Sunday, October 17, 2010

Kebahagiaan Bermusyawarah

1. Alhamdulillah,semalam Allah telah merezekikan saya untuk bertemu kembali dengan sahabat-sahabiah yang saya hormati dan muliakan dalam perjuangan suci ini.Saya tersangat mendambakan,mudah-mudahan pertemuan kami ini ialah pertemuan yang dikatakan oleh nabi SAW sebagai:

'2 saudara yang bertemu dan berpisah kerana Allah'


Hal ini kerana,mereka ini InsyaAllah,akan mendapat jaminan teduhan ara
sy Allah di akhirat kelak.Amin...

2. Dengan ber'MC'kan penasihat yang tidak jemu-jemu memberikan bimbingan,sa
ya merasakan beliau seolah-olah seperti 'charger' yang telah meng'charge' kami ini yang diibaratkan seperti sebuah handphone yang lemah baterinya,yang kemudiannya kembali 'full bar'nya. Alhamdulillah,sesungguhnya beliau memang seorang yang cukup faqih dalam selok-belok perjuangan yang ditempuhi kami ini.

3. Terdetik hati saya untuk berk
ongsi dengan teman-teman sekalian,apakah manisnya berada di dalam sesuatu mesyuarat bersama sahabat,apatah lagi isi perbincangannya ialah untuk meng'angkasa'kan Islam ini:

-kekotoran yang melekat di dalam hati dapat dikikis dengan tazkirah dan nasihat yang mengingatkan kita k
epada keagungan Allah

-perasaan ego,sombong dan suka meninggi diri dapat dibasmi,bila sahaja kita
mendapati adanya hujah-hujah yang lebih bernas dari pendapat kita.Di saat ini,kita akan sedar kita berada di tahap mana,justeru akan memungkinkan kita mengambil keputusan untuk meningkatkan performance diri selepas ini.

-kita jadi sedar,betapa banyaknya tanggungjawab yang digalas oleh kita belum
selesai.Benarlah kata-kata Al-Banna bahawa,'kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada'. Saya sangat takut,kalau-kalau amanah ini akan berhujah kepada saya sehingga saya dihumbankan ke neraka Allah.Astaghfirullah,jauhkan saya dari itu Wahai Yang Maha Pengasih...

-melalui musyawarah ini,kita dapat tegangkan kembali tali ukhuwwah yang agak kendur sebelumnya.Kita juga dapat mengenali perwatakan sahabat dengan melihat bagaimana aksi mereka dalam mesyuarat sekaligus memahami bagaimana sepatutnya untuk berhubung dengan mereka.Sebagaimana kita mahu semua orang memahami kita,justeru kita juga hendaklah berusaha memahami semua orang.Saya tersenyum keseorangan apabila mengingatkan pelbagai ragam sahabat-sahabiah di dalam mesyuarat,ada yang serius,ada yang suka bising-bising,ada yang agak pendiam,suka usik orang lain,sensitif,bahkan ada yang suka melukis ketika bermesyuarat..huhu

-Sayyidina Ali RA pernah berkata:

'kekeruhan di dalam jemaah adalah lebih baik daripada kejernihan berseorangan'

Betapa ajaibnya ayat ini.Ianya menunjukkan,besar macam mana sekalipun risiko yang bakal dihadapi,apabila dihadapi secara bersama,kepahitan dan kemanisan sesuatu keputusan itu akan dirasai bersama.Rugilah jika kita lebih memilih untuk membuat keputusan secara individu,sedangkan sahabat-sahabat sudah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu.Saya teringat nasihat dari seorang moderator sebuah program training yang pernah diikuti sebelum ini,"kemuncak sesebuah mesyuarat itu,ialah sama ada kamu dapat merasai kebahagiaan bersama bila mana ianya berjaya,ataupun kamu menangis bersama apabila ianya gagal"

-Antara yang tersangat penting dalam sesebuah mesyuarat ialah ianya menjadi butang pelaras kepada semua kepelbagaian fikiran antara semua ahli mesyuarat.Jika ada ahli yang agak lembap,mungkin beliau akan menjadi lebih cergas.Jika ada ahli yang terlalu cepat,mungkin beliau akan lebih sederhana.Jika ahli yang berada di pertengahan?Anda jawablah sendiri ya..huhu

4. Akhirnya,marilah kita mentadabbur ayat ini,yang saya kira ianya sangat sesuai sebagai ayat tema kita dalam bermusyawarah:

3:159

"Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka,dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakkallah kepada Allah.Sungguh,Allah mencintai orang yang bertawakkal."(Al-Imran:159)


Wallahua'lam


RB,Arau

6.18 PM


5 comments:

Unknown said...

sgt terkesan dgn artikel ini..thumbs up!!!

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

terima kasih...ambillah yg mnfaatnya ya adiratna

Unknown said...

baik..semoga cbang dkwah lbh meluas untuk saudara pnulis, khususnya dgn kewujudan blog yg bmnfaat ini..drp Allah kt dtg, kpd Allah kt berbakti..

Nik Mohd Kamal bin Ibrahim @ Nik Hanafi said...

tp saya rasa mcm kenal saudari adiratna ni..huhu..xpelah,lupakan saja

Unknown said...

x apala..jnji sy ikuti blog saudara pnulis..mna mnfaat, sy ambil..yg pntg saudara kna tgkatkn lg pghasilan artikel2 yg bmutu..spy rmai lg pgunjung blog ni yg akn trut sma dpt mnfaatnya..