Sunday, November 21, 2010

Aidiladha: Pengajaran Yang Diabaikan


Saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Ianya berkaitan Hari Raya Aidiladha yang sudah meninggalkan kita.

Saya yakin,jika saya tanya teman-teman sekalian tentang apakah pengajaran yang boleh diambil dari Hari Raya Aidiladha ini, tak sampai 5 saat kalian dah boleh jawab kan?

Cuma,saya berasa teringin sangat untuk kita fokuskan salah satu pengajarannya,iaitu Hari Raya Aidiladha ini boleh mengajar kita supaya menerima apa sahaja yang Allah tetapkan,sekalipun ianya tidak logik dek akal.

Ini boleh didapati dari kisah Ibrahim AS yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Ismail AS.

Jika kita fikir secara logik akal,pasti kita akan mengatakan Allah berlaku zalim terhadap hambaNya,kerana sanggup memerintahkan hal yang demikian.

Tetapi oleh kerana Allah itu tuhan kita dan kita yakin Dia yang menciptakan kita,maka nak taknak kita wajib akur terhadap perintahNya.

Ini kerana,jika Dia yang menciptakan kita,mana mungkin Dia tidak tahu apa yang terbaik untuk kita,kan?

Hasilnya, Allah gantikan Ismail AS dengan kibasy,seekor binatang seperti biri2 atau kambing,sebagai bukti Allah sayang kepada hambaNya yang menurut perintahNya.

Sekaligus menafikan kenyataan yang Allah itu zalim sifatNya.

Lalu saya ingin bertanya,jika kita boleh yakin dan percaya akan kisah ini,

Kenapa pula tidak boleh yakin dan percaya akan keberkesanan syariat Allah untuk dilaksanakan di dalam negara?

Bukankah ianya datang dari sumber yang sama-dari Allah?

Bagaimana mungkin anda boleh yakin dengan 'tidak logik'nya kisah Ibrahim AS,dalam masa yang sama anda tidak yakin dengan 'tidak logik'nya hukum Allah dilaksanakan di dalam negara kita?

Tidak mahukah anda akan 'kibasy' yang akan diperolehi nanti?




Wallahua'lam


RB,Arau
5.05 PM

No comments: