Thursday, February 10, 2011

Selamat Hari Lahir Ummi :)

1. Tanggal 7 Rabiulawal 1432 H bersamaan 10 Februari 2011, terdetik di hati saya rasa ingin mencoret. Saya yakin, semua sudah pasti dapat meneka apa yang akan saya kongsikan, kan? :)

2. Hari tersebut ialah hari lahir ummi saya. Mulanya saya merancang untuk membeli kek secret recipe untuknya,tetapi sebaik sahaja saya dimaklumkan harganya, tertelan air liur saya dibuatnya. Saya kemudiannya mencampakkan jauh-jauh niat untuk membeli kek tersebut dan menukar strategi seterusnya. Kali ini apa yang terlintas di fikiran saya ialah RFC..huhu.mungkin ini yang terbaik untuknya walaupun saya sangat sedar belilah apa barang pun, semuanya tidak mampu untuk menandingi jasa dan pengorbanannya terhadap saya.

3. Di dalam hidup saya bersama beliau, sangat banyak kenangan pahit dan manis yang dirasai bersama. Saya ingin sekali berkongsi dengan teman-teman,apa yang manis dan apa yang pahitnya.Yang paling manis saya rasa bersama beliau ialah sewaktu saya cemerlang di dalam PMR dengan memperolehi 9A. Bukan itu sahaja, saya juga telah memenangi pertandingan pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum kategori PMR peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh McDonald. Tatkala ini, saya merasakan bahawa saya telah dapat menghadiahkan satu hadiah yang amat bermakna buat ummi saya,apatah lagi bila dapat melihat senyuman manis yang terukir di wajahnya, semuanya mungkin hasil kejayaan saya :)

4. Walau bagaimanapun, saya tidak menyangka, apabila menganjak ke tahun SPM,lain pula jadinya. Saya mendapati diri saya sangat 'out of control'. Ketika percubaan SPM, saya telah mendapat keputusan yang sangat mengecewakan. Kebetulan pula, pihak pengurusan sekolah telah membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan antara guru dan pelajar yang turut dimestikan oleh ibu bapa mereka untuk hadir. Aduh! Akhirnya, saya telah berada di dalam dewan sekolah bersama ummi di samping saya, untuk 'menadah' telinga terhadap teguran dan komen direct dari guru kepada kami. Apa yang pahit yang boleh saya katakan, tidak sempat untuk menghabiskan komen dari semua guru setiap subjek, ummi telah keluar dewan. Saya mengikutinya dan saya telah mendapati, beliau telah bercucuran air mata! Aahh..mana mungkin saya mampu menahan sebak terhadap situasi ini. Akhirnya, kami berdua telah menangis bersama-sama, semuanya mungkin kerana hasil kegagalan saya :(

5. Hari ini, saya kembali terfikir, apakah hakikat sebenar yang sepatutnya saya usahakan, untuk memastikan ummi saya gembira? Cukupkah dengan sekadar kejayaan yang sedemikian? Lalu bagaimanakah apabila di akhirat kelak? Bolehkah beliau merasai kegembiraan terhadap anaknya ini di sana nanti?

Sungguh, saya ingin alirkan air mata kegembiraan ummi terhadap saya di sana nanti :'(


Allah...



Pejabat ITC
1.47 PM

2 comments:

wetoriya said...

anak yg soleh itu penyejuk mata para ibu =)

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

terima kasih..ingin sekali saya berkenalan dengan saudara/saudari wetoriya..:)