Sunday, November 28, 2010

Sekitar Motivasi 'Kasihi Guru Sayangi Sahabat' di Surau An-Nur Abi Padang Macang

Selamat bertemu kembali kepada teman-teman yang dimuliakan. Agak lama saya tak update blog ini kerana saya baru sahaja mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa anjuran MASMED (dulunya MEDEC) UiTM Perlis di Jitra,Kedah.

Sedang memberikan arahan

Seusai program tersebut,saya harus bersiap-siap untuk malamnya memenuhi amanah yang diberikan iaitu bersama adik-adik peserta Kem Transit Al-Quran di Surau An-Nur, Abi Padang Macang. Tajuk 'Kasihi Guru Sayangi Sahabat' telah menjadi bahan perkongsian saya bersama mereka. Saya titipkan beberapa gambar yang sempat disnap oleh cameraman on the spot pada malam tersebut :)

Melihat wajah-wajah mereka, telah mengimbau kembali memori lama saya semasa sekolah menengah dulu. Saya sangat merindui waktu-waktu emas semasa melalui proses tarbiyah di sekolah,khususnya di sekolah menengah. Saya dulu pun lebih kurang sama seperti mereka. Pernah merasai duduk dan mendengar serta melihat seperti itu.

Jika dilihat sekali imbas,mereka memang ramai. Tetapi jika diimbas sekali lagi dengan versi nisbah dengan masyarakat luar,sebenarnya pada pandangan saya jumlah ini masih sedikit untuk mendepani kekuatan musuh yang pelbagai rupa di sana.

Namun saya positif dan mengharapkan, tidak mustahil dengan bilangan ini, mereka boleh menjadi agen-agen pencerahan fikiran yang mampu memberi kesan yang baik kepada masyarakat yang dahaga hidayah Allah, apatah lagi bila mengingatkan bilangan para sahabat nabi SAW dulu pun lebih sedikit dari musuh mereka.

Saya sempat menyediakan satu sahaja modul kepada mereka dan tidak sempat membuat slide yang baik untuk melengkapkan tugasan pada malam tersebut. Pada awalnya saya sudah berniat untuk menolak, namun bila difikirkan semasak-masaknya,saya akhirnya gagahi juga. Saya ingin sekali memohon maaf kepada pihak penganjur jika ada kekurangan dalam slot tersebut.

Di dalam modul tersebut,saya membuat sedikit provokasi untuk melihat keseriusan mereka menyayangi guru dan sahabat yang paling disayangi dalam hidup mereka.Berikut antara kaedah yang saya cuba laksanakan:

- lukis wajah dan tulis nama guru dan sahabat yang paling disayangi dalam hidup
- arahkan mereka untuk gumpalkan kertas tersebut!
- provok mereka yang tidak mahu gumpal
- akhirnya yang bertekad tidak mahu gumpal apa cara sekalipun,saya menganggap mereka serius :)
Yang berdiri ini ialah yang tidak mahu gumpal :)

Saya sempat menceritakan pengalaman dahulu semasa saya kecil, tentang bagaimana perlunya kita menyayangi dan menghormati guru dan kawan-kawan kita. Antara yang saya sebutkan,biarlah bagaimana tidak sukanya kita kepada guru kita,selagi mereka tidak melakukan salah dari segi syara',kita hendaklah tetap menghormati dan menyayangi mereka.

Tentang kawan pula, saya sempat berkongsi hadis ini yang saya perolehi dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ustaz Ismail Kamus:

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya,maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"

Kemuncaknya, saya sempat menceritakan bagaimana susahnya pelajar-pelajar di bumi Gaza untuk ke sekolah. Mereka terpaksa berdepan dengan sekatan Zionis laknatullah. Hasilnya,mereka saling jaga-menjagai guru-guru dan kawan-kawan dan ini telah menumbuhkan kecintaan yang mendalam sesama mereka kerana Allah.

Mereka sungguh bersemangat menyebut 'BOLEH' tatkala saya bertanya sama ada mereka boleh atau tidak menjadi seperti pelajar-pelajar di bumi Anbiya itu. Walaupun jawapan itu belum pasti kesahihannya, saya mengharapkan,usaha yang sedikit ini,sekurang-kurangnya dapatlah membantu menambahkan kesan ke arah penyempurnaan mereka sebagai 'duta Islam' di dalam masyarakat nanti.


Sebagai akhirnya,terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Asrul,Ustaz Azmir dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Al-Imam An-Nawawi (MATIN) ini kerana memberi peluang kepada saya bersama mereka. Hajat saya untuk mengenali adik-adik yang mulia ini dengan lebih dekat akhirnya tercapai juga.

Semestinya saya tidak akan sama sekali melupai mudirnya,juga murabbi saya.Anda ingin mengetahui siapa dia?Beliau antara orang istimewa dalam hidup saya.. :)


Wallahua'lam

RB,Arau
2.24 AM

No comments: