Tuesday, October 5, 2010

CURI!


1. Saya mendapat maklumat kes kecurian mula menjadi-jadi di UiTM Perlis sebaik sahaja musim peperiksaan menghampiri. Terbaru beberapa pelajar siswi telah kehilangan laptop dan barang-barang berharga di kolej mereka.Kes kecurian semasa musim peperiksaan,sudah menjadi kebiasaan nampak gayanya.Saya sangat bersimpati dan mendoakan ketabahan hati mereka yang menjadi mangsa.

2. Apapun,saya tidak terkejut,apatah lagi mengenangkan saya sendiri pernah menjadi mangsa apabila MP3 saya (yang di'USB'kan kepada laptop kawan saya),telah dibawa lari oleh pemangsa tersebut (saya tak pasti beliau bawa secara berlari atau tidak,selalunya pencuri ini melangkah perlahan-lahan untuk mengaburi mangsanya..huh).

3. Saya agak sedih,memandangkan MP3 itu sentiasa menjadi peneman saya ketika dalam kesunyian dan selalu menjadi sahabat karib saya di dalam bas ketika mahu balik kampung.Tetapi,apabila melihat wajah roommate saya merangkap sahabat seperjuangan (Rafiuddin,aku merinduimu bangat) yang kemerah-merahan dek kerana menahan sabar dan sedih kehilangan laptopnya,saya terus melupakan MP3 tersebut lantas mengambil keputusan untuk menenangkannya.Masih terngiang-ngiang katanya kepada saya tatkala fikirannya yang berkecamuk,"mal,afi nak p kuala perlis,nak cari ketenangan di sana.." saya tergelak serta-merta membaca mesejnya ini tetapi saya cuba tahan demi menjaga hatinya. Dalam hati saya berkata,"rafi-rafi,napela ko x cakap nk baca Quran ke,berzikir ke,solat hajat ke nak cari ketenangan,alih-alih kuala perlis jugak jadi pilihan ko..ish3"

4. Terfikir sejenak saya,hebat sungguh ukhuwwah ini,dahla selalu makan bersama,main bersama,solat bersama...alih-alih dicuri pun secara bersama.huhu..

5. Yang paling saya tak boleh lupakan,apabila saya telah kehilangan 'buraq' (baca:motor) yang dipinjamkan abah kepada saya untuk memudahkan perjalanan sepanjang pengajian di UiTM Perlis suatu ketika dulu.Ketika mendapat berita tersebut,nak pitam saya dibuatnya dan Alhamdulillah,nasib baik tak lumpuh...huh

6.Kepada pencuri yang ber'kaliber' tersebut,saya ingin mengingatkan anda akan amaran Allah di dalam firmanNya:


5:38

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”(Al-Ma'idah:38)

7. Saya juga ingin mengingatkan pencuri-pencuri di luar sana,apa sahaja yang anda makan menggunakan hasil curian tersebut,hanya api neraka sahaja yang layak mencernakannya di akhirat nanti! Saya yakin,anda pasti akan mengalami kehidupan yang tidak selesa sekarang sebaik sahaja anda mencuri?Betul tak?

8. Kepada kawan2 dan sahabat2 saya yang menjadi mangsa,bersabarlah dan berdoalah.Sesungguhnya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.Dan mungkin sahaja Allah ingin menggantikannya dengan benda yang lebih baik nanti InsyaAllah.Amin..

3 comments:

alex said...

masyaallah sahabat ku ini, apa kah yg berlaku sepanjang perpisahan kita ye.
isk2..
iinnalillah la pada brg2 yg hilang tu ye.
nway, hebat jgak ye uitm perlis skrg ni, dulu xde la kecurian sgt mayb sbb jr respect n takot kt senior kot, skrg ni xtakot langsung.. isk2.
~sedey~

lee said...

kawe paling nak marah ilang kasut..ish3..sakit palo sero..amin lagi cian ilang handset....sem bilo ilang moto tuh boh..

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

tahun lepas hilabg...huhu