Wednesday, October 27, 2010

Sahabat...(akhir)

1. Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk menghulurkan bantuan kepada sahabat lama saya ini di sekolahnya.Maaf,maksud saya sekolah di bawah seliaannya. Beliau sekarang bukan sahaja berkhidmat sebagai seorang guru,bahkan lebih dari itu. Sungguh saya tidak menyangka, beliau kini telah diamanahkan sebagai Penolong Kanan 1 di tempat yang dahulunya pernah mengukir perkataan tarbiyyah di hati kami semua. Agak teruja saya apabila mengetahui beliau telah diamanahkan jawatan setinggi itu dalam usia yang muda. Saya tiba-tiba berfikiran nakal, "kalau begitu,nanti kalau ditakdirkanlah aku bekerja di sini,ada chance dapat mudir rasanya..hehe" Astaghfirullah..maaf,saya bergurau sahaja. Jangan ambil hati kenyataan ini ya :)

2. Saya berasa beruntung dan bertuah kerana dapat kembali menjejakkan kaki dan menghirup udara tarbawi yang segar di situ.Sebaik sahaja sampai di sana,saya terkenangkan sahabat-sahabat seusrah dan setamrin dengan saya yang sekarang bertebaran di serata ceruk negara mencurahkan keringat berbakti kepada agama yang tercinta. Saya dan beliau dahulunya sahabat sepengajian di kampus yang sama dan dalam diploma yang sama. Cumanya selepas sahaja tamat diploma,beliau memilih untuk terus terjun dalam masyarakat dan saya pula meneruskan niat untuk menyambung pengajian.

3. Baru-baru ini,beliau telah memohon pertolongan saya dan senior saya untuk memenuhi slot muhasabah,qiamullail dan kuliah subuh dalam program yang dinamakan sebagai Qiam Jundi,sebuah program tarbiyah untuk pelajar-pelajar darjah 4,5 dan 6 di taman ilmu itu. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bersetuju,apatah lagi rasa kerinduan saya yang membuak-buak untuk melihat suasana Islam di situ dan saya juga ingin menjadi seperti mana yang disabdakan baginda SAW:

"Sesiapa yang memudahkan seseorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat"

4. Sesungguhnya,bersama dengan pelajar-pelajar di situ,telah membuatkan saya terkenang kembali nostalgia lama semasa saya 'besar-besar' dahulu :) .Dalam slot saya selepas Solat Subuh,saya berpeluang untuk memodulkan mereka untuk melihat sejauh mana mereka menyayangi dan mengasihi guru-guru mereka. Tatkala itu,saya juga sempat berkongsi satu cerita dengan mereka tentang bagaimana dahsyatnya pengorbanan seorang guru terhadap anak didiknya.Cerita bagaimana saya didenda berjalan itik di tengah-tengah blok sebanyak 7 pusingan sehingga menjadi tumpuan ramai semasa zaman persekolahan dulu juga ternyata telah menarik 100% perhatian mereka..huhu

5. Back to the topic ya..:) Saya masih teringat semasa di zaman diploma dulu,beliau salah seorang dari 3 orang yang 'aneh' di dalam kelas. Hal ini kerana akhlak dan pakaiannya agak berbeza dari kebanyakan yang lain. Walaupun dilihat 'aneh', bagi saya beliau telah berjaya memusnahkan belenggu 'aneh' yang seringkali menghantui kawan-kawan sekelasnya untuk mendekatinya. Mesra dengan gelaran Kak ___, beliau telah dianggap sebagai kakak kepada kami semua,walau kami semua usianya sama sahaja. Kekentalannya mempertahankan identiti seorang muslimah ditambah dengan personalitinya yang 'mudoh baso' (sila rujuk kamus loghat Kelantan), membuatkan dirinya disenangi baik kawan mahupun sahabat. Saya lihat, ada beberapa orang siswi mula terasa dengan pengaruh Islam yang dibawanya itu. Alhamdulillah,teringin sekali saya berkongsi hadis ini dengan siswi-siswi tersebut:

"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman yang setia yang soleh/solehah, jika sekiranya ia terlupa (lalai), ia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya"

6. Beberapa detik yang lepas, saya telah mendapat mesej dari beliau awal pagi lagi. Mesejnya lebih ringkas dari sahabat saya dalam post blog ini yang lepas. Ianya bertaip begini, "Ayh dh xda". Saya gugup seketika. Perasaan bersalah mula menjalar dalam tubuh saya. Hal ini kerana saya tidak berpeluang untuk menziarahi pengebumian ayahnya. Terasa besarnya dosa saya tidak dapat menunaikan hak seorang muslim ini. Walau saya telahpun memesejnya memohon maaf tidak dapat hadir dan mengucapkan takziah, saya tetap merasakan ianya belum memuaskan, apatah lagi jarak dari rumah sewa saya ini ke sana tidaklah jauh mana. Oleh itu,jika beliau membaca artikel ini,ketahuilah bahawa saya ingin mendedikasikan post kali ini untuknya sebagai tanda mohon maaf saya dan sahabat-sahabat yang tidak berpeluang ke sana.

7. Jujurnya saya ingin memberitahu bahawa saya belum mengerti sepenuhnya akan bagaimanakah perasaan seseorang itu tatkala menghadapi ujian berupa pemergian seorang ayah buat selama-lamanya. Hal ini kerana saya masih memiliki seorang ayah. Saya cuba memahami, sememangnya kehilangan tempat bergantung ini, pasti meninggalkan impak yang besar kepada seseorang individu itu. Saya cuba trace, sebenarnya, tidak sedikit sahabat-sahabiah saya yang sudah ketiadaan 'tempat berlindung' ini. Justeru, saya hanya mampu berdoa, semoga sahabat-sahabiah saya yang sudah mengalami perasaan itu,akan dikurniakan ketabahan dan keimanan secukupnya mendepani ujian tersebut. Saya teringat kata-kata seorang ulama' bahawa jika kita menyayangi seseorang manusia itu,ketahuilah bahawa Allah lebih menyayanginya daripada kita. Mungkin Allah mengambilnya dari kita itu adalah sebagai bukti tingginya cintaNya terhadap hambaNya. Semoga, kita sentiasa dapat berbaik sangka kepada Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan.

8. Saya ingin mengakhiri kalam ini, dengan sebuah harapan bahawa,ukhuwwah fillah kita ini akan 'abadan abada' sifatnya. Semoga, ianya dapat menghasilkan sebuah persahabatan yang saling dapat merasai susah senang, sedih gembira bersama.Umar Al-Khattab RA pernah berkata:

"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka,kerana mereka itu perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah"


Sahabat-sahabatku yang dimuliakan,mimpiku,jika kita tidak dapat melangkah ke syurga yang sama sekalipun,semoga dapatlah kita hidup berjiran di sana!


Ana akhukum fil Islam


Al-Fatihah



Wallahua'lam


RB,Arau
9.48 PM

2 comments:

mujahidah said...

salam..syukran atas artikel nta..sedih dan gembira bila membacanya..gembira ada shbt seperjuangan dan sedih bila mengenangkan ketiadaan mak dan ayah..tapi ana tahu Allah sentiasa ada di sisi kita...

merah_humaira said...

Istimewanya yang bernama sahabat..