Apakah kamu mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? (Al-Ankabut:2)
1. Kali ini saya cuba mulakan coretan ini, dengan secalit tinta dari ‘The Creator-The God of The Light’ tersebut. Ianya sebagai suatu usaha untuk memotivasi diri saya, sekaligus cuba untuk mentarbiyyah diri ini berhusnu dzhon kepada Allah, bahawa setiap dugaan Allah itu, pasti sudah tersedia kebaikan di hujung jatuhnya.
2. Saya berfikir dan meneliti sejenak bumi tanah yang dinamakan sebagai Perlis ini. Rupa-rupanya, di dalam tahun ini sahaja, sudah bersilih ganti ianya mendapat bencana. Saya senaraikan antara peristiwa seingat saya tahun ini yang telah berlaku yang me’nangis’kan bumi Perlis ini:
- Ribut yang kuat telah merosakkan sekitar 50 tempat perlindungan di Kuala Perlis sekaligus menjejaskan ramai penduduk dan keluarga.
- Taufan mini ala tornado yang disebut-sebut sebagai ‘cyclone’ telah meranapka
n kehidupan masyarakat di kawasan Jejawi sehingga menerbangkan kenderaan ringan mahupun berat di situ. Dikatakan ada seorang penduduk telah berjaya melindungi keluarganya dari taufan tersebut dengan melaungkan azan menyebabkan taufan tersebut beralih ke tempat lain tanda akur kepada kalimah agung tersebut.
- Banjir paling teruk dalam sejarah di Perlis telah berlaku beberapa hari lepas telah melumpuhkan banyak sistem baik perhubungan, pengangkutan, pendidikan mahupun pengurusan. Hampir keseluruhan permukaan bumi Perlis telah diterpa air banjir ini sama ada banyak mahupun sedikit.
- Air banjir yang disifatkan sebagai ‘air yang lebih’ itu tidak pula boleh dia ambil manfaatnya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kira- kira 8000 warga UiTM Perlis telah terkandas dengan krisis bekalan air sehingga memaksa air dicatu ke tempat kediaman. Mereka sangat terkesan apabila merasai kesukaran untuk menguruskan diri tanpa air.
- Bukan itu sahaja, mereka berhadapan pula dengan kemelesetan bekalan makanan dan ketiadaan wang di dalam bank. Hal ini sebetulnya menguji kesabaran mereka.
3. Apabila kejadian seperti ini berlaku, saya tertanya, adakah ianya disebabkan ayat ini?
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebaha gian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar" (Ar-Rum:41)
Saya sejujurnya tidak pasti. Tetapi jika sekiranya benar, tidak hairanlah bencana seumpama ini boleh tercipta. Dan jika ianya tidak diambil iktibar, saya yakin, tidak mustahil kejadian yang sama bahkan yang lebih dahsyat lagi akan berlaku . Janganlah pula kita lupakan reminder ini!
"Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di neger i itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami)" (Al-Isra:16)
4. Saya sendiri tidak terkecuali dari menjadi salah seorang mangsa bencana ini. Sebelum ini saya biasa sahaja menonton televisyen dan membaca akhbar tentang tragedi ini dan tidaklah ambil kisah sangat. Nah, sekarang saya sendiri telah merasai akan peritnya bagaimana! Terfikir saya, memang bukan calang-calang orangnya untuk menjadi hamba Allah yang tulen dan sejati. Tidak sedikit barang-barang yang tidak sempat diselamatkan telah binasa. Kerugian pula masih belum sempat saya tafsirkan. Lagi ‘terduduk’ saya apabila ianya turut melibatkan barang-barang kepunyaan orang lain. Tak tahulah bagaimana mungkin boleh saya jelaskan kepada tuan punyanya nanti. Ya Allah! Ampuni dosaku….sangat takut dan gerun kepadaMu apatah lagi bilaku menatap kalimahMu ini:
"Dan tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat"(Al-Isra:58)Apakah aku tergolong dalam kategori penderhaka kepadaMu Ya Allah? Celakalah aku jika itu benar Ya Allah! Sesungguhnya tiada satu pun makhlukMu di dunia ini yang bisa bertahan dengan dahsyatnya kemarahanMu itu…
4.Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, saya berani mengatakan bahawa peris
tiwa ini ada juga kebaikannya. Apa tidaknya, saya mendapati masyarakat mula untuk menunjukkan kecaknaan dan kepekaannya antara satu sama lain, seolah-olah mereka seperti sebuah keluarga. Saya selaku anggota krew kekoh.blogspot, sebuah pertubuhan bebas yang menghimpunkan pencinta kemanusiaan bersama dengan CEO dan teman-teman aktivis sempat membuat liputan sekitar bencana alam tersebut.
5.Berdasarkan pengamatan kami, rata-rata masyarakat menunjukkan komitmen untuk saling menghulurkan bantuan antara satu sama lain. Ada yang tolong tolak kenderaan yang terkandas, membahagikan makanan, membawa barang-barang dan manusia yang kecemasan, mengawal lalulintas, menguruskan longkang yang tersumbat dan ada juga yang mengambil kesempatan membasuh kenderaan dengan air ‘free’ tersebut dan tidak kurang juga yang memancing ikan dan ketam secara bersama…huhu
6. Secara peribadi, yang paling menggembirakan saya ialah ketika inilah masjid-masjid yang sentiasa ‘memanggil’ tetamu-tetamunya telah dipenuhi jemputannya. Agak ramai yang terpaksa menumpang rumah Allah ini sementara menantikan kediaman sebenar mereka pulih.Yang tak pernah sudi datang sebelum ini pun datang juga.Saya mengharapkan, suatu hari nanti mereka akan datang sendiri tanpa menunggu musibah seumpama ini berlaku lagi. Benarlah apa yang dikatakan bahawa ujian Allah ini sebenarnya adalah tanda Allah ingin hamba-hambaNya kembali kepadaNya. Teringat saya satu kata-kata yang cukup bermakna:
“Ujian hidup adalah ‘guru’ yang tak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik,ia hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Allah dan hambanya"
7.Di kesempatan ini, saya semestinya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan jazakallah khairan kathira kepada semua teman-teman yang tidak putus-putus bertanya khabar serta memberikan sumbangan baik dari segi material mahupun moral. Ini antara mesej-mesej yang masih saya simpan daripada mereka:
“Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa dianggap baik. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur,kerana itu lebih baik…dan jika ditimpa kesusahan dia bersabar,itu juga kebaikan untuknya”(Muhammad IbnAbdullah)
“Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin ramainya bilangan mereka, tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan usang itu” (Al-Banna)
Ini pula mesej yang sampai ketika krisis bekalan air:
“(Katakanlah Muhammad) Terangkanlah padaku jika sumber airmu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?” (Al-Mulk : 30)
Inilah mahalnya nilai sebuah persahabatan.
Umpama sebatang tubuh, jika sakit salah satu anggota,anggota lain pasti akan ikut terasa kesusahannya.
8.Sebagai penutupnya, saya akhiri dengan sebuah cerita:
Anas mengunjungi Aisyah , di dalam majlis itu seorg lelaki bertanya,” Wahai Ummu al-Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi? Beliau berkata: Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (pendinding dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka! Sekiranya mereka tak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah. Anas bertanya,”Apakah itu hukuman terhadap mereka?". Aisyah menjawab, "ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin, dan ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir."
Saya berdoa,mudah-mudahan saya dan andalah mukmin itu InsyaAllah.
Hujan nampaknya turun kembali renyai-renyai.Apakah bumi ini akan menangis lagi?
Wallahua’lam
RB, Arau
1.36 AM
No comments:
Post a Comment