Wednesday, November 10, 2010

Mutiara Ilmu


Coretan seterusnya, terimalah perkongsian ilmu yang saya sempat take note dari kuliah maghrib tadi. Semoga ada di antaranya memberikan manfaat sesama kita. Boleh sahaja copy dan paste mana-mana yang dirasakan berguna. Ianya tidaklah seperti assignment/kuiz/projek/thesis kepunyaan orang yang tidak dibenarkan menyalinnya. Selamat membaca! :)


***

1. Hubungan kita dengan nabi SAW tidak akan putus walau baginda SAW telah meninggalkan kita.

2. Orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW ialah yang paling banyak berselawat kepadanya.

3. Khilaf di zaman nabi SAW tidaklah sampai bergaduh dan berpecah-belah seperti khilaf di zaman kita sekarang.

4. Sesiapa yang mengkaji dan meneladani perihal nabi SAW yang berumur 63 tahun itu, pasti ianya akan membawa kebaikan kepada dirinya.

5. Sesiapa yang berselawat dan membaca surah Al-Ikhlas sebelum memasuki rumah, insyaAllah akan dimurahkan rezeki kepadanya dan juga jirannya. (dengan jiran-jiran sekali,huhu)

6. Qada' = yang termaktub dalam Lauh Mahfuz, Qadar = tanfizul Qada' (perlaksanaan kepada Qada')

7. Orang yang paling tidak bermasalah ialah yang menyerahkan segala ketentuannya kepada Allah.

8. Mohonlah kelembutan Allah kepada kita dalam sesuatu perkara. Sesungguhnya kita selaku hambaNya yang lemah pasti tidak mampu berhadapan dengan ujian yang berat-berat.

9. "Demi langit yang mempunyai jalan-jalan" (Az-Zariyat:7)

-ayat ini menjadi kajian, bahawa kemungkinan bagaimana boleh terjadinya teknologi perhubungan yang canggih dan express hari ini seperti kemudahan Internet, SMS, MMS dan lain-lain, ialah disebabkan langit ini punya jalannya yang tersendiri, sebagaimana bumi ini punya jalan yang membolehkan perhubungan sesama manusia.

10. Sehebat mana perancangan manusia, Allah lebih mengetahui apakah yang paling terbaik untuknya.Justeru, janganlah berprasangka buruk kepada Allah.

11. Orang yang menyeleweng daripada ajaran Islam selepas kewafatan baginda SAW akan dihalau oleh malaikat sebaik sahaja beliau menghampiri telaga Al-Kauthar semasa di Mahsyar kelak. Manusia berebut-rebut untuk minum air di telaga Al-Kauthar kerana ketika itu mereka sedang mengalami rasa dahaga yang sangat dahsyat.

12. Kalau masa musibah, kita tidak menguruskan diri seperti berpakaian kemas, mendandan rambut, misai atau janggut dan membiarkan ianya kelihatan lusuh dan berserabut, ianya sudah cukup untuk membuktikan kita seperti memberontak kepada Allah.

***

Tazkirah di atas boleh juga dijadikan ayat untuk dipostkan dalam wall dalam facebook anda. InsyaAllah boleh memberikan sedikit saham kepada anda dan saya di akhirat kelak sebaik sahaja friends anda membacanya. Dakwah yang cukup mudah saya rasa. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Syukran :)


Wallahua'lam


RB,Arau
12 AM

No comments: