1. Menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang diadaptasi dari novel hasil karya Habiburrahman El-Shirazi dari Indonesia ini membuatkan saya berasa teruja.Saya tak peduli kalau orang kata 'jiwang','x sabar nak kahwin ke', atau lain-lain.Ini kerana saya dapat merasakan 'sesuatu' yang terdapat di dalam filem ini.Justeru itulah saya sudah pun 'khatam' novelnya KCB 1 dan KCB 2 juga sekali-sekali dengan filemnya.Sedikit saja lagi nak habis KCB (Special Ramadhan) yang mengandungi 56 episod-1 episod durasinya kira-kira 1 jam.huhu...
2. Apa yang membuatkan saya sanggup memberi ruang masa dalam hidup saya untuk itu adalah kerana nilai agama dan kebaikan yang terdapat di dalamnya cukup mengesankan. Ianya bukan sahaja boleh mendidik dan mentarbiyyah penontonnya bercinta mengikut cara Islam,bahkan mampu mengalirkan air mata peminatnya dek kerana begitu kuat rasa kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan kerana Allah ditonjolkan. Watak-wataknya seperti Azam,Anna,Ilyas,Furqan,Husna,Qanita,Adik Sarah,Ustaz Munjab,Ustazah Zulfa dan lain-lain cukup 'hidup' justeru menjadikan filem ini sangat sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat dan bukannya untuk golongan remaja sahaja.
3.Saya cuba senaraikan nilai tarbiyah yang ada di dalam filem ini untuk pengetahuan semua baik yang sudah menenontonnya atau belum:
-kalimah2 seperti Astaghfirullah,Alhamdulillah,Amin,Innalillah,Subhanallah dan lain-lain sentiasa dibudayakan di bibir mereka mengikut suasana yang ditempuhi.
-filem ini juga mendidik penontonnya untuk sentiasa bertahajjud dan mengamalkan Qailullah (tidur sebentar sebelum Zohor) untuk memudahkan bangun tahajjud pada malamnya.
-konflik yang ditangani pasti akan diselesaikan mengikut dalil-dalil yang termaktub dalam ajaran Islam,apatah lagi saya pasti akan terpegun apabila ada sahaja peringatan yang bersumberkan manhaj Islam dalam sebarang suasana,yang boleh menunjukkan kita bahawa Islam ini boleh dilaksanakan di dalam apa jua keadaan sekalipun.
-ianya juga mengajar seseorang itu tidak berputus asa untuk bertaubat kepada Allah jika melakukan kesalahan atau kemaksiatan.Teringat saya satu ungkapan yang muncul dari filem ini,"kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaanNya". 'Tembus' hati ini mendengarnya.
-aspek kekeluargaan dan kebersamaan dalam sesebuah masyarakat sangat kuat diterapkan.Ianya mengajar supaya masyarakat sentiasa mengambil berat sesama muslim dan non-muslim dan tidak mementingkan diri.
-lakonannya langsung tidak melampau bahkan sesama lelaki dan perempuan dijaga daripada bersentuh-sentuhan yang bukan muhrim walaupun sedang melakonkan watak suami dan isteri.Berbeza daripada filem di Malaysia yang pasti akan mengarahkan melakukan hal yang tersebut kononnya untuk meng'real'kan adegannya,walaupun pelakon lelaki dan perempuan itu tidak halal antara satu sama lain.
-filem ini juga sepertinya memberitahu kita bagaimana sepatutnya kita berakhlak dengan pelbagai lapisan manusia seperti ibu-bapa kita,adik beradik kita,kawan-kawan,masyarakat sekeliling,orang yang baik,orang yang sombong dan tidak sedar diri,orang yang suka mengganggu orang lain,penjenayah,orang yang tengah dalam keadaan sedih,gembira,bingung,kecewa,putus asa dan banyak lagi.
-ia juga sarat dengan nasihat-nasihat serta teguran dan suasana majlis ilmu serta tazkirah sangat dititikberatkan.Amar ma'ruf dan nahi munkar dipopularkan dengan meluas.
-antara rasa hormat saya yang tinggi kepada filem ini ialah apabila sahaja mereka sanggup mengorbankan kepentingan dan perasaan diri sendiri demi memenuhi hajat saudara mereka.Mereka sangat berhati-hati kalau-kalau mereka ada menyakiti hati dan perasaan sahabat sendiri baik dengan kata-kata mahupun perbuatan.Ini berlawanan daripada sesetengah masyarakat kita hari ini yang malahan berbangga kalau dapat menyakiti saudara seagama sendiri.
-yang paling hebat ialah mereka sanggup berkorban segala-galanya kerana Allah walaupun terpaksa menyerahkan sesuatu yang sangat disayanginya.
4. Cukuplah setakat itu saya senaraikan walau masih banyak lagi sebenarnya.Alangkah sedihnya saya bila memerhatikan Malaysia lebih cenderung untuk disaji dan dihidangkan dengan filem atau drama berunsurkan tahyul,hantu,pergaulan bebas,ganas dan jauh sekali dari berobjektifkan untuk menghampirkan manusia kepada penciptaNya.Sesungguhnya saya sangat mendambakan kalau-kalau ada produser atau pengarah filem yang boleh mencetuskan idea seumpama KCB ini,bahkan turut berlakon di dalamnya seperti mana Habiburrahman El-Shirazi yang bertindak sebagai Ustaz Munjab di dalam filem tersebut.Kalau saya yang buat?Hah mohon maaf..saya ni,bernasyid bolehla..huhu :)
5. Saya berpendapat,tidak salah jika saya 'modified' sikit satu perumpamaan-bagaimana sesebuah acuan itu,begitulah kuihnya kepada-bagaimana sesebuah filem/drama itu,begitulah masyarakatnya! Lihat sahaja filem-filem barat,terus kita dapat menjangkakan bagaimana kehidupan rakyatnya.Tidak hairan,setiap saat ada sahaja kes rogol/bunuh/curi berlaku.
6.Saya tidak mahu ketinggalan untuk memberikan sekalung pujian kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan filem KCB ini dan sangat mengharapkan filem seumpama ini dapat terus diusahakan pada masa akan datang dan pastinya saya akan menjadi salah seorang peminat setianya :)
7.Kepada teman-teman dan sahabat-sahabat saya yang dikasihi,saya ingin mengajak kalian supaya dapat menonton filem ini.Kalau boleh bawa balik rumah untuk ditontoni bersama keluarga dan lagi elok kalau boleh ajak sekali ketua kampung dan jiran-jiran.Nescaya anda tidak akan menyesal bahkan pasti tidak sabar-sabar untuk ke episod seterusnya.Kalau anda masih belum memilikinya,boleh sahaja hubungi saya ya :)
Sekian
Wallahu'Alam
RB
10.49 PM
No comments:
Post a Comment