
Assalamualaikum dan salam 1 aqidah kepada semua teman-teman pembaca yang dimuliakan.
1. Mengambil kira maslahah ummah pada hari ini,saya dengan rendah dirinya ingin memaklumkan kepada semua,bahawa saya bersedia membantu teman-teman sekalian berkongsi pengisian-pengisian yang saya yakin sangat bermanfaat untuk diketengahkan kepada masyarakat hari ini.Ianya bertujuan untuk membantu menyedarkan masyarakat supaya menitikberatkan Islam dalam kehidupan,selain membuka minda mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya.
2.Berikut adalah antara pakej yang saya sediakan untuk pengisian tersebut:
-Solat dan Rahsianya

- Mengupas info-info berkaitan solat seperti sejarah,keistimewaan,padah meninggalkan solat, dan lain-lain yang disertai dengan video multimedia yang menarik.
- Juga diselitkan gambar-gambar keadaan solat manusia seluruh dunia.
- Fokus utama supaya peserta berubah ke arah mewajibkan diri menunaikan solat.
- Sangat sesuai untuk pelajar sekolah dan IPT.
-Cinta Terlarang,Anak Terbuang
- Mengupas isu-isu yang berkaitan gejala sosial remaja masa kini seperti kes b
uang bayi,isu couple dan bagaimana berhubungan sesama lelaki dan perempuan mengikut Islam. - Juga disertakan fakta-fakta kes yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai,supaya peserta dapat 'berpijak di bumi nyata' bila membincangkan isu ini.
- Fokus utama ialah supaya peserta lebih menghargai diri dan tidak mudah terjebak dalam gejala ini.
- Sangat sesuai untuk pelajar sekolah dan IPT.
-Palestin Di Hatiku
- Membincangkan isu-isu berkaitan negara Palestin yang kini dicabuli sewenang-wenangnya oleh zionis.

- Menghidupkan sensitiviti peserta supaya bersyukur dengan kehidupan yang ada sekarang,selain menanamkan perasaan simpati mereka terhadap penduduk Palestin.
- Mengupas usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu Palestin.
- Berusaha memanfaatkan isu ini untuk mengubah peserta menjadi baik InsyaAllah
-Gegaran Dunia Islam
- Sesi perkongsian muhasabah berkaitan perkembangan dunia I
slam hari ini. - Menyedarkan peserta terhadap rencana zionis yang telah merasuki umat Islam.
- Sesi dua hala untuk mengembangkan minda peserta dalam berdepan dengan serangan pemikiran mahupun fizikal dari musuh Islam.
- Membentuk perpaduan dan membina persepakatan antara peserta untuk mengambil berat isu ummah,justeru mencetuskan keinginan mereka untuk menjaga nama baik Islam di tempat masing-masing.
3. Konsep setiap pengisian tersebut ialah 'bermultimedia',dengan kata lain mengandungi slide,video,lagu dan gambar-gambar menarik seiring dengan ceramahnya.Ianya untuk memberi nilai tambah kepada pengisian selain bertujuan mengelakkan perasaan bosan di kalangan peserta. Saya jug
a bersedia memberi khidmat sebagai moderator dalam sebarang program forum/ceramah/wacana/bual bicara dan lain-lain InsyaAllah.
4.Setakat ini,itulah sahaja yang dapat saya usahakan. Saya sebenarnya masih bertatih dalam medan ini,justeru itulah mohon doa teman-teman sekalian supaya saya sentiasa istiqamah dalam perjuangan.
5. Kepada mana-mana yang berminat atau ada sebarang pertanyaan,boleh sahaja langsung hubungi saya melalui no phone ini-013 4058718 (seperti yang tertera di blog ini)
Semoga hasil usaha ini diberkati Allah.Amin...
Wallahu'alam
RB,Arau
12.37 PM
a bersedia memberi khidmat sebagai moderator dalam sebarang program forum/ceramah/wacana/bual bicara dan lain-lain InsyaAllah.4.Setakat ini,itulah sahaja yang dapat saya usahakan. Saya sebenarnya masih bertatih dalam medan ini,justeru itulah mohon doa teman-teman sekalian supaya saya sentiasa istiqamah dalam perjuangan.
5. Kepada mana-mana yang berminat atau ada sebarang pertanyaan,boleh sahaja langsung hubungi saya melalui no phone ini-013 4058718 (seperti yang tertera di blog ini)
Semoga hasil usaha ini diberkati Allah.Amin...
Wallahu'alam
RB,Arau
12.37 PM
No comments:
Post a Comment