Wednesday, October 20, 2010

Islamic or Syaitanic Fashion Festival?

1. Kasarkah bunyinya tajuk artikel saya kali ini?Aahh..peduli apa saya! Yang penting,saya ingin perasaan marah,kecewa dan sedih yang meresapi diri ini dapat dikongsi bersama teman-teman sekalian.Mulanya, saya tidak mahu mengupas sangat isu ini kerana kelihatannya telah tersebar luas di Internet,namun hati saya meronta-ronta memaksa saya untuk meneruskannya juga.Sekarang,biar sahaja saya mengambil tugas untuk menanam kebencian perkara ini di dalam diri anda!

2. Maruah Islam yang suci ini sekali lagi telah dinodai dan ditelanjangkan oleh penganjuran sebuah program yang dinamakan sebagai Islamic Fashion Festival yang diadakan di Kuala Lumpur. Saya ingatkan,setelah konsert artis gay Adam 'Lembek' dibantah bertalu-talu dari segenap penjuru baru-baru ini, rakyat Malaysia keseluruhannya akan memahamilah betapa persoalan agama ini sangat diambil berat. Tup-tup...masih ada segelintir daripada mereka yang telah mengambil keputusan untuk bersikap dungu dengan mem'buta'kan mata mereka daripada melihat realiti sebenar akan kehendak muslim di Malaysia ini.


3. Jika penganjuran ini bermatlamatkan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,maaf! Saya berpendapat,ia bukan sahaja tidak mengharumkan,malah membusukkan nama Malaysia bukan sahaja di persada antarabangsa,bahkan di persada planet-planet sekalipun.Apabila ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara' sahaja yang dihadami dalam kepala,habislah orang lain.Anda ingin mengetahui penganjurnya?Anda carilah sendiri maklumatnya ya..

4. Secara peribadi,saya tidaklah menyalahkan akan pemilihan penganjur akan nama programnya seperti itu.Tetapi masalahnya,bila saya menatapi gambar-gambar ini,sememangnya nama seperti itu tidak sepatutnya digunakan. Jelas sekali Islam di Malaysia ini telah dihina sekali lagi,apatah lagi jika anda fokus betul-betul kepada baju salah seorang peragawati yang tidak menutup aurat tersebut,tertera nama Muhammmad dalam keadaan terbalik.Saudara,meyakini dan mencintai nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah ini menjadi kewajipan kita semua bukan?Justeru,tidak terbakarkah anda melihat gambar ini?

Kalimah 'Muhammad' secara terbalik di dada peragawati ini


5. Saya hairan,mana perginya pihak berkuasa yang telah diamanahkan untuk mencegah perkara-perkara seperti ini?YADIM,JAKIM,NGO-NGO Islam,menteri-menteri agama,bapak-bapak mufti,di manakah anda?Adakah anda mempunyai masalah atau takut untuk mengeluarkan fatwa untuk hal yang ini?Kalau begitu,baik bagi saya dan kawan-kawan saya saja yang memutuskannya!

6. Dan sekali lagi,saya berasa sangat kasihan,kerana kaum hawa telah diperalatkan dengan sewenang-wenangnya untuk menjayakan festival ini. Daya tarikan yang ada pada mereka telah disalahgunakan demi memenuhi tuntutan nafsu pihak-pihak tertentu.Biarlah saya bagi hint,untuk pengetahuan anda,penganjur utama program ini juga terdiri dari kaum hawa!


Islamic or Syaitanic Fashion Festival?Kata Nabil,"lu pikirlah sendiri"




Wallahua'lam

RB,Arau
1.01 AM

No comments: