Wednesday, October 20, 2010

Santai Minda 3 : Bila loghat Kelantan di'KL'kan (1)

Kepada teman-teman saya yang sedang menghadapi tekanan sama ada tekanan mental atau fizikal khususnya sepanjang menghadapi final exam ni,saya syorkan anda membaca post saya yang ini.Kepada yang masih belum menguasai loghat Kelantan sepenuhnya,anda boleh merujuk kawan-kawan anda yang tinggal di Kelantan,supaya anda akan dapat menghayati santai minda kali ini dengan lebih bermakna.huhu :)


Kantoi 1
Kawan saya yang ditugaskan menghantar tetamu ke airport sedang menunggu hujan berhenti.Bila hujan berhenti,beliau berkata,"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"




Kantoi 2
Seorang student berasa tertekan dengan kawannya yang nampak ragu-ragu untuk menekan mousenya bagi menjawab soalan programming di komputer,lalu dia marah,"awak tunggu apa lagi,PENYETla mouse tu."Saya terfikir,nasib baik dia tak kata "JIREK"


Kantoi 3
Kakak saya pergi ke jamuan di sebuah hotel.Beliau memberitahu kepada waiter yang menuang minuman di gelasnya dengan selamba dan serius,"adik,dah banyak air tu,PADAN-PADANla"


Kantoi 4
Abang ipar saya nak beli kuih di pasar malam di ibukota.Dia meminta dari makcik yang menjual,"makcik,PULUT LEPA satu."
Sepatutnya pulut panggang.


Kantoi 5
Sahabat saya yang ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM di UiTM Arau terkejut kerana mendapati barisan orang yang beratur sangat panjang,lalu beliau berkata spontan,"eh-eh ramainya orang,berJUJUK-JUJUK"


Kantoi 6
Seorang guru bertanya kepada muridnya,"kenapa baju kamu ada bintik-bintik hitam ni?" Pelajarnya menjawab,"baju saya kena PERTIK SAWA cikgu"


Kantoi 7
Kawan saya yang membeli minuman di dalam cawan plastik di sebuah kiosk bertanya,"kak,ada TUDUNG tak?" Lalu kakak itu menjawab dengan sedikit confuse,"tudung x jual kat sini,lagipun awakkan lelaki?"Kawan saya betulkan balik,"maksud saya,penutupla kak."Kakak itu tersipu-sipu malu,"ohh penutup,cakapla penutup..."


Kantoi 8
Housemate saya ingin mengajar saya memasak kari.Dia memberi penerangan,"mula-mula panaskan minyak,masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik baunya.Kemudian masukkan AWAS..."




Kantoi 9
Housemate saya bengang apabila pulang ke rumah sewanya yang berselerak.Beliau menjerit spontan,"nape rumah ni berKUBANG?"



Kantoi 10
Sahabat saya menawarkan sebiji biskut kepada pelanggan di kiosknya,"x mahal bang,SAMAS je"








:)


RB,Arau
10.12 PM

No comments: