjuk di dunia

Ke arah jalan Muhammad

Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam

Wahai yang berteriak lantang untuk Islam

Putera-puterinya hanya pemuda Muslim

Dia menulis untuk dunia

Sebuah dokumen kemenangan

Dia tidak akan menulisnya

Melainkan dengan darah...(masih ada sambungannya)

***
Saya syorkan teman-teman untuk memiliki buku ini, sebagai nilai tambah buat kita di dalam membina kekentalan diri mengharungi arus perjuangan. Anda akan mendapat pengetahuan baru berkaitan kehidupan sebenar sebagai seorang muslim haraki. Semoga anda dan saya sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah.

Wallahua'lam


Pejabat ITC
11.37 AM



No comments: