Thursday, December 2, 2010

This Is My Journey

1. Saya akhirnya telah membuat keputusan yang sangat penting dalam hidup ini, iaitu bagaimana perancangan selepas tamat ijazah sarjana muda nanti. Hampir sebulan lebih saya di dalam dilema dan kebuntuan mencari pilihan terbaik untuk diri ini. Sekarang, keputusan saya ialah:

Menjadi Usahawan Di Dalam Bidang Perkhidmatan

2. Saya telah nekad dengan keputusan ini, walau saya menyedari hampir semua adik-beradik saya bekerja makan gaji dengan kerajaan. Pendapatan mereka lebih daripada cukup dan mereka tidak perlu bersusah-susah memikirkan soal duit. Saya tahu pendapatan awal saya tidak seberapa, tetapi saya akan berusaha segigih mungkin, untuk membuktikan sunnah Rasulullah SAW ini akan kelihatan ajaibnya!

3. Sekarang saya sudah menyertai sahabat seperjuangan di sebuah syarikat yang bernama Itqan Training & Consultancy (ITC). Syarikat ini setakat ini hanya ada 3 orang sahaja stafnya, yang sekaligus juga pengurusnya, termasuklah saya. Saya diamanahkan sebagai Pengurus Perhubungan Korporat dan Penyelidikan. Job scopenya sudah saya fahami. Tinggal lagi untuk saya memperkasakannya. Saya yakin, jika kita berusaha dengan tekun, InsyaAllah Allah akan menunjukkan jalanNya. Semuanya terpulang kepada saya. Kalau saya rajin, saya dapat. Kalau malas, saya tak dapat. Saya bertambah bahagia apabila berpeluang menyambung perjuangan meng'angkasa'kan Islam di sini :)

4. Saya tidak akan menyesal, apatah lagi inilah kerja yang kena dengan life dan selera saya. Tiada gunanya kita bergaji besar, tapi kerja langsung tidak seronok dan macam-macam undang-undang yang tak relevan nak kena ikut. Lagi-lagilah kalau ianya tidak menyumbangkan sesuatu pun untuk Islam. Maaf itu pendapat saya sahaja. Jangan marah ya :)

5. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi! Tiada sesiapa yang boleh mengubah keputusan ini, melainkan Allah dan saya sendiri. Sesiapa yang teringin mengumpat tentang saya, saya nasihatkan ubahlah niat anda tersebut kerana ianya bukan sahaja membuang masa bahkan memberikan anda dosa percuma. Kepada umi dan abah, Kamal tahu umi dan abah agak risau dengan kerja yang macam tiada jaminan dan tiada masa depan ini. Kamal tidak mahu ulas apa-apa, cukuplah umi dan abah meneruskan doa kepada anakmu yang seorang ini. Beliau mungkin tidak sepertimu yang bekerja makan gaji, tetapi beliau sangat yakin suatu hari nanti beliau yang akan bagi orang makan gaji!

6. Pagi esok saya akan ke Tasik Kenyir, Terengganu untuk mengiringi CEO Itqan Training & Consultancy dalam slot 'Motivasi Remaja' anjuran sebuah pertubuhan politik terkenal tanahair. Malamnya kami ke Agro Resort Terengganu dalam slot 'Recall Sentuhan Pelajar' anjuran sape tah saya pun dah lupa...huhu.

7. Kan best kerja sendiri ni? Boleh jalan-jalan lagi...sape yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami boleh hubungi terus saya. Nombor dah tertera di sebelah kanan blog ini.InsyaAllah nanti saya akan postkan maklumat lengkap berkaitan syarikat ini dan perkhidmatannya :)


May Allah Bless Us All. Please remember me in your dua' ...This Is My Journey!



Wallahua'alam

Desa Taqwa,KB
11.53

8 comments:

Mohd Azlan said...

memang best

srikandi ISLAM said...

semoga dipermudahkan..

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

insyaAllah..:)

~daLucky0ne~ said...

Alhamdulillah...
akhirnya, tercapai gk impian tuan hamba...
sbnrnye sgt bez bekerja s'dri, bergerak s'dri...
kerna if bekerja mkn gaji, byk bnde tg akn dipersoalkn termasuk pngaliran masa, penggunaan kemudahan..amanah atau tidak...
bile bkerja s'dri, smuanya adlh hak kite yg kite tentukan...
maka, SYABASs di atas pilihan tuan hamba!!
i'Allah tuan hamba akn dpt yg terbaik..
moge DIA sntiasa bersame dlm stiap ape yg diusahakan..

merah_humaira said...

Hidup ini tidak lari dari membuat pilihan. Kita sekarang sedang mencari. Perjalanan hidup ini ibarat kembara yang tiada hujungnya. Ia berhenti bila nyawa dijemput Tuhan. Jujurnya, saya yang sudah hampir dua tahun grad juga masih berubah pilihan dalam menentu hala tuju kerjaya. Tapi saya yakin, Tuhan sentiasa tunjuk jalan yang terbaik andai kita minta selalu. Teruskan usaha menacari. Keluar dari zon selesa. Teruskan belajar dan memilih yang terbaik. Berhenti belajar adalah berhenti untuk meminpin. Sedangkan belajar dan memimpin tidak boleh dipisahkan. Moga bahagia sentiasa bersama Tuan! Amin

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

syukran kpd smua yg mberi prhatian...smakin brmotivasi saya dibuatnya.sy sgt mghrgai nasihat dan sokongan anda..:)

amsyar said...

semoga dipermudahkn segala urusan oleh Allah s.w.t.
teruslah berjuang menegakkn agama Islam.
ttg politik Malaysia, aknku perjuangan satu hari nnt.

Unknown said...

penulisan terbaik (sy kira)setakat ini..cara penyampaian isi dan maksud yg mnunjukkan,smemangnya kt tdk layak utk mmnta Allah mmbuat kptusan pnting dlm hdup kt, ttapi kt lah yg berusaha agar stiap kptsan kt sntasa tdk lari drpd ada pkaitannya dgn khaliq..tdk mnyesal beristikharah..tetaplah saudara dgn kputusan ini..moga berkah Allah menyusuli..