
2. Hari tersebut ialah hari lahir ummi saya. Mulanya saya merancang untuk membeli kek secret recipe untuknya,tetapi sebaik sahaja saya dimaklumkan harganya, tertelan air liur saya dibuatnya. Saya kemudiannya mencampakkan jauh-jauh niat untuk membeli kek tersebut dan menuk

3. Di dalam hidup saya bersama beliau, sangat banyak kenangan pahit dan manis yang dirasai bersama. Saya ingin sekali berkongsi dengan teman-teman,apa yang manis dan apa yang pahitnya.Yang paling manis saya rasa bersama beliau ialah sewaktu saya cemerlang di dalam PMR dengan memperolehi 9A. Bukan itu sahaja, saya juga telah memenangi pertandingan pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum kategori PMR peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh McDonald. Tatkala ini, saya merasakan bahawa saya telah dapat menghadiahkan satu hadiah yang amat bermakna buat ummi saya,apatah lagi bila dapat melihat senyuman manis yang terukir di wajahnya, semuanya mungkin hasil kejayaan saya :)
4. Walau bagaimanapun, saya tidak menyangka, apabila menganjak ke tahun SPM,lain pula jadinya.

5. Hari ini, saya kembali terfikir, apakah hakikat sebenar yang sepatutnya saya usahakan, untuk memastikan ummi saya gembira? Cukupkah dengan sekadar kejayaan yang sedemikian? Lalu bagaimanakah apabila di akhirat kelak? Bolehkah beliau merasai kegembiraan terhadap anaknya ini di sana nanti?
Sungguh, saya ingin alirkan air mata kegembiraan ummi terhadap saya di sana nanti :'(
Allah...
Pejabat ITC
1.47 PM
2 comments:
anak yg soleh itu penyejuk mata para ibu =)
terima kasih..ingin sekali saya berkenalan dengan saudara/saudari wetoriya..:)
Post a Comment