Monday, October 4, 2010

Ceramah Bermultimedia




Assalamualaikum wbt. Anda ingin mengetahui sedikit sebanyak rahsia di sebalik solat?
Jemput datang semua ke ceramah bermultimedia saya.Maklumatnya seper
ti berikut:

Tajuk : Solat & Rahsianya
Tarikh : 5/10/2010 (Selasa)
Masa : Lepas solat Maghrib
Tempat : Masjid An-Nur UiTM Perlis
Anjuran : Kolej Pulai


Pelbagai slide yang mengandungi gambar-gambar menarik ingin saya persembahkan kepada anda. Juga terdapat penemuan-penemuan yang jarang diketahui oleh masyarakat kebanyakan di dalam solat yang pasti membuatkan anda teruja melihatnya diselang-selikan dengan nasihat dan tazkirah bermanfaat.

Saya telah menggunakan konsep ini semasa dijemput memberikan pengisian di Sekolah Menengah Vokasional Arau, Perlis di dalam program Kem Pemantapan Solat tempoh hari. Alhamdulillah respon yang diberikan pelajar-pelajar tingkatan empat itu agak baik. Mudahan-mudahan ianya menjadi ingatan berguna kepada mereka khususnya kepada penceramahnya :)

Bersama fasilitator Kem Pemantapan Solat 2010 di Sekolah Menengah Vokasional Arau, Perlis


Jemput datang bersama seisi keluarga dan kawan-kawan. Datang jangan tak datang ya! :)

1 comment:

alex said...

ala... mcmne nk join, kt s.alam la..
~sob sob sob~