***

1. Sahabatku, sesungguhnya saat-saat bersama kalian, adalah tidak dapatku samakan nilainya dengan wang mahupun harta yang paling berharga. Hal ini kerana, diri kalian adalah lebih mahal dari semua itu. Kerana apa? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana apabila terlihatmu, aku pasti malu untuk berbuat sesuatu kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Lalu apakah ada harta di dunia ini, yang sifatnya boleh menjadikan kita sedemikian? Teringatku sebuah kata-kata yang cukup indah:
"Sahabat sejati, ialah bila sahaja kamu melihatnya, kamu jadi teringatkan Allah,justeru akan menyebabkan dirimu teringin melakukan kebaikan sepertinya,dan juga serba-salah melakukan kemungkaran juga sepertinya"
2. Sahabatku, mendapat nasihat dan teguran darimu, ibarat diriku ini seorang pesaki
3. Sahabatku, Allah mengurniakan seorang insan sepertimu, semestinya kerana Dia sayangkanku. Dijadikan dirimu, sebagai wasilah untuk menyelamatkan diriku, daripada karam kelemasan di lautan jahiliyyah dan noda. Tersangatlah ku harapkan, tanganmu yang memegang erat tanganku dari hanyut kembali dalam keduniaan ini, dapat juga menyelamatkanku sekiranya aku berada di celahan jurang neraka kelak...nauzubillah!
4. Sahabatku, apakah kita dapat bersama lagi dalam suasana damai ini di akhirat kelak?
5. Sahabatku, jika kita seramai 22 orang hari ini - 21 orang masuk syurga dan seorang lagi ke neraka,b
6. Sahabatku, ingatlah pesan murabbi kita, jika sekiranya kita lenga
7. Sahabatku, aku yakin, sekalipun diriku tidak bersamamu, pastinya perjuangan meletakkan Islam ini ke tempat yang selayaknya akan tetap engkau teruskan. Ini kerana, perjuanganmu ialah kerana Allah, bukan keranaku dan bukan kerana sesiapa pun. Mesti kita masih ingat kata-kata Dr. Khalel Ismael Hayyah,

"Bumi Palestin yang suci ini, tidak akan direlakan kami dinodai oleh sesiapapun, dan kami akan mempertahankannya walau dengan darah dan nyawa, sekalipun tinggal seorang sahaja yang hidup di kalangan kami!"
Aku sangat positif, ayat ini akan menyentak semangat dan jiwa pemuda yang dimiliki kita, untuk terus berkobar-kobar dan bernafsu untuk membunuh setiap kemurkaan dan kejahilan yang melata di muka bumi ini!
8. Sahabatku, puisi ini ku dedikasikan kepada kalian. Ingin sekaliku memperdengarkannya, semoga ianya menginsafkan kita...
Perjuangan Islam Masa Kini
Semakin Lemah Semakin Kurang
Kerana Manusia Semakin Alpa
Tanggungjawab Mereka Sebagai Hamba
Semangat Berkorban Jiwa Raga
Semakin Hilang Di Hati Sanubari
Kemewahan Dunia Dititikberatkan
Sehingga Akhirat Sana Dilupakan
Keyakinan Terhadap Kebenaran Islam
Semakin Hamba Tiada Lagi
Tidak Terfikir Tidak Terlintas
Bahawa Allah Maha Besar
Mereka Yang Berjuang Tegak Agama Allah
Allah Akan Membantunya Kembali
Apapun Jua Yang Datang Melanda
Jangan Putus Asa Kerana Allah Masih Ada
Daulah Islamiyyah Tujuan Juang
Ayuhlah Para Mujahid
Ayuhlah Para Mujahidah
Ayuh Bangkit Berdiri Perkasa
Agar Ketuanan Islam Kembali Lagi
Semakin Lemah Semakin Kurang
Kerana Manusia Semakin Alpa
Tanggungjawab Mereka Sebagai Hamba
Semangat Berkorban Jiwa Raga
Semakin Hilang Di Hati Sanubari
Kemewahan Dunia Dititikberatkan
Sehingga Akhirat Sana Dilupakan
Keyakinan Terhadap Kebenaran Islam
Semakin Hamba Tiada Lagi
Tidak Terfikir Tidak Terlintas
Bahawa Allah Maha Besar
Mereka Yang Berjuang Tegak Agama Allah
Allah Akan Membantunya Kembali
Apapun Jua Yang Datang Melanda
Jangan Putus Asa Kerana Allah Masih Ada
Daulah Islamiyyah Tujuan Juang
Ayuhlah Para Mujahid
Ayuhlah Para Mujahidah
Ayuh Bangkit Berdiri Perkasa
Agar Ketuanan Islam Kembali Lagi

Selamat tinggal sahabatku sekalian. Izinkanlahku, pulang ke 'sarang' ,untuk ku tunaikan amanah yang masih berbaki di sana. Walau jasad tidak bertemu, roh tetap merindu.Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah...
RB,Arau
5.24 PM
No comments:
Post a Comment