Wednesday, March 16, 2011

Meh ghama2 sek kito :)

Terima kasih saya ucapkan kepada Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan (UPWKK) kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai moderator dalam slot bicara santai bersama selebriti. Panelnya terdiri daripada Ustaz Azariza atau lebih dikenali sebagai Ustaz Jaa selaku Pegawai Halaqat Kota Bharu dan juga penceramah sensasi negeri Kelantan. Seorang lagi ialah artis terkenal tanahair iaitu saudara Hafiz Hamidun selaku penyanyi/pengacara TV/penulis lirik dan penggubah lagu yang sangat dikenali khususnya oleh golongan remaja hari ini. Melihat kepada masyarakat mutakhir ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada UPWKK kerana tajuk yang menjadi pilihan sangatlah tepat pada masanya untuk dibicarakan iaitu "Jaga Aurat, Diri Selamat".

InsyaAllah saya akan berusaha menampilkan yang terbaik untuk menjayakan slot tersebut. Semoga ianya dapat berjalan dengan lancar mengikut kehendakNya insyaAllah.

Kepada rakyat Kelantan pula, jom sek kito pakat serbu pasar Peringat Sabtu ni deh!

Jumpa di sana :)


No comments: