Wednesday, March 9, 2011

Mesti Baca!

1. Ini satu lagi buku yang sangat best! Kalau anda malas membaca buku yang tebal-tebal seperti buku yang saya cadangkan sebelum ini (Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun karangan Syeikhuna Prof Dr Yusuf Qaradhawi), nah ambil ini alternatifnya. Walaupun agak nipis dan kecil, ianya sangat padat dengan maklumat dan fakta serta gambar-gambar yang akan membuatkan anda terpegun menatapnya. Sebaik sahaja mendapat tahu harga promosi semasa pelancarannya iaitu dari RM 10 ke RM 8, saya terus tidak teragak-agak lagi untuk memilikinya. Dan dalam kesibukan serta malas-malas saya, rasa saya tidak lebih 2 jam saya peruntukkan untuk menghabiskannya...sungguh 'lazat' dan 'sedap' membacanya..:)

2. Buku ini ialah hasil susunan seorang ulama' muda yang sedang meningkat namanya di bumi serambi Mekah ini iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, seorang hafiz dan lulusan Al-Azhar Mesir. Beliau kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan. Terkenal dengan ceramahnya yang 'berapi' sesuai dengan jiwa seorang anak muda ansoorullah, buku ini juga telah berjaya membuatkan perasaan saya 'berapi-api' untuk bersama dalam semangat revolusi perubahan seluruh dunia kini. Bagaimana boleh tercetusnya demonstrasi raksasa di Mesir telah diberitahu dengan secara terperinci di dalamnya. Saya fikir, peristiwa ini sewajibnya kita jadikan perbualan dan perbincangan sesama kita, supaya ianya akan diketahui oleh masyarakat kebanyakan, sekaligus menjadikan mereka rakyat yang mempunyai pendirian.

3. Punca revolusi ini ialah bermula dari kematian seorang pemuda bernama Khaled Said, yang telah dizalimi oleh pihak berkuasa ekoran keberaniannya mendedahkan rahsia kebobrokan mereka. Siapa sangka, kematian beliau rupa-rupanya ialah permulaan kehidupan baru rakyat Mesir.Rentetan itu, Wael Ghanim, seorang anak muda Mesir yang bekerja di syarikat enjin carian Google sebagai seorang eksekutif, mula memainkan peranan untuk menghidup dan membangkitkan jiwa para belia Mesir yang sebelum ini telah lama dibuai mimpi kesenangan.

4. Dengan kepakarannya memanfaatkan teknologi Internet dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kempennya yang bercogankata "Kulluna Khaled Said" (setiap kita adalah Khaled Said) telah mendapat sambutan yang sungguh dahsyat dari sekalian anak muda bumi anbiya' ini. Justeru itulah, kesepakatan mereka di dalam 'menembak' maklumat ini di alam maya seolah-olah mereka seperti sebuah batalion tentera yang tidak akan pulang selagi misi belum selesai. Hasilnya, rakyat Mesir yang selama 30 tahun merana dan teraniaya di dalam 'penjara kehidupan' angkara pemimpin mereka ini, telah sebulat suara mengambil keputusan nekad dan hanya mati sahaja yang mampu menghentikan mereka semua dari mengubah keputusan tersebut. Keputusan itu ialah- MEMBERAMBUSKAN REJIM HOSNI MUBARAK!

5. Terkesan saya dengan satu ungkapan Ustaz Fadhli di dalam buku ini. Biarlah saya jadikannya sebagai penutup post kali ini. Ianya berbunyi begini:

"Revolusi yang berlaku di Tunisia dan Mesir sebenarnya baru satu permulaan suatu perubahan. Umpama di dalam solat,ianya baru sahaja sedang mengangkat takbir dan ruku'. Salamnya? Sudah tentu salamnya di BaitulMaqdis! Jumpa di sana duhai sahabatku!"


Allahuakbar!


Desa Taqwa
3.00 AM



2 comments:

srikandi ISLAM said...

menarik!tq for info

syuxer said...

Menarik info ni..saya sendiri rasa terpanggil nk join dengan puak2 mesir tuh..:)..