Wednesday, October 13, 2010

Janganlah Berdegil Lagi!

1. Hari ini saya sebenarnya tidak berhajat hendak menulis,tetapi sebaik sahaja terbaca satu post baru dari sebuah blog sahabat,berderau darah saya! Saya fikir,daripada hanya menggeleng-gelengkan kepala bercampur-baurkan perasaan sedih dan geram,baik saya tulis sesuatu.Apapun,saudara bacalah sendiri berita ini...

***
KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.


Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

***

2. Saya tidak mahu mengulas panjang.Cukuplah saya mengatakan,saya tersangatlah bersimpati kepada adik perempuan ini yang saya yakin beliau seorang muslimah yang baik apatah lagi seorang yang menunaikan solat dan tidak lokek berdoa kepada Allah.

3. Kejadian ini membuatkan saya mula terfikir bermacam-macam hingga kadang-kadang tak rasional pun. Pertama saya terfikir,kalau saya jumpa perogol tersebut,mahu saja saya pancung kepalanya! Kedua,saya ingin mengatakan kepada perogol tersebut,kalau nak sangat rogol orang pun,baik kau pergi cari pelacur-pelacur yang banyak lagi dalam dunia ini. Kenapa perempuan macam ni juga yang jadi pilihan kau?Astaghfirullah...maafkan saya ya Allah!

4. Biarlah saya membuat kesimpulan terus dari kejadian ini iaitu inilah akibatnya tidak memilih SYARIAT ALLAH untuk menyelesaikan masalah ummah. Sesiapa yang terlibat dalam kerja-kerja menyekat dari terlaksananya hukum Allah ini, tanggunglah setiap dosa dari terjadinya kes-kes seumpama ini walaupun anda dalam keadaan tidur.Dosa kita sendiri sudah lelah nak ditanggung,datang pula dosa dari orang lain.

5. Sudah bermacam cara dan berbuih mulut orang yang bagi peringatan,dan sebenarnya anda pun tau kan?Tapi anda buat pekak je ye! Huh...


Tolonglah saudara,janganlah berdegil lagi dengan Allah!



Wallahua'lam


RB,Arau
12.12 AM

3 comments:

Perindu HIDAYAH said...

kisah ini sngguh myentuh hati sy sbg slh seorg kaum hawa,dan tak terkata sy sikap kejam&setan perogol itu...alangkah baiknya kalau hukum ALLAH swt dlaksanakan di mlysia agar mslh ini tak terus bermaharajalela...kita lihat undang2 sekarang sudah tidak lagi dpt mngatasi mslh ini malah makin mjadi2....sy rse smkin tak selamat nak kemna-mna,sekarang susah ak percaya org2 di luar sana yg bmacam-macam perangai dan semakin ramai syaitan yg bertopengkn manusia....errrr....

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

ya saudari perindu hidayah..apa yg kt bleh bt skrg,narilah kt brusaha mnjadi golongan yg bkrja utk menegakkan undang2 Islam ya...

anwar said...

Semoga Allah memberi ketabahan mangsa..dan memberi "kemenangan" kepada pejuang agama-Nya agar hukum2 Nya terlaksana.amin